LONDON: Seorang ibu kepada lelaki cacat berusia 22 tahun disabit kesalahan membunuh anaknya kelmarin, walaupun wanita itu mendakwa dia melakukan demikian untuk mengakhiri penderitaan dihadapi anaknya itu.
Frances Inglis, 57, yang menyuntik anaknya dengan heroin berkata, dia membunuh anaknya kerana terlalu sayang kepadanya.
Wanita itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan minimum sembilan tahun menjalani hukuman penjara.
Anaknya, Tom Inglis mengalami kerosakan otak dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2007 dan ibunya percaya anak lelakinya itu tersepit dalam ‘penjara dunia’ dan tiada harapan untuk pulih sepenuhnya.
Namun 10 orang juri yang mendengar perbicaraan selama dua minggu itu tidak yakin dengan hujahnya dan memutuskan wanita berkenaan membunuh anaknya ketika mangsa tidur pada November 2008.
Hakim Brian Barker di Old Bailey berkata: “Anda tidak boleh mengambil nyawa orang lain, walaupun anda berasa tindakan itu betul,” katanya.
“Kami boleh memahami perasaan anda. Namun hakikatnya anda melanggar nilai yang dipegang masyarakat serta undang-undang dan anda tahu akibatnya.”
Ketika memberi keterangan, Frances seorang ibu kepada tiga anak dari Dagenham, timur London, berkata, baginya kehidupan Tom berakhir pada 7 Julai 2007 ketika dia terjatuh daripada ambulans yang sedang bergerak.
Anaknya itu cedera dalam satu pergaduhan di luar sebuah bar dan mengalami kecederaan kepala yang teruk ketika jatuh daripada ambulans yang sedang membawanya ke hospital. ? Agensi
-bharian
Hakim Brian Barker di Old Bailey berkata: “Anda tidak boleh mengambil nyawa orang lain, walaupun anda berasa tindakan itu betul,” katanya. Kami boleh memahami perasaan anda. Namun hakikatnya anda melanggar nilai yang dipegang masyarakat serta undang-undang dan anda tahu akibatnya.”
BalasPadam