اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

REMAJA TERIMA PAMPASAN RM12.44 JUTA

LONDON – Seorang remaja di Iraq ber jaya menuntut pampasan bernilai £2 juta (RM12.44 juta) selepas dia ditembak secara tidak sengaja oleh seorang askar Britain, lapor sebuah akhbar semalam.


Remaja itu lumpuh seumur hidup selepas mengalami kecederaan pada saraf tunjangnya kerana ditembak oleh se- orang askar Britain pada 2004.

Kejadian itu berlaku apabila raifel milik seorang askar Britain terjatuh dan dia tertarik picu senjata itu ketika dia cuba menangkapnya semula. Tembakan senjata itu mengenai perut remaja berkenaan lalu menembusi saraf tunjangnya dan sejak itu mangsa dibawa ke Britain untuk dirawat.

Satu sumber Kementerian Pertahanan Britain berkata, remaja itu kini memerlukan rawatan sepanjang hayat dan ke malangan itu boleh dielakkan sekiranya askar itu berhati-hati. Sementara itu, seorang ibu kepada seorang askar Britain yang mengalami kecederaan ketika berkhidmat di Iraq, Diane Dernie menyelar pampasan yang diberikan kepada remaja itu.

Dernie berkata, pampasan remaja itu lebih besar berbanding pampasan berjumlah £285,000 (RM1.77 juta) yang diberikan kepada anaknya, Lance Bombardier Parkinson yang kehilangan kedua-dua kakinya. – Agensi -arkibkosmo

1 ulasan:

  1. Kejadian itu berlaku apabila raifel milik seorang askar Britain terjatuh dan dia tertarik picu senjata itu ketika dia cuba menangkapnya semula. Tembakan senjata itu mengenai perut remaja berkenaan lalu menembusi saraf tunjangnya dan sejak itu mangsa dibawa ke Britain untuk dirawat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.