اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

MAKAN TELUR CACING UNTUK KURUSKAN BADAN

Seorang pelajar perempuan di China telah memakan telur cacing gelang untuk menurunkan berat badan semata-mata untuk mengikuti satu temuduga kerja - ini kerana pekerjaan begitu sukar diperolehi.
Telur-telur ini akan menetas di dalam perut, membolehkan orang-orang yang memakannya dapat menurunkan berat badan tanpa perlu bersenam atau diet di Xiamen, China.

Namun begitu amalan menelan telur cacing ini dipercayai sangat berbahaya - dan pasti tidak akan diluluskan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan di Tahun Baru ini.

Dengan keadaan kekurangan pekerjaan di seluruh negeri, kebanyakkan perempuan di China tertekanan untuk tampil kurus jika ingin bersaing bagi mendapatkan sesuatu peluang pekerjaan.

kebanyakkan pelajar lain akan merenung gambar mereka sehingga berjam-jam untuk menghilangkan nafsu makan mereka, agar mereka dapat mengurangkan lebihan berat badan.

Seorang pelajar bernama Xiaomei mengatakan bahawa wanita di China akan menggunakan sejenis 'sabun khusus' yang membantu mereka berdiet. Segelintir wanita terpaksa mandi sehingga 10 kali sehari.

Rawatan-rawatan ini dipercayai tiada asas saintifik dan lebih cenderung kepada membahayakan kesihatan.

Pada tahun 1990-an perempuan Cina akan mengambil teh khas dan pil untuk menurunkan berat badan. Akupunktur juga muncul sebagai pilihan yang sangat popular.

Sebagai rakyat di negara yang paling padat penduduk di dunia itu, ramai mahasiswa terpaksa berjuang untuk mencari pekerjaan memandangkan negara tersebut menghadapi masalah pengangguran yang sangat besar di mana hanya 780 juta pekerja yang bernasib baik berjaya diserapkan ke sektor pekerjaan.

Masaalah pengangguran dilaporkan lebih banyak berlaku di kawasan kampung dan pedalaman, manakala peluang pekerjaan di bandar dilihat semakin meningkat dengan cepat seiring dengan proses urbanisasi negara China.


Laporan Asal : Daily Mail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.