Setelah sampai di Daerah Lundu kami singgah sebentar di kedai-kedai yang menjual kropok buatan orang lundu di sekitar sungai Stamin ataupun selepas melepasi jambatan sungai Stamin. Kebiasaannya pemandu atau pelancong yang pergi di Daerah Lundu dan pekan Sematan tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di kedai kropok sungai Stamin kerana kedai-kedai di sekitar situ banyak menjual produk-produk perikanan dan pertanian hasil bumi penduduk di sekitar Daerah Lundu dan Sematan. Keunikkan kropok-kropok buatan mereka ialah kerana keenakkannya, rupa bentuknya, kepelbagaian jenis nya dan kretiviti pembuatannya. Selalunya saya melihat pelancong luar dan dalam negara jika singgah di sana, mereka akan membeli kropok-kropok di kedai kropok sungai Stamin dengan bajet sehingga RM30 ke RM100. Ini menunjukkan bahawa keunikkan kropok di kedai kropok Sungai Stamin amat popular sehingga tempat tersebut menjadi tempat wajib untuk di pergi bagi membeli buah tangan untuk sahabat handai mereka sebelum pulang. Boleh dikatakan kedai di sekitar tersebut beroperasi setiap hari kecuali hari raya dibuka kepada pengunjung dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam.
Saya sendiri menyarankan kepada pelancong yang pergi di daerah Lundu dan pekan Sematan harus singgah di Kedai Kropok Sungai Stamin kerana jika anda tidak singgah maka tidak lengkaplah perjalanan anda. Sekian.. saya melaporkan untuk beloya2u.com..
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan