اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

RATU PEROMPAK DI KUCHING TUMPAS

KUCHING: Seorang wanita berusia 21 tahun layak digelar ‘Ratu Perompak’ apabila disyaki perancang utama beberapa kejadian rompak di sekitar bandar raya ini. Terbaru, wanita itu menjadikan sekumpulan pelajar sekolah menengah sebagai sasaran dalam kejadian di Tebingan Kuching, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang , wanita terbabit mempergunakan dua lelaki dipercayai rakan sebaya untuk menjalankan aktiviti itu.


Difahamkan, wanita terbabit terlebih dulu meninjau beberapa lokasi sebelum mengarahkan dua lelaki terbabit menjalankan rompakan.

Dalam kejadian itu, suspek menghampiri sekumpulan pelajar berusia 14 tahun dengan mengacu pisau pen sebelum merompak wang tunai serta telefon bimbit milik mangsa.


Mangsa enggan menyerahkan barang terbabit, menyebabkan suspek menggunakan kekerasan dengan mencederakan ibu jari kiri seorang daripada mereka.


Susulan kejadian itu, polis menerima maklumat awam lalu bergegas ke lokasi kejadian dan menahan ketiga- tiga suspek, termasuk wanita terbabit, kira-kira 6 petang.

Difahamkan, sebelum ditahan, suspek dipercayai cuba melarikan diri tapi gagal.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.


“Dengan penahanan suspek, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes rompakan, terutama di Tebingan Kuching serta di Jalan Tabuan sebelum ini.


“Mereka disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak sehingga mendatangkan kecederaan,” katanya.


Dalam pada itu, mangsa rompakan dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan. HM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.