اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

AMANAT HARI RAYA BY #BELOYA2U

AMANAT HARI RAYA BY #beloya2u


Allah maha besar.. Allah maha besar.. Allah maha besar... Allah maha besar..Allah maha besar..Allah maha besar.. Allah maha besar..

Dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara ini. Bukanlah mudah. Kita bukan 1 tapi berjuta. Macam² cerita. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Kita tak mampu memuaskan hati semua tetapi kita boleh lakukan yang terbaik untuk kita semua. Ada yang faham dan ada juga yang tidak faham. Lakukan apa sahaja yang sesuai berdasarkan kehendak masyarakat asalkan berpandukan sunnah dan al-quran. Masyarakat yang rajin membaca dan memahami apa yang dibaca lebih cepat memahami dan tidak mudah melatah dari setiap berita yang diterima.

Pengalaman bersama rakan² dalam negara dan luar negara. 1 perkara yang jelas pada pengamatan saya. Semua mencari² formula untuk mencari hidup yang sempurna dan kadang terpaksa bertikam lidah dan bertegang urat untuk menyatakan formula masing² betul dan sempurna, namun pada akhirnya sentiasa bertukar. Pada pemahaman saya, hanya merujuk kepada sunnah dan Al-quran sahaja mampu mendamaikan umat ini.

Namun begitu hormat menghormati adalah jalan untuk melegakan perbezaan ini. Kamu dengan cara kamu dan kami dengan cara kami. Setiap surah yang dibaca sudah dipupuk dengan rasa kasih sayang iaitu. Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Jelas!! Pengasih dan penyayang. Allah mengajar kita untuk berkasih sayang. Setiap perjumpaan dan ucapan dimulai dengan doa kedamaian iaitu Assalamualaikum yang bermaksud, Sejahteralah ke atas kamu. Jelas bukan.

Sebagai pemimpin dari peringkat tertinggi sehingga peringkat bawahan. Bersabarlah dalam amanah kamu. Teruskan bersikap adil. Jangan sesekali kamu menghukum sesuatu kumpulan/individu yang kamu tidak suka dengan cara yang tidak adil. Sikap adil kamu akan menaikkan martabat kamu.

Semoga Organisasi dibawah pimpinan saya dan pimpinan rakan saya mendapat kesejahteraan pada tahun ini dan tahun² yang mendatang. Jangan memandang kejayaan itu dengan apa yang kita miliki sekarang tetapi proses untuk mendapatkan nya lebih bernilai.

Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada seluruh masyarakat Malaysia dan Sarawak Khasnya tidak kira bangsa dan agama sekiranya saya tersalah bahasa dan tingkah laku yang melukakan hati kamu. Datanglah kepada saya dan beritahu saya, bukan orang lain sekiranya saya ralat dalam tindakkan saya yang melukai hati kamu. Duduk berbincang dan kita sedaya upaya jernihkan yang keruh.

Alhamdulillah. Moga Allah ampunkan dosa kita semua dan mengharamkan api neraka ke atas ibu bapa kita tidak kira masih ada atau telah tiada.

Sekian Dari hati kamek #beloya2u

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.