اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

LELAKI DI AMBANG BAHAYA DAN WANITA KENA BERSEDIA



PBB menerbitkan Laporan Demografi suku pertama 2019

Ada 7.7 Billion orang di planet bumi ini. 

Laporan menunjukkan:

 Wanita = 5.6 Billion
 Lelaki = 2.1 Billion

Jadi, mereka menyarankan wanita untuk berhati-hati dalam menunjukkan sikap kepada para lelaki kerana :-

Dari 2.2 Billon lelaki:

• Satu billion sudah menikah.
 • 130,000 berada di penjara.
 • 70,000 sakit jiwa.

Itu bererti bahawa bumi ini hanya memiliki 1 billion lelaki yang ada untuk menikah, dan ratio jumlah lelaki dan wanita adalah nisbah 1 : 4.

Dan perlu diketahui dari 1 Billion lelaki itu :

 • 50% menganggur
 • 3% adalah gay
 • 1%  duda tak nak nikah
 • 10% saudara anda
 • 35% berumur 66 tahun keatas

Jadi salah satu jalan keluarnya seperti yang di anjurkan dalam Islam, bagi para lelaki yang mampu silakan melakukan POLIGAMI hinga memiliki 4 isteri, agar tidak ada lagi wanita yang tidak memiliki pasangan hidup.

Jadi, bagi para wanita baik yang sudah menikah maupun yang masih belum bernikah, mulai sekarang anda harus menjaga lelaki sebaik baik nya.

Untuk detail, kunjungi laporan demografi PBB
 http://www.worldometers.info/world-population

https://www.worldometers.info/world-population/world-population-gender-age.php

NASA BERI AMARAN ASTROID BESAR MEMUSNAHKAN BUMI



AGENSI Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa) memberi amaran bahawa asteroid besar mampu menghentam Bumi pada bila-bila masa semasa kita masih hidup.

Selain itu Nasa juga menyeru supaya kajian global tentang ancaman asteroid terhadap planet Bumi dilakukan.

Administrator Nasa Jim Bridenstine percaya, prospek asteroid akan memusnahkan kehidupan manusia dengan menghentam Bumi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau dilihat sebagai adegan sains fiksyen seperti dalam filem Hollywood.

Sebaliknya Bridenstine berkata Amerika Syarikat (AS) perlu memperkuatkan pertahanannya dalam berdepan ancaman meteor.

Kenyataan ini disampaikannya dalam Persidangan Pertahanan Planetary 2019 di Washington DC, Isnin.

Gesaan ini dibuat ketika Nasa, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan dan pihak-pihak lain akan melakukan latihan pertahanan di persidangan itu yang melakukan simulasi apa akan terjadi jika asteroid menuju ke Bumi.

“Kita harus pastikan semua orang faham bahawa ini bukan tentang Hollywood, ini bukan tentang filem.

“Ini tentang melindungi satu-satunya planet yang kita tahu, saat ini menampung kehidupan dan ia adalah planet Bumi,” kata Bridenstine semasa persidangan tersebut, memetik Daily Mail, Rabu.
Dia memberi contoh kes di kota Chelyabinsk, Rusia untuk membuktikan peningkatan keseriusan dan potensi untuk berlakunya lagi peristiwa-peristiwa seperti ini.

Meteor tersebut yang terbakar jatuh ke Bumi pernah melintasi pergunungan Ural selatan pada Februari 2013.

Ia merupakan peristiwa meteor jatuh ke bumi terbesar yang tercatat lebih dari satu abad, setelah peristiwa Tunguska tahun 1908.

Lebih dari 1,600 cedera akibat gelombang ledakan itu yang mana kekuatannya dianggarkan sekuat letupan 20 bom atom Hiroshima.

Dalam peristiwa di Chelyabinsk, asteroid berukuran sekitar 100 kaki atau 30 meter melewati Bumi dan ia dikenali sebagai Duende.

Bridenstine berkata nasib baik Duende hanya lalu sahaja, namun kemungkinan akan kembali pada 2123.

Walaupun peristiwa seperti itu dijangka berlaku sekali dalam setiap 60 tahun, Bridenstine berkata ia telah berlaku sebanyak tiga kali dalam 100 tahun terakhir.

Melihat apa yang telah berlaku itu, dia berkata peristiwa serupa boleh berlaku dalam hidup kita pada masa depan.

“Saya sebut peristiwa ini luar biasa unik, tapi sebenarnya tidak,” kata Bridenstine.
Bridenstine berkata pertahanan planet sama penting dengan misi-misi Nasa yang lain, seperti mendaratkan manusia di bulan.

Dia menambah, Nasa sedang berusaha untuk mengesan dan mengkaji 90 peratus asteroid terdekat yang berukuran 459 kaki atau lebih besar, yang dapat menyebabkan kerosakan teruk ketika hentaman.
Sebahagian daripada usaha Nasa untuk mempertahankan Bumi daripada asteroid termasuklah misi Double Asteroid Redirection Test (DART), yang dijadualkan pada Jun 2021, termasuk bantuan dari SpaceX milik Elon Musk.

Misi inovatif ini akan menjadi usaha pertama yang ditunjukkan untuk membelokkan asteroid dengan cara menembak objek ke asteroid sasaran melalui kecepatan tinggi.
Setelah diluncurkan dari pangkalan Angkatan Udara Vandenberg California di atas roket Falcon 9 pada 2021, pesawat DART diharapkan mencapai objek Didymos pada Oktober 2022, ketika jaraknya 6.8 juta batu dari Bumi.

DART akan mensasarkan Didymos asteroid dekat Bumi, yang berukuran sekitar 2.600 kaki.
Sumber: Mstar Online

KISAH BANGUN SELEPAS JATUH MEMBUAT ANDA MENGALIR AIR MATA

Di bawah ini adalah cerita yang dikongsikan oleh Tuan Baharuddin Mohamed di dalam facebook beliau. Rata-rata beliau mendapat komen positif dan bermotivasi. Admin sendiri membaca turut berasa sayu tetapi penuh dengan keazaman.

Semoga penulisan di bawah ini membawa anda ke dimensi yang lebih luar biasa.

BANGUN SELEPAS JATUH ======================

Saya ada satu cerita. Baru ni saya dibawa oleh seorang sahabat lama saya dalam bisnes ke pejabatnya. Pejabatnya tingkat dua. .

Banyak meja kosong. .

" Bahar, aku nak jual semua barang pejabat ni. Ko nak beli. Ambil lah berapa ko nak ". .

Saya tenung matanya. Saya dapat rasakan kekecewaannya. .

" Sabarlah". .

Saya peluk dia dan tarik dia duduk. Dia ceritakan yang dia sudah 2 tahun tak ada projek. Dulu ada 20 orang dalam pejabat ni dan satu-satu berhenti dan terpaksa diberhentikan. .

Dapat projek tak dapat bayaran. Yang lain banyak mencuba, jumpa orang tu, jumpa orang ini semua tak dapat. .

Itu pun banyak lagi hutang dengan x-staf yang tak berbayar. KWSP tiap bulan hantar surat, LHDN tekan kata tak bayar cukai. .

Ada sekali tu ada satu meeting besar. Ada peluang nak dapat projek, sedang kami meeting orang potong TNB datang dan potong walau merayu. Tukang potong tu pun cakap " Apa-apa bayar dulu, bos awak kereta besar. Api pejabat pun tak nak bayar " katanya. Akhirnya meeting sedang belangsung terpaksa dibatalkan kerana panas dan bergelap. Projek tu tak dapat. .

Saya faham betul perasaan sahabat saya ni. Bila kalah semua kita buat salah. .

Muka dan badannya lesu. Dia ditagih hutang kiri dan kanan. Tak ada orang yang nak faham. Mereka mahu masalah mereka selesai. Orang bank datang ugut. Kereta ditarik, rumah nak dilelong. .

Saya banyak berdiam dan tunduk. Hampir dua jam saya bersamanya. Nak balik saya hulurkan sedikit duit. Dia peluk dan menanggis sekali lagi. Kita lebih baik cari kawan yang sedang jatuh dan masih tak ada apa-apa. Mereka yang dah naik selalu call pun tak angkat. Katanya lagi. .

Saya janji nak carikan pembeli perabut pejabatnya. Saya dapat nasihat je dan saya tak berikan sebarang solusi. .

Saya beritahu, bisnes ini tarbiyah membuatkan kita lebih baik dan bersyukur dengan apa yang ada. " Tak mustahil kau naik semula. Lupakan kegagalan dan kejayaan lepas, buang keegoan kita dan bina semula tangga kejayaan. Biar ramai yang ketawakan kita bila kita jatuh. Tapi jangan sampai ketawa mereka menjadi punca kesedihan dan tanggisan kita. Buat dari yang kecil. ". .

Bulan ramadhan ini sungguh duka. Isteri dan anaknya dia hantar ke kampung bersama ibu mertuanya. Dia jual semua barang dirumahnya. Dia bangkit semula. Setiap hari wasap saya dengan progres perjalanan nya. Senyuman sudah mula terukir dibibirnya. .

Bangkitlah sahabat ku. .

Sahabat-sahabat di luar sana yang mempunyai setuasi yang seakan sama. Bersabarlah. Saya masih ada dan faham apa yang sedang berlaku. Baliklah dan mohon pada Allah. Saya juga pernah melalui apa yang sedang anda sedang lalui dan lebih teruk dari itu. .

Usahawan perlukan jati diri yang kuat. Masih sampai sekarang orang masih senyum sinis dengan saya. Saya senyum je, mereka yang ketawa dulu pun tak kemana. Usahawan kena degil. Bangkitlah semula sahabat. .

#BangunSelepasJatuh

Share dan like

LANGKAH-LANGKAH #COPYTRADE MENGGUNAKAN BROKER LITE FINANCE

Berikut ialah langkah-langkah untuk copy akaun manager. Perkara pertama adalah membuat analisa porfolio manager. Macamana nak buat analisa. Nanti saya akan ceritakan dalam artikel selepas ini.



LANKAH 1
Pilih manager
Antara manager dalam circle saya dan saya kenali adalah @cbcpro, @beloy2u dan komeng89. Akaun saya copy sesama sendiri setiap manager yang saya sebutkan. Membuat pecahan akaun adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko.

LANGKAH 2
Klik manager
Setting "amount to copy"
Berapakah nilai yang anda hendak copy

LANGKAH 3
Klik copy setting
Terdapat 3 bahagian yang keluar iaitu:

  • Copy opened order
  • Copy type
  • Max loss/max profit


LANGKAH 4
Copy opened order
-pastikan anda unclick box tersebut

Copy type
-in proportion to my fund
Risiko tinggi dan juga boleh menghasilkan keuntungan yang tinggi. Saiz lot yang digunakan bergantung kepada nisbah nilai modal anda dengan modal manager

-full size copying 1 for 1
Risiko bergantung kepada modal manager. jika modal manager besar dan anda kecil. Makan risiko tinggi dan jika sebaliknya maka risiko rendah

-fixed size of each trade
Saiz lot adalah mengikut kehendak anda. Berapa pun saiz lot yang manager masukkan. Saiz lot anda dalah tetap dan tidak berubah. Risiko adalah bergantung kepada jumlah modal anda.

-% of each trade's volume
Gandaan saiz lot anda dengan saiz lot yang dimasukkan oleh manager. Risiko adalah tinggi

-Max loss/max profit
Kebanyakkan trader tidak menggangu bahagian ini.
Berapakah nilai anda sanggup rugi dan berapakah nilai keuntungan yang anda akan ambil.

LANGKAH 5
langkah terakhir
Klik copy (butang biru)


PERHATIAN:
Jika anda masih tidak faham dengan arahan di atas. Anda boleh mendapat khidmat rundingan melalui link whatsapp http://beloya2u.wasap.my.

Untuk mendapatkan khidmat rundingan daftar dulu akaun anda menggunakan link ini:
https://goo.gl/AfkShX

Selepas daftar. Hantar nombor id anda yang boleh anda semak di bahagian profile kepada http://beloya2u.wasap.my

Berikut adalah antara porfolio yang boleh anda semak:

@beloya2u 
Akaun cents yang hanya menggunakan modal 10USD = 1000USDC



@CBCPRO
Akaun standard best capital adalah 100USD



@komeng89
Akaun standard best capital adalah 300USD


COPYWRITING DAN FB PAGE : DIGITAL KENYALANG ACHIEVERS



Minggu ini bersama dengan kita adalah Puan Liza yang akan berkongsi mengenai tips copywriting ataupun mengolah ayat iklan. Bagaimana membangun Facebook page

Ikuti video di bawah ini untuk maklumat terperinci



PERNIAGAAN DI HUJUNG JARI!

Bengkel Digital Marketing
(Rujuk gambar)

Selaras dengan Dunia IT & Teknologi menjelang wawasan 2020!

Anda boleh hubungi #coachope (Liza) untuk maklumat terperinci atau klik link whatsapp berikut wasap.my/60103427505/bengkeldigitalmarketing

Nota kaki👇🏿
°Certified eUsahawan Trainer
°Digital Marketing Trainer
°Founder Hope Dld Enterprise (Btu/870/2016)
°Entrepreneur
°Freelance Motivator

HANYA PERLUKAN PC/LAPTOP/HP DAN INTERNET UNTUK ANDA JANA PENDAPATAN

ANDA NAK JANA PENDAPATAN
HARIAN? MINGGUAN? BULANAN?


DAFTAR HARI INI DAN KAMI AKAN MENYEDIAKAN
PERCUMA khidmat rundingan DCW
PERCUMA kelas pengenalan trading
PERCUMA khidmat nasihat penilaian portfolio


Anda buat pilihan sendiri, anda kawal sendiri akaun anda. Anda bebas deposit dan bebas mengeluarkan deposit anda. Anda hanya perlu belajar sedikit, iaitu menilai porfolio pengurus saham yang ada di pasaran.

Kami boleh memperkenalkan beberapa orang yang boleh anda ikuti dan kami ajar sekali teknik penilaian

BAGAIMANA NAK DAFTAR? IKUTI LANGKAH-LANGKAH BERIKUT
(1) DAFTAR

(2) PENGESAHAN PENDAFTARAN

(3) PENGESAHAN SEMAKAN ID
  • Pihak kami akan membalas whatsapp anda setelah semakan berjaya
(4) SEMAK LOKASI LATIHAN

  • Cari "Saradec Learning Centre" di google maps atau guna link di bawah ini
  • KLIK https://goo.gl/maps/13uKf5LhMUA2
  • Anda boleh datang ke lokasi ini untuk mendapat khidmat rundingan percuma
(5) PERSEDIAAN ANDA
  • Buku dan pen
  • Laptop (jika ada)
  • Lapangkan minda anda
  • Internet



PERHATIAN!!
Risiko tinggi pulangan tinggi | Risiko rendah pulangan rendah

BANGKITNYA ANTU KACANG DALAM DALAM KECELARUAN : DIGITAL KENYALANG ACHIEVERS


Untuk membangun atau mencipta pengalaman bukan satu perkara yang mudah dan apatah lagi memiliki pengalaman yang banyak dengan masa yang singkat. Cara yang terbaik untuk memperbanyakkan pengalaman adalah dengan mendengar pengalaman orang lain.

Bersama dalam artikel ini kami sediakan video perkongsian pengalaman usahawan yang sedang membangun.

Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada anda. Sekiranya video ini memberi mafaat kepada ada. Silalah share.. 





BELAJAR BAHASA SARAWAK



DIKEMASKINI PADA : 26 SEPTEMBER 2016

kongsi-kongsi ilmu dengan korang mengenai bahasa sarawak mudah. Apa yang terlintas di fikiran itu lah yang aku taip.. so... enjoy arrr...

  1. Beloya=berborak
  2. Awak pergi mana?= Kitak gi sine?
  3. Awak buat apa? = Kitak apa polah?
  4. Awak dah makan? = Kitak dah makan?
  5. Awak buat apa sekarang? = Apa polah kitak kinek tok?
  6. Awak apa khabar? = Kitak apa khabar tek?
  7. Boleh bantu saya tak? = Boleh nolong kamek sik?
  8. Semangat awak tinggi betol = Tinggi nar semengat kitak juak?
  9. Apa maksud makan hati? = Apa reti makan hati?
  10. Bila awak nak kawin? = Bila kitak nak nikah gik?
  11. Ye la tu = Aok ajak la
  12. Awak nampak cantik hari ni = Kacak na kitak aritok
  13. Sombongnya awak = Lawa kitak owh..
  14. Awak dah mandi ke belum? = Kitak dah mandik lom?
  15. Lepas ini pergi mana pulak? = Lepas tok pegi sine?
  16. Panas betul hari ni kan? = Panas na aritok owh?
  17. Gatalnya budak tu.. = Kenja nar nemiak ya eh?
  18. Pandainya awak = terer na kitak?
  19. Kesian = owhh tedah
  20. Dia pula yang terpilih = Nya indah dipilih?
  21. Awak nampak biru la hari ni = Kitak nampak biru la haritok
  22. Apa cerita dekat sana = Apa cerita kat sinun.
  23. Orang sini sihat je = Orang sitok sihat jak.
  24. Saya mengantuk lah = Kamek ngantok eh
  25. Macam mana nak jumpa awak = Camne nak jumpa kitak
  26. Bawa perlahan-lahan kenderaan tu ye = embak slow-slow kereta ya
  27. Pening betol kepala saya = Pening na palak tok eh
  28. Hari macam nak hujan je = Hari macam nak hujan jak
  29. Awak lepak kat mana malam tadi? = Kitak relex sine malam tadik?
  30. Macamana awak boleh kurus macam tu? = Camne kitak boleh kurus kedak ya?
  31. Awak semua cakap tentang apa? = Kitak orang beloya pasal apa?
  32. ♪♫Cubit-cubitan♫ senggol-senggolan♪ = ♪kubit-kubitan♫ senggol-senggolan♪♫
  33. Ketawa terbahak-bahak = tetak perey
  34. Jahat = Gaok
  35. Bosan nya saya = Angol na kamek
  36. Menyampah aku tengok budak tu = ingga ku nangga nembiak ya
  37. Cawan awak cantik la = Cangkir kitak kacak lah
  38. Mana beli almari tu? = Sine meli kabat ya?
  39. Buruk betul perangai dia = jaik na perangenya eh.
  40. tengok tu = Diat ya
  41. Awak ada lihat tak surat khabar hari ni? = Kitak ada nangga sik surat kabar aritok
  42. Awek tu cantik sangat la = Pempuan ya kacak gilak aie.
  43. Awak tahu tak? = Kitak tauk sik?
  44. Dia juga ke yang ikut kita ni? = Nya juak ka ikut kita tok?
  45. Siti situ sana sini = Siti sinun sia sitok
  46. Dia tak pernah berubah lah = Seranto-ranto nya camya
  47. Awak percaya saya tak? = Kitak cayak kamek sik?
  48. Bila sampai? = Bila sampey?
  49. Tak pernah ku tengok budak ni = Sik kalak aku nangga nembiak ya
  50. mengutip sampah = mutit sampah
  51. Dia memang patut di marah = Nya memang patut di anok.
  52. Jangan nakal-nakal tau = Jangan berolah tauk
  53. saya tak pandai la = endak ku pande eh
  54. Terhempas = terempas
  55. bagitau dia = padah nya
  56. Minyak regular = Minyak benjen
  57. Marah = manas/meradang
  58. Awak Poyo = Bujat kitak
  59. Cermin Muka awak tu = Muka ko diat
  60. Kecilkan suara awak dan jangan bising sangat = Kecikkan sora kitak dan Jangan terkiak-kaong gilak.
  61. Dia orang mabok la = Sidaknya palau-palau jak.
  62. Aku kempunan makan telur = Kamek ponek makan telur.
  63. Jangan lama sangat = Iboh lamak gilak.
  64. baru saya tahu = Bok kamek tauk.
  65. Menarik = Mengancam
  66. Heboh = Kamboh
  67. Jangan makan banyak sangat = Iboh kitak berkaul gilak makan.
  68. Comel = Kejawak
  69. Merapu = Ngereco
  70. Awak mengulang perkataan yang sama la. = Kitak mala jak ngitok benda ya.
  71. Bulu kening awak cantik = Bulu mansu kitak kacak eh.
  72. Saya tersedak setelah mendengar berita itu = Meransak kamek dengar berita ya?
  73. Barang saya telah di selongkar = Barang kamek kenak kerugak.
  74. Boleh tak saya menghiburkan awak = Boleh sik kamek ngibor kitak.
  75. Guli itu tenggelam = Guli ya tenggelup.
  76. Janganla membebel = Jangan ngerepak.
  77. Luka awak dah sembuh? = Lukak kitak dah bait?
  78. Saya basah kuyup kena hujan = Kamek lebor laur kenak ujan.
  79. Orang tak nak jangan di paksa = Orang sik maok jangan dipejal.
  80. Barang yang awak bawa tu terjatuh la = Barang yang kitak embak ya berayan eh.
  81. Suapkan makanan kat mulut dia = Sapik makanan rah mulutnya lok.
  82. Dah siap ke kerja awak tu? = Dah lekak kerja kitak tek?
  83. Comot = Empeyak
  84. Saya jalan dulu yer = Kamek mopok lok ah.
  85. Aku tak pernah dengar pun = Sik kalak aku nengar pun.
  86. Rambut awak selekeh betul = Unsa-ansei nar rambut kitak.
  87. Mereka bertempiaran lari ke bukit itu = Sidaknya ngelepar lari ke bukit ya.
  88. Saya tak nak jadi penjahat = Kamek sik maok jadi pak sauk.
  89. Sakit hati saya tengok budak tu = Sak ati nar nangga nembiak ya.
  90. Loya anak tekak saya = Berbual sa nyawa kamek.
  91. Jangan jadi penipu = Jangan jadi pembulak.
  92. Hentam je = Gasak jak.
  93. Awak ni kurang pandai la = Kitak tok belukuk bena eh.
  94. Cantiknya almari awak = Kacak nar jemari kitak.
  95. Ambil pisau tu untuk saya = Ambik ladin ya ngan kamek.
  96. Anjing itu kurap = Asuk ya kurap.
  97. Mata saya mengantuk = Mata kamek kelat.
  98. Jangan main dekat lopak tu, kotor tau. = Jangan main rah lopak ya, kemaik/kamah tauk sik.
  99. Awak makan ke mencekik = Kitak makan ka majoh.
  100. Jangan berlari = Jangan berekot.
  101. Letih aku melayan kamu nih! = Ajab rasa nyawaku  melayan kau ya!!
  102. Kelmarin awak buat apa? = Ari marek kitak apa polah?
  103. Awak berkelakuan pelik ni kenapa? = Kitak merange kenak?
  104. Awak jalan lurus je kat situ = Kitak jalan joros jak rah sia.
  105. Sedapnye.. Teringin nak rasa lagi = Sedap na eh, belalak rasa nyawa eh.
  106. Aku pulak yang kena = Kamek indah yang kenak.
  107. Jangan main dalam semak-samun = Jangan main dalam rumbu/babas.
  108. Saya tersangat letih sampai tak dapat nak pegang pen = Kamek sempe gilak sampe sikpat nak megang pen.
  109. Bagi saya kepak ayam 2 kg = Berik kamek sayap manok 2 kg.
  110. Letih betul buat sangkar ayam hari ini = Kepak nar molah raban manok ari tok.
  111. Budak tu main tipu lah = Nembiak ya ngakal eh.
  112. Saya minta maaf sebab dah lukakan hati awak = Kamek mintak maaf sebab nyakit ati kitak.
  113. Selamat malam, Tidur lena yer = Selamat malam, Tido lena kitak ah.
  114. Di Sini kita berkumpul = Di sitok kita bergelumok. 
  115. Aku tak suka la budak tu = Sik ku rajin nembiak ya. 
  116. Cantik pepatong tu = Kacak kelontet ya.
  117. Dia menumpang motosikal si mamat = Dia berganden make tosikal si mamat.
  118. Terdapat kumbang di dalam pokok kelapa = Ada emberu di dalam pokok niok.
  119. Maaflah.. saya nak cepat = Sori.. kamek begaut.
  120. Saya tak nak la = Sik ku betah.
  121. Buruk perangai mereka = Jaharu perange sidaknya.
  122. Segak kamu hari ini = Gap kitak aritok.
  123. Tak berbaloi awak buat macam tu = Sik bebela kau molah camya.
  124. Lemah longlai = Lemah lintuk
  125. Kena panah kilat = Kenak pangkak nyaruk.
  126. Terkejut sebab barang terjatuh = Beliang entam barang gugok.
  127. Tak kuasa saya nak melayan = Sik pian kamek nak melayan.
  128. Kapal terbang MH370 belum dijumpai = Belon MH370 belum ditemu.
  129. Bising bunyi ekzos motosikal = Tebabak bunyi ekzos tosikal.
  130. Beritahu dia saya dan sampai = padah dengannya kamek dah sampe
  131. Rasa tak bermaya = Mah wa ku (Bahasa Ringkas)
  132. Rasa malas = Alas ku (Bahasa Ringkas)
  133. Bukan main lagi bermekap = Terit jak beresep
  134. Tolong undurkan kereta awak = gostan kereta kitak lok
  135. Saya nak bawa awak lepak = Kamek nak ngajak kitak lepak
  136. Saya tak tahu awak camni = Kamek sik tauk kitak camtok
  137. Awak berimejinasi pasal apa tu = Apa dimejin kitak ya
  138. Tak habis-habis cerita pasal dia = Ndak alah-alah cerita pasalnya
  139. Kesian budak tu kan. = Otedah nembiak ya nak
  140. Selamat berbuka puasa = Selamat bersungkey
  141. Jangan meninggi suara = Jangan nerais sora
  142. Anak saya begitu teruja mendapat barang mainan = Anak kamek kejeron ada jak dapat menan baru
  143. Saya sempat singgah di kedai abu = Kamek nyelepat singgah kedei abu.
  144. Awak tak dengar cakap.. kenapa? = Kitak ya entaleh.. kenak?
  145. Berdenyut kening saya = Ngerijik sa kening ku.
  146. Dagu awak macam mat salleh = Jungo kitak kedak omputeh.
  147. Dilarang cukur bulu kening = Dilarang cukur bulu mangsu.
  148. Awak memang degil = Kitak nang engtingal.
  149. Temankan dia = Ulunya lok
  150. Jangan berdiri di depan pintu = Jangan berdiri di lang pintu
  151. Kerja awak kemas = Usei kerja kitak
  152. Saya tak sokong dia = Kamek sik melan nya
  153. Sesuka hati awak jer camtu = Sukahati kitak jak medo camya
  154. Awak sibuk tak malam ni? = Kitak gago sik malam tok?
  155. Budak tu ada kepandaian lah = Miak ya ada pemande lah
  156. Leher awak merah tu kenapa? = Geruk kitak merah ya kenak?
  157. Dia suka bergurau = Nya suka pelente
  158. Awak lucu = Cali kitak
  159. Jangan paksa dia = Jangan mejal nya
  160. Awak nak gaduh ke? = Ko nak bebukut ka?
  161. Budak tu nakal sangat = Nembiak ya mancai gilak
  162. Kembang hidung dia selepas dipuji = Empengo hidungnya lepas kenak puji
  163. Seksi awek tu = Mancit ompuan ya
  164. Ko nak rasa siku aku? = Ko nak rasa sigong aku?
  165. Badan saya melekit sebab kuat berpeluh = Badan kamek beletik kotan berpeloh.
  166. Jangan ambik lauk pakai tangan = Jangan cerko lauk ya
  167. Terperanjat saya = San buyan kamek
  168. Awak menginap ke? = Kitak berambeh kah?
  169. Tak berubah kedudukan batu tu = Sik ngerujik kedudukan batu ya
  170. Tolong isikan air = Tolong isik air
  171. Dia adalah kawan yang baik = Nyalah geng yang bait
  172. Jalan lambat = Jalan lombot
  173. Kau ni anak siapa? = Kau tok pureh sapa
  174. Aku dah tak ada duit ni = Kamek dah sandat tok
  175. Jika la awak cinta saya = Mun la kitak suka kamek
  176. Kenapa pentas itu kosong = Kenak pentas ya puang
  177. Dia tengah demam tu = Nya tengah meroi ya



KEPADA PEMBACA ARTIKEL INI
ANDA MUNGKIN ADA SOALAN BERKAITAN DENGAN BAHASA SARAWAK
JIKA ADA DAN NAK JAWAPAN LEBIH CEPAT
LIKE PAGE KAMI DAN ANDA BOLEH TERUS INBOX KAMI










DIGITAL KENYALANG ACHIEVERS: BAGAIMANA USAHAWAN MEMBELI PRODUK DI CHINA TANPA PERLU PERGI KE CHINA -TUAN YUSOF



Pelajaran kita kali ini adalah mengenai teknik membeli produk di china secara pukal tanpa perlu pergi ke china. Menarikkan?

Biasanya kos untuk ke china lebih kurang RM1,500.00 belum dikira lagi keselamatan serta masa yang diambil. Kalau saya katakan kos ini hanya RM150 bagaimana? he he.. sila la tonton video di bawah

Berikut adalah video yang menarik mengajar anda bagaimana membeli stok di china tanpa perlu pergi ke china.



PENDAPATAN SAMPINGAN MINGGUAN/BULANAN DENGAN #COPYTRADE


Ini adalah salah satu instrumen pelaburan. Pelaburan Foreign Exchange adalah berisiko tinggi dan juga pulangan yang tinggi. Untuk belajar jual beli saham dalam Foreign Exchange memerlukan masa dan wang ringgit yang banyak. Disebabkan itu, Lite Finance menawarkan #copytrade untuk memudahkan pelabur membuat pelaburan. Sebelum membuat #copytrade, pelabur hendaklah memahami porfolio trader yang mereka #copytrade.

Di bawah ini adalah langkah-langkah untuk memulakan proses copytrade.
PERTANYAAN WHATSAPP
Klik link untuk whataspp http://beloya2u.wasap.my/



LANGKAH COPYTRADE

(1) 
DAFTAR DENGAN KLIK BUTANG DI BAWAH


(2) 
DEPOSIT
guna local depositor


(3) 
KLIK BUTANG PORTFOLIO COPYTRADE

MIN USD50

MIN USD200



(4) 
LIKE FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM

Untuk kemaskini (update) terkinektok


(5) 
PERTANYAAN WHATSAPP
Klik link untuk whataspp http://beloya2u.wasap.my/

DIGITAL KENYALANG ACHIEVERS: KATERING DAN INOVASI PUAN FIZAH NARAWI



Berikut adalah rekod Facebook Live bersama dengan Puan Fizah Narawi yang berpengalaman dalam bidang katering dan inovasi.

Video di bawah ini adalah perkongsian tips dan pengalaman dalam bidang katering dan invosi. Moga Video ini memberi mafaat kepada anda semua.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah makanan untuk makan tengahari atau majlis-majlis. Boleh hubungi sendiri Puan Fizah Narawi di talian +60109750028

VIDEO 1

VIDEO 2

VIDEO 3

BORNEO DIGITAL CHAMPION : SISTEM KESELAMATAN DIGITAL TUAN AZRAEN

Hari ini, sistem keselamatan adalah keutamaan setiap orang. Pelbagai kaedah digunakan untuk memastikan kita semua rasa selamat. Selamat dari segi nyawa dan harta benda.

Dalam Rekod Facebook Live di bawah. En Azraen berkongsi cerita dan tips sistem keselamatan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan beliau. Bolehlah terus menghubungi beliau di talian berikut:

0198347987 AZRAEN





BORNEO DIGITAL CHAMPION: I LEARNING OLEH ZAMRI BIN MOHAMMAD

Membincangkan cara-cara berjimat untuk ibu bapa yang mempunyai anak Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Menggunakan teknik digital untuk menjimatkan kos. Jimat masa dan tunai.

Ikuti live stream di bawah ini untuk maklumat lanjut.

Sila hubungi beliau jika berminat.

0138345334 En Zamri





DIGITAL KENYALANG ACHIEVERS : DAYANGKU KHALIZAWATI CERTIFIED TRAINER MDEC

Perkara yang dibincangkan adalah #agro dan #branding. Lihat video di bawah, apakah pandangan beliau mengenai perakara tersebut dan catat tips-tips yang beliau kongsikan.

Hubungi beliau untuk belajar penanaman cendawan dan digital leadership

0107796769 Dayang



SESI 2
SESI 2

CARA MENGHILANGKAN BAU DURIAN.



Tidak semua orang boleh layan bau durian yang berlegar-legar di ruang kediaman berhari-hari. Walaupun sedap untuk dinikmati, kehadiran bau yang kuat ada kalanya boleh buat kepala pusing dan pening. Dan kala membeli durian dan membawanya pulang, bau dalam kenderaan juga sudah melekat dan sukar untuk dihilangkan. Jom cuba beberapa tip ini yang Jelita himpun untuk anda praktikkan bila berdepan situasi banteras bau raja buah-buahan ini!

Bau Dalam Kereta

Oleh kerana ruang kereta yang kecil dan tertutup amat mudah bau durian menusuk ke setiap sudut. Sehinggakan berhari-hari ia masih boleh dihidu. Petua lama ada menyatakan untuk meletakkan arang dalam kenderaan dan bau tidak menyenangkan ini boleh hilang dalam sehari dua.

Tetapi ada cara lebih pantas iaitu dengan meletakkan secawan kopi yang dibancuh panas-panas dan letakkan dalam bonet. Ia lebih cepat menyerap dan efektif dalam masa kurang 2o minit. Ada juga tip yang menyarankan guna cuka atau kepingan roti putih. Tip ini juga boleh anda amalkan dalam kediaman.

Mulut Bau Durian

Tentu anda pernah dengar untuk berkumur dengan air yang dituang di bahagian dalam kulit durian. Ya memang benar inilah yang disarankan oleh orang dulu-dulu supaya mulut tidak berbau kuat kalau dah lebih lapan ulas durian anda makan! Kalau minum airnya juga dapat menurunkan suhu badan yang selalunya meningkat selepas makan durian yang kaya dengan kolesterol itu.

Anda juga disarankan untuk meminum air kosong dengan banyak untuk meneutralkan kembali kandungan durian dalam usus. Selain itu, buah manggis juga dikatakan bagus untuk mengelakkan bau durian pada pernafasan.

Bau pada tangan

Cubalah guna sabun dan kalau jenis yang paling kuat pun sukar untuk hilangkan semerbak durian pada tangan. Petuanya adalah dengan menggunakan air takungan kulit dalam durian dan membasuh tangan dengan air itu

PADAH MAKAN TERUNG GULAI SAMBAL BELACAN

TERUNG BAKAR INTI SAMBAL BELACAN DENGAN IKAN

Bahan 1 utama :
Terung pastikan telah di bakar
3 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)

Bahan 2 :
Sambal belacan
Cili besar
Belacan bakar
Gula
Garam
Mangga muda (hiris halus)

Cara membuat :
(tumbuk semua bahan dan siap, masukkan isi ikan rebus, gaul sebati, belah tengah terung bakar tadi sumbat sambal belacan bercampur ikan tersebut ke dalam terung

Dah siap….



SUAMI LAFAZ TALAK GARA-GARA KEK !!


Ayuh akak akak, ibu ibu mak cik mak cik. Kita buat kek yang sangat sedap. Apabila kita buat kek dan kek selalu sik menjadi. Ni tips untuk menjadikan kek akak akak sekian mantap .

1. Icing putih
1kg krimwell
500g gula icing (diayak)
Pukul hingga kembang dan gebu. Sesuai digunakan sebagai base untuk menghias kek. Ianya juga boleh diwarnakan ikut citarasa atau tema.

2. Butter Icing
250g mentega
150g gula icing (ayak dahulu)
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan tidak lagi rasa berpasir bila dirasa dengan jari. Ia juga boleh diwarnakan.

3. Creamcheese Toping
250g creamcheese (tatura)
100g buttercup
100g gula icing
Pukul semua bahan hingga kembang dan gebu. Toping ini sesuai untuk RED VELVET CAKE.

4. Lemon Cream Cheese
250g cream cheese
30g mentega
1 sudu besar perahan lemon
Pukul semua bahan hingga sebati dan kembang.

5. Chocolate fudge frosting
200g coklat masakan
250g mentega
250g gula icing
Cairkan coklat secara double boile ketepikan hingga sejuk. Pukul mentega hingga kembang (5 minit) dan masukkan gula icing, pukul hingga sebati. Masukkan coklat dan pukul hingga kembang dan licin.

JANGAN MARAH SI KECIL KALAU DIA BUAT 5 HAL INI



1. BANYAK BERTANYA
Bersyukur kalau anak anda jenis yang suka bertanya banyak soalan. Jangan cepat herdik atau menyuruhnya diam. Layankan sahaja soalan daripadanya. Sebenarnya anak anda sedang cuba mendapatkan perhatian daripada anda.

2. Bermain dengan Makanan
Secara spontan anda akan menjerit apabila melihat si kecil sudah comot satu muka dengan makanan yang anda hidangkan kepadanya. Tetapi jika anda boleh bertenang ketika berhadapan dengan situasi ini. Ketahuilah yang anak anda sebenarnya seorang yang bijak. Perasan ingin tahu anak terlalu tinggi hingga membuatkan dia terasa hendak mencuba sesuatu yang dirasakan menyeronokkan.

3. Membaling Objek
Pernahkah  anda mengalami situasi dibaling objek seperti botol susu, telefon bimbit, remote control TV dan sebagainya oleh si kecil?. Ia sebenarnya salah satu cara anak kecil mengekspresi perasaan sayangnya kepada ibu atau ayah. Sebaiknya anda beritahu itu lagi dan dalam masa yang sama ajarkan dia cara yang betul untuk memanggil orang lain

4. Menunjukkan kreativiti
kadangkala sudah puas anda memuji dan menyatakan kekaguman atas hasil lukisan atau kerja kreatifnya tetapi dia tetap bertanyakan sama ada cantik atau tidak. Anak anda sebenarnya sedang mencari keyakinan diri. Pujian anda memberikan dia keyakinan untuk menjadi yang lebih baik.

5. Bermain Bersama
Adakalanya anak anda suka mengajak anda bermain dengannya. Janganlah anda menolak ajakan anak. Sesekali apa salahnya layanan dia bermain walaupun anak anda perempuan anda mengajak si ayah bermain masak masak.


BANTU BANGSA SENDIRI TAPI DIBUNUH BANGSA SENDIRI

SIAPA KAMI

Kepala otak letak dekat mana!! Geram!! Sakit hati!! kecewa!! dan macam-macam perkara yang bermain dalam fikiran apabila melihat bangsa sendiri cuba merosak usaha sesama bangsanya sendiri.

Ini realiti. Apa sahaja jenis bangsa di muka bumi ini terjadi benda yang sama. Ini semua kerana NAFSU!! NAFSU!! NAFSUU!!.. Tidak dapat mengawal nafsu untuk berkuasa, untuk memilik harta, memiliki nama dan sebagainya.

Ini lah yang aku hadap pada hari ini. Tidak!! aku tidak lupa ada juga yang menyokong dan membantu. Sebab itu, aku katakan ini adalah lumrah dunia.

Ini kisah aku:

Komuniti kami membuka 50 buah kiosk di Sekitar Aiman Mall Samarahan. Sewaan adalah RM300.00 sebulan. Harga ini cukup murah dengan komitmen RM10 sehari. Kiosk yang disediakan tertutup dan berbumbung. Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam. Program ini diketuai oleh Temenggong Faz.

Program yang kami buat bukanlah fokus kepada keuntungan semata-mata. Cukup bayar gaji kepada sesiapa yang mengurus itu sudah memadai.

Tetapi ada setan laknatullah dikalangan bangsa aku sendiri mengganggu urusan kami. Kami nak membantu orang lain diganggu. Apakah golongan syaitan nirojim  ini tidak berfikir tentang peradaban akan datang sekiranya usaha seperti ini diganggu. Kami tidak takut kerana usaha ini adalah usaha FISABILILLAH!! tetapi kami tidak suka perang. Kami cintakan kedamaian.

Perjuangan ini akan kami teruskan walau apa pun yang terjadi. Kami akan berusaha selagi kami boleh bertahan.

Mungkin ada dikalangan bangsa aku di luar sana boleh membantu kami membangun program seperti ini. Kami berbesar hati sekiranya ada hati mulia di luar sana boleh bersama kami dalam perjuangan kami. 

Sesiapa yang boleh membantu usaha kami ini, bolehlah menghubungi Temenggong Faz di talian 0138412536 atau klik sahaja link wasap ini www.wasap.my/60138412536/temenggong. Mungkin anda yang mulia di sana boleh membantu kami dari segi:

  1. Menambah penyewa kiosk
  2. Mengadakan majlis ilmu di lokasi
  3. Menyumbang tenaga membantu usahawan
  4. Share kisah kami di page, group atau personal fb
  5. Atau apa sahaja yang berkaitan dengan usaha kami


Ini adalah antara wajah kiosk kami:
BENTUK KIOS DENGAN KELUASAN 8' X 2'

PEMANDANGAN SIANG ANJUNG USAHAWAN

PEMANDANGAN MALAM ANJUNG USAHAWAN



COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.