اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

‘SPOTTING’ & PENDARAHAN KETIKA HAMIL

Kredit : Nazurah Hassan

8 SEBAB BERLAKUNYA ‘SPOTTING & PENDARAHAN KETIKA HAMIL

Punca berlakunya pendarahan ketika hamil biasanya bergantung kepada usia kandungan. Ia boleh dikategorikan kepada 2 iaitu pada awal kehamilan danpertengahan / akhir kehamilan.

I) PENDARAHAN SEMASA TRIMESTER PERTAMA

Pendarahan ringan (spotting) mahupun pendarahan yang banyak pada awal kehamilan boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

1. IMPLANTATION BLEEDING

Anda mungkin akan mengalami sedikit spotting dalam masa 6-12 hari selepas disahkan hamilakibat ‘implantation bleeding.
Proses pendarahan ini boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan mula menempel pada bahagian dinding rahim. Kadangkala ada yang ingatkan pendarahan ini sebagai period dan tidak menyangka bahawa mereka sedang hamil.
Namun, berbanding darah haid, pendarahan akibat proses tempelan ini tidak banyak dan hanyalah berlaku dalam masa 1-2 hari.

2. KEGUGURAN

Kes keguguran paling banyak berlaku pada awal kehamilan, iaitu trimester pertama. Jadi, pendarahan yang berlaku ketika ini perlu sentiasa diberi perhatian yang khusus.
Seelok-eloknya anda perlu peka dengan kitaran haid supaya anda dapat mengesan kehamilan seawal mungkin. Ramai wanita yang tidak menyedari bahawa mereka sedang hamil dan tidak menghentikan pengambilan herba atau ubat-ubatan yang mungkin membahayakan kandungan.

3. JANGKITAN

Sebarang jangkitan pada bahagian serviks(pangkal rahim), vagina, atau jangkitan STD seperti herpes boleh menyebabkan pendarahan pada trimester pertama.

4. KEHAMILAN LUAR RAHIM

Kehamilanluar rahim atau kehamilan ektopik berlaku apabila embrio menempel pada bahagian luar rahim ibu.
Jika proses ini tidak dikesan awal, ia boleh membesar hingga menyebabkan kerosakan pada tiub Fallopio lalu mengancam nyawa ibu,
Antara simptom lain bagi kehamilan luar rahim adalah rasa ‘cramp atau sakit pada bahagian abdomen dan pening kepala. Namun, kebarangkaliannya untuk berlaku adalah rendah iaitusekitar 2%.

5. KEHAMILAN MOLAR

Kehamilan molar atau ‘gestational trophoblastic disease adalah keadaan di mana tisu abnormal tumbuh di dalam rahim wanita.
Walaupun ia jarang berlaku, namun dalam sesetengah kes terpencil, ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain seperti kanser.
Antara simptom lainnya termasuklah muntah-muntah danloya serta peningkatan saiz rahim pada kadar yang cepat.

6. PENDARAHAN PLASENTA

Subchorionic hemorrhage adalah pendarahan yang berlaku sekeliling plasenta. Selalunya kes ini tidak akan berpanjangan dan ibu masih boleh melahirkan secara normal. Namun, perlu sentiasa dipantau dan berisiko untuk melahirkan bayi pramatang.

II) PENDARAHAN SEMASA TRIMESTER KEDUA & KETIGA

Apabila berlakunya pendarahan ketika hamil di trimester kedua atau ketiga, mungkin mengalami komplikasi seperti berikut:

1. PLASENTA PREVIA

Keadaan di mana plasenta atau uri menutupi jalan untuk bayi keluar secara normal melalui rahim juga boleh menyebabkan berlakunya pendarahan.
Betapa seriusnya keadaan ini bergantung kepada tahapnya yang boleh dilihat melalui imbasan ultrasound. Dalam keadaan yang tidak serius, anda masih boleh melahirkan bayi secara normal tanpa sebarang komplikasi.

2. PLASENTA TERTANGGAL

Plasenta tertanggal atau plasenta abruptionboleh menyebabkan pendarahan yang serius terutamanya jika berlaku pada akhir usia kehamilan. Namun, kebarangkalian untuk mengalaminya adalah 1% sahaja.

3. KELAHIRAN PRA-MATANG

Pendarahan ketika hamil dalam trimester kedua atau ketiga perlu dipantau dengan serius. Lebih-lebih lagi jika ia turut disertai dengan kesakitan. cramp, cirit-birit, tekanan pada pelvis, atau sakit belakang.
Sebelum masuk minggu ke-37, bayi masih belum matang dan perlu diberi perhatian khusus jika berlakunya kelahiran pramatang. Namun, jika berlaku selepas minggu ke-37, ia adalah tanda-tanda bersalin yang normal.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.