اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

JANTAYU : BLOOD FILLED LAND?



"Strawberry memang sinonim dengan warna merahnya.. hahahaha."



Siapa sangka pokok strawberi yang biasanya ditanam di kawasan tanah tinggi dan bercuaca sejuk mampu tumbuh segar di Kampung Jaya Bakti, kira-kira 30 kilometer dari Kuching.



Lebih membanggakan, bermula dengan hanya empat pokok, pemilik ?Jantayu Strawberry Farm' Muhammad Hossen Ediwi, 62, kini mempunyai lebih 6,000 pokok yang ditanam dalam pasu di rumah dan ladang milik keluarga di kampung tersebut.

Bekas pemilik kedai buku dan restoran berkata segalanya bermula selepas beliau membeli dua pokok strawberi semasa sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan pada November 2015 di perkarangan Dewan Suarah Kota Samarahan.

"Saya bawa balik dan tanam di tepi rumah sahaja, pokok itu hidup subur sebelum saya mengambil keputusan untuk pergi ke Cameron Highland dan beli lagi dua pokok. Pada masa sama, belajar kaedah yang betul untuk menanamnya.

"Bermula dari hanya empat pokok, saya kini ada ribuan pokok sebelum ahli keluarga mengambil keputusan membina ladang dinamakan 'Jantayu Strawberry Farm' sejak lima bulan lalu menempatkan 6,000 pokok strawberi," kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.  

Muhammad Hossen menyedari faktor cuaca dan suhu sejuk menjadi penentu kesuburan tanaman tersebut, justeru beliau memastikan empat perkara dilakukan iaitu siraman baja dan pelepasan air yang tepat, racun serangga (sekiranya perlu) serta paling utama suhu akibat sinaran matahari tidak terlalu panas.

"Sejak mula menanam saya rasakan kawasan kampung ini sesuai untuk tanaman  strawberi kerana pada waktu malam dan pagi cuaca sejuk, namun apabila tengah hari dan petang cuaca agak panas. Oleh itu saya pastikan sinaran matahari ke pokok  strawberi ini dikawal," katanya.

Sebagai hasilnya, beliau berkata pokok strawberi yang ditanam mengeluarkan  buah yang lebih manis,  biarpun saiz tidak sebesar seperti hasil di Cameron Highland, Pahang.

Melihat kepada perkembangan tersebut beliau mengambil keputusan untuk membesarkan lagi tanaman tersebut menerusi pembukaan lading seluas satu ekar milik keluarganya.

Ditanya perasaan dari hanya dua pokok kini menjadi ribuan pokok, Muhammad Hossen mengakui 'agak terkejut' melihat hasil yang dan mengambil keputusan untuk membesarkan lagi tanaman tersebut menerusi pembukaan ladang seluas satu ekar milik keluarnya itu.

"Buat masa ini, kami memberi fokus untuk menjual pokok strawberi pada harga RM30 satu pasu kerana  pengeluaran buah masih belum banyak. Biarpun ladang ini akan beroperasi sepenuhnya kira-kira dua minggu lagi, kami sudah menerima  kunjungan orang ramai hampir setiap minggu," katanya.

Setakat ini, beliau sudah menjual kira-kira 100 pasu pokok kepada pelanggan yang  berminat.

-- BERNAMA

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.