اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

WANITA : RAMBUT GUGUR MERUNSINGKAN?



1. Perubahan Hormon

Bentuk keguguran rambut lelaki dikenali dalam dunia perubatan ‘alopesia androgenetik’. Keguguran ini berlaku akibat pengaruh tingginya jumlah hormon testosteron bernama dihidrotestosteron (DHT) yang membawa sebab akar rambut terlalu peka. Hormon ini menjadikan rambut lebih tipis dan mudah gugur dari akarnya.

Bentuk keguguran rambut perempuan terletak di bahagian atas kepala. Hormon yang membawa sebab keguguran pada rambut perempuan antara lain hormon yang terproduksi pada masa menopause, masa kehamilan, dan akibat penggunaan kotrasepsi hormon.


2. Pengaruh Pengambilan Makanan

Pengambilan pemakanan yang tidak memenuhi standard juga menjadi punca rambut gugur dan tipis. Apabila anda sedang menjalankan program diet, maka jangan sampai ia menyebabkan keguguran rambut. Tetaplah pengambilan makanan tinggi gizi seperti zinc yang dapat menguatkan akar rambut.

3. Kesan Kemoterapi

Terapi kemo biasa ditujukan untuk pesakit kanser. Ada kesan mengerikan dari kemoterapi iaitu rambut mudah gugur dan bahkan hingga mengalami keguguran. Sesungguhnya kesan daripada kemoterapi ini tidak hanya memberi kesan pada rambut di kulit kepala, tetapi juga pada wajah dan tubuh. Rambut baru akan tumbuh setelah beberapa bulan berhenti menjalani kemoterapi.


4. Kesan Ubat-ubatan

Ubat yang Anda konsumsi juga mampu memberi kesan terhadap kesihatan rambut. Macam ubat tersebut sebagai contoh ubat yang memberi reaksi positif terhadap jerawat, kemurungan, serta rasa sakit, akan tetapi tidak positif untuk rambut dan kulit kepala. Laporan ini telah dikeluarkan oleh para saintis di University of Melbourne.

Penemuan lain juga menjelaskan bahawa ada ubat-ubatan yang boleh membawa pengaruh terhadap tekstur dan warna rambut. Berikut ini beberapa macam obat yang menjadi punca masalah pada rambut.

Epilepsi
Kesan ubat anti-epilepsi yang berkaitan dengan migrain, rambut kerinting, dan rambut gugur. Satu contoh ubat untuk mengubati epilepsi adalah valproate natrium.
Antidepressant
Penggunaan ubat untuk mengatasi kemurungan membawa kesan terhadap rambut yang mengalami proses rehat pada kitaran pertumbuhan rambut. Hal ini tidak perlu Anda bimbangkan sebab rambut akan tumbuh seperti semula selepas penggunaan, umumnya berlangsung selama tiga bulan. Contoh ubat antidepressant adalah Fuoxetine atau Prozac.
Psoriasis
Psoriasis adalah penyakit yang membuat kulit menjadi bersisik akibat pengeluaran sel-sel kulit yang berlebihan. Penggunaan ubat untuk mencegah pengeluaran sel kulit baru yang akan menyebabkan kesan rambut kerinting, berubah warna, serta merosakkan tekstur rambut. Rambut akan kembali normal seiring berlalunya waktu selepas berhenti melakukan rawatan.
Pil Perancang Keluarga
Dengan minum pil perancang keluarga, maka kandungan senyawa bernama anti-androgen yang terletak di dalamnya akan bekerja mengurangkan risiko rambut gugur pada wanita yang terdedah terhadap masalah tersebut. Akan tetapi, bilamana selesai atau berhenti minum pil perancang keluarga, maka rambut gugur bakal terjadi.
Ubat Jerawat
 Pil untuk mengubati jerawat terbuat dari vitamin A yang mampu menangani gangguan kulit termasuk jerawat. Bahan dari pil ini bisa menjadi punca rambut gugur pada sedikit pasien, menurut penelitian di Melbourne. Kesan rambut gugur semakin teruk bilamana dosis yang diminum semakin tinggi.
Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan rambut gugur adalah ibuprofen dan ubat pencair darah.

5. Tekanan 

Tekanan psikologi boleh menyebabkan tekanan dan kemurungan. Pada keadaan seperti ini biasanya pesakit akan mengalami penipisan rambut kepala tetapi tidak sampai menyebabkan keguguran. Elakkan tekanan psikologi dan fizikal dengan terus berfikir positif.

6. Alopesia Areata

Alopecia areata adalah gangguan kesihatan yang diperolehi dari penyakit autoimun, di mana sistem imun menyerang tubuh sendiri. Alopesia areata (rambut botak bertompok) kerap berlaku pada kalangan remaja dan dewasa. Beberapa penyakit yang mencetuskan alopesia areata adalah diabetes, anemia pernisus, tiroid, dan vitiligo.


7. Melahirkan Anak

Adapun punca masalah rambut gugur yang pasti dialami banyak perempuan adalah ketika selepas menjalani proses bersalin. Biasanya rambut akan mengalami keguguran yang teruk pada masa enam bulan pertama selepas melahirkan anak. Masalah ini akan beransur pulih apabila kadar estrogen di dalam tubuhnya menjadi normal.

8. Kulit Kepala Tidak Sihat

Jarang sekali yang perhatian terhadap kesihatan kulit kepala. Kebiasaan abai terhadap kesihatan ini boleh membuat kulit kepala menjadi tidak sihat. Pada kulit kepala yang kotor dan tidak sihat, maka boleh dengan mudah dijangkitkan oleh kuman. Kuman ini boleh juga hadir ketika kulit kepala dalam keadaan panas dan lembab, seperti ketika memakai topi atau menutup rambut. Oleh kerana itu, selepas memakai topi dalam waktu yang cukup lama, jangan lupa untuk mencuci rambut.

9. Jarang Keramas

Rambut yang jarang dicuci akan bau dan mudah gugur. Selain itu, jarang mencuci juga membuat rambut menjadi lembap dan berminyak. Keadaan rambut semacam ini apabila terkena sinar matahari maka membuat rambut dalam keadaan berminyak sekaligus berpeluh. Peluh pada kulit kepala boleh diserap oleh folikel rambut yang menyebabkan rambut lembap dan mengalami keguguran.

10. Hair Dryer

Sebaiknya bermula kini, elakkan pemakaian hair dryer (pengering rambut) setiap kali habis mandi. Alat ini akan memberi kesan rambut kering dan mudah patah. Ketika rambut patah, maka Anda tidak boleh lagi mengelak daripada masalah rambut gugur.

11. Pengerinting Rambut

Punya rambut kerinting seperti penyanyi idola memang sah-sah sahaja, tetapi bila struktur rambut Anda tidak kuat, maka hanya membawa masalah tersendiri. Penggunaan alat ini adalah dengan melilit rambut sehingga membuat akar rambut menjadi tertarik dan berakhir pada keguguran rambut.


12. Ikatan Rambut yang Kencang

Rambut yang tidak memperoleh makanan seimbang boleh menjadi punca rambut gugur paling utama. Apabila akar rambut tidak cukup kuat, maka masalah remeh seperti mengikat rambut sedikit kencang sahaja boleh dengan mudah membuat rambut tertarik dan gugur. Cara mengelak masalah ini yakni dengan tidak mengikat rambut terlalu kencang, serta jangan mengikat rambut terlalu lama.

13. Keturunan (Genetik)

Penyakit boleh diturunkan dari orang tua. Cuba periksa dan tanya sama bapak dan ibu Anda adakah kerap mengalami masalah rambut gugur. Bila jawapannya betul, maka boleh jadi masalah tersebut dapat Anda peroleh juga. Untuk mengatasi keguguran rambut akibat faktor keturunan, Anda hanya perlu lebih fokus menjalani pola hidup sihat dan mencukupi pemakanan harian.


14. Radikal Bebas

Punca rambut gugur terakhir yang perlu Anda ketahui adalah radikal bebas. Radikal bebas merupakan bahan toksik yang menyebabkan terjadinya penuaan awal. Biasanya radikal bebas dihadirkan oleh pencemaran kenderaan dan asap-asap beracun. Radikal bebas juga memberi kesan terhadap kulit kepala, dan selanjutnya membuat rambut menjadi gugur.

Kredit : Farah

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.