Ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari
Telaga Air merupakan tempat yang tidak asing lagi untuk warga Kuching. Bagi anda yang gemarkan makanan laut, ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari :
Pelbagai Pilihan Gerai
Terdapat lebih daripada 10 buah gerai makanan di Telaga Air yang menjual makanan berasaskan seafood. Mereka menawarkan pelbagai jenis seafood, daripada udang galah, lobster, ambal dan pelbagai lagi jenismakanan
Gerai gerai sepanjang medan selera ini pastinya tidak akan mengecewakan anda. pi jika anda lihat laut di dalam tray makanan mereka, anda akan terkejut melihat longgokan seafood
Bagi makanan seperti ambal, kerang, umai dan sebagainya, ianya dikira secara se-mangkuk. Ambal hanya RM5 semangkuk begitu juga kerang.
Pengalaman kami makan di sini tadi ( untuk 2 orang ) :
o Kerang
o Ketam
o Umai
o Sambal Mempelam
o Ambal Kari
o Siput sedut
o Air Kelapa
o Air Ice Lemon Tea
3. Suasana yang santai. Chill, relax, dan hanya 30 minit dari Bandaraya Kuching!
Telaga Air merupakan kawasan kampung nelayan. Terletak di Muara Sungai dan sangat sangat santai. Menariknya, telaga air hanya 30 minit dari Bandaraya Kuching. Jika anda memandu seperti dikejar hantu, mungkin sekitar 20 minit sahaja. Selepas makan tengah hari, anda boleh membeli jeruk yang banyak dijual di Waterfront Telaga Air, dan nikmati angin sepoi sepoi bahasa. Jika anda lapar kembali, boleh sambung makan haha!
4. Ada Coconut & Mango Shake Paling Power di Kuching
Paling cun sekali, ketika dalam perjalanan balik ke Kuching pastikan anda singgah di Serapi Virgin Coconut Shake. Mereka terletak di Kampung Temenggong, yang terletak sebelum Telaga Air ( dari arah Kuching
Kredit : i love Kuching
0 comments:
Catat Ulasan