اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PISANG OH PISANG 2


Bahaya ke anak makan pisang?

Baru-baru ini, telah tular cerita seorang anak kecil telah mengalami masalah tersumbat usus hingga tak dapat kencing dikatakan akibat memakan pisang. Ia menimbulkan rasa takut ibu-ibu pada pisang.
Adakah benar pisang menyebabkan usus tersumbat?

Pisang adalah buah yang mudah didapati di negara beriklim tropika seperti Malaysia. Ianya mudah didapati dan murah harganya.
Selama ini, pisang memang jadi antara kegemaran saya dan anak-anak. Alhamdulillah kami semua tiada masalah.

Ia kaya dengan potassium dan kaya karbohidrat jadi sesuai dijadikan snek ringkas, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang nak memulakan aktiviti fizikal seperti hiking atau berbasikal.

Cerita yang dikongsi ada kebenaran tapi tak semuanya tepat. Pisang tak masak yang boleh menyebabkan sembelit atau menerukkan sembelit. Bukannya pisang yang masak.
Pisang tak masak mengandungi tinggi tannin dan amylase-resistant starch menyebabkan ia sukar dicernakan.

Berlainan dengan pisang yang masak.
Kandungan tannin sudah berkurang, begitu juga amylase-resistant starch. Kandungan gulanya lebih tinggi.
Jadi ia kurang menyebabkan sembelit.

Pisang juga blh jadi sumber fiber yang membantu melawaskan pencernaan. Bagi setiap 120gm pisang, terdapat lebih kurang 3gm fiber. Keperluan fibre anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10gram sehari. Jadi dengan mengambil 2-3 biji pisang setiap hari sudah memadai.
Bukan untuk diambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus!

Jadi para ibu yang risau,
Nak bagi pisang, bagi lah pisang yang masak ramum dan berilah dalam kuantiti yang sederhana. Segalanya perlu diberi secara sederhana.
Sekiranya anak mempunyai masalah sembelit, mungkin boleh juga cuba buah yang lain seperti betik dan epal hijau. Dan jangan lupa berikan air masak secukupnya.
Satu lagi, galakkan anak membuat aktiviti fizikal seperti bermain di padang untuk mengaktifkan salur pencernaannya. Elakkan bertangguh untuk ke tandas bagi mereka kerana makin lama mereka bertangguh, najis akan menjadi semakin keras.

Semoga bermanafaat dan menghilangkan salah faham pada pisang.
Pisang tak bersalah! 😋😋😋

#Membebelsayang

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.