اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

NOVEMBER BULAN UJIAN. PERCAYA ATAU TIDAK?





Ulang kaji secara SMART bukan HARD
Otak yang letih takkan bole300pxh menyerap ilmu dengan baik. Jika anda mengulang kaji seorang diri secara HARDCORE semestinya tubuh badan anda akan keletihan kerana seakan memaksa otak berfungsi sedangkan otak kita sendiri mempunyai had tertentu. Ibarat perut yang disumbat dengan pelbagai macam makanan tanpa terkawal kemudian memuntahkan segalanya semula. Nak jadi begitu?. Semua usaha selama ini menjadi sia-sia?. Jadi belajar secara SMART. Bagaimana hendak belajar secara SMART?. Contohnya sehari hanya ulangkaji 2 subjek sahaja dan 1 subjek 2 bab. Buat ulang kaji bersama seorang rakan, jangan lebih kerana apa?. Kalau lebih bukan ulang kaji namanya, ulang semula ulangkaji bila balik rumah nanti. Mana taknya asyik bersembang sahaja. Jadi, jika dua orang lebih fokus. 1 jam pertama, baca dan fahami dulu fakta penting. Seorang ambil satu topik. Selepas memahaminya dengan jelas, rehat 15 minit dan teruskan ulang kaji dengan ceritakan semula dengan rakan mengenai topik berkenaan dan sebaliknya. Akhirnya untuk 2 jam pada hari berkenaan anda sudah boleh kuasai 2 topik. Bijak kan?.300px
Pembelajaran melalui Video
Pembelajaran melalui video akan memudahkan anda mengingati apa yang berlaku terutamanya subjek yang mempunyai fakta seperti sejarah. Info grafik yang dipertontonkan akan memudahkan anda memahami jalan cerita berbanding jika hanya membaca dan menghafal. Ibarat seperti menonton drama di kaca televisyen. Kita mengingati setiap scene cerita. Siap boleh hafal dialog lagi. Makanya, kenapa anda tidak mahu gunakan teknologi untuk memudahkan anda ketika membuat ulang kaji. Banyak kegunaannya teknologi ini, bukan hanya untuk melayari benda-benda yang mengarut sahaja. Bagaimana untuk mencari video berkenaan?. Boleh layari Youtube. Banyak sahaja video ulangkaji dalam pelbagai subjek. Bijak kan?.
Buat Nota Ringkas

Nota ringkas bukan nota panjang. Nota ringkas ini penting supaya anda tidak terlupa point penting. Maklumlah, apabila banyak menggunakan otak selalunya benda yang mudah pun akan lupa. Contoh, pernahkah anda mengalami keadaan dimana lupa ayam dalam bahasa inggeris disebut apa? atau apa sahaja perkataan yang mudah tetapi sekuat mana anda cuba mengingati perkara tersebut tetapi gagal. Pernah?. Haa begitulah juga otak kita. Kadang-kadang gagal berfungsi dengan baik. Oleh itu, buat nota ringkas dengan hanya memasukkan poin-poin penting sahaja. Jangan masukkan semua pula, itu bukan nota ringkas namanya!. Bijak kan?

KREDIT : afterschool.my


Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.