اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MONDAY BLUES- KENAPA?

Monday Blues – atau Kemurungan Isnin merujuk kepada simptom tekanan mental yang dialami oleh mereka yang perlu pergi bekerja di pejabat, setelah menghabiskan hujung minggu bersantai atau pun beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, adakah benar tekanan berpunca daripada permulaan hari bekerja, yakni Isnin? Atau sebaliknya?
Beberapa hasil kajian berkaitan Kemurungan Isnin:
Untuk menggambarkan betapa muramnya Isnin, kajian membuktikan bahawa penduduk di United Kingdom mula tersenyum seawal 11.16 pagi setiap hari Isnin!
Separuh bilangan pekerja lewat tiba ke pejabat pada hari Isnin
Kajian juga menunjukkan bahawa tempoh produktif seseorang pada hari Isnin ialah 3.5 jam sahaja (Peringatan: jangan gunakan ini sebagai alasan kepada bos anda!)
Kebanyakkan mangsaterdiri daripada mereka berumur 45 hingga 54 tahun. Tempoh keluhan berpanjangan sehingga 12 minit!
Kajian di atas dijalankan oleh syarikat pengeluar makanan, Marmite berdasarkan responden daripada United Kingdom pada tahun 2011 yang diterbitkan di Telegraph pada tahun 2011. Terdapat juga kritik mengatakan bahawa kajian ini dikeluarkan untuk mempopularkan produk makanan mereka.
Beberapa kajian lain berkaitan Kemurungan Isnin:
Menurut Office for National Statistics UK, rekod kes bunuh diri tertinggi pada hari Isnin (12 kes). Kajian dijalankan berdasarkan bilangan kes bunuh diri pada 10 tahun terdahulu. Bilangan kes semakin menurun mengikut peningkatan hari (Ahad dengan purata 8.8 kes).
Kajian pada 2011 di Australia mendapati pelajar merupakan golongan utama terkesan daripada sindrom ini.
Namun, terdapat juga beberapa kajian yang mencadangkan bahawa kemurungan tidak wujud pada hari Isnin sahaja. Antaranya:
London School of Economics mendapati Selasa merupakan hari paling murung, berdasarkan pemantauan kepada 22,000 responden sepanjang tempoh dua bulan melalui aplikasi Mappines. Menurut mereka, Selasa terletakpada puncak hari bekerja paling tinggi dan jauhdaripada hujung minggu, lantas menyebabkan orang ramai berada pada motivasi terendah pada hari tersebut
University of Sydney pula mencadangkan bahawa Rabu merupakan hari paling murung. Ini kerana beban kerja yang semakin meningkat dan juga hujung minggu masih jauhdaripada jangkauan mereka!
University Gothenburg pula mendapati Ahad merupakan hari yang paling azab untuk penduduk di Jerman! Ini berdasarkan pemerhatian bahawa aktiviti rehat pada Ahad semakin berkurang disebabkan oleh komitmen luar dan gaya hidup dunia moden. Ini menyumbang kepada kepenatan sebelum memulakan kerja pada hari Isnin.
Akhir sekali, terdapat kajian yang menyangkal andaian bahawa kemurungan bergantung kepada pembolehubah hari, seperti yang diterbitkan di Journal of Positive Psychology tahun 2012. Antara hujah-hujah utama:
· Kajian menunjukkan tiada perbezaan ketara untuk perubahan mood pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis
· Kajian menunjukkan berlaku peningkatan mood pada hari Jumaat, lantas menyokong pada kepercayaan popular – Thank God Its Friday! (TGIF)
· Corak keputusan menunjukkan suasana lebih positif dan kurang elemen negatif pada hujung minggu, berbanding pada hari kerja. Corak ini semakin jelas dengan peningkatan umur dan dalam tempoh persaraan.
· Kajian dibuat berdasarkan maklumbalas 340,000 rakyat Amerika Syarikat berdasarkan perbualan telefon
Kesimpulan
Apa yang pasti ialah, jika anda mengalami kemurungan, jangan salahkan hari Isnin, Selasa, Rabu mahupun Ahad! Jangan pula menunggu hingga 11.16 pagi untuk melontarkan senyuman mari kita mengurangkan statistik tersebut dengan menjadikan Isnin (dan juga hari-hari lain!) sebagai hari yang ceria untuk kita serta rakan sekerja.
Beberapa cadangan untuk mengatasi kemurungan bekerja:
· Menonton TV
· Membeli-belah di atas talian
· Makan coklat
· Merancang percutian seterusnya

Kredit : Prof Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.