اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MADU KELULUT.


Madu kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut. Lebah kelulut (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu.
Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika. Antara negara Asia Tenggara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis.
Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
Menurut Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd. Fahimee Jaapar, sebelum ini kelulut hanya digunakan sebagai ajen pendebungaan sahaja dan biasanya boleh menghasilkan madu dalam tempoh satu bulan. Ramai yang beranggapan kelulut tidak boleh menghasilkan madu dalam kuantiti banyak.
Namun, hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) penternakan kelulut yang diusahakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), telah berjaya membuktikan meningkatkan pengeluaran madu kelulut sehingga 2 kilogram (kg) untuk satu koloni dalam tempoh satu bulan.
 Kelebihan Madu Kelulut
Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga.
Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.
Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral.  Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.
Antara 5 khasiat madu kelulut untuk kesihatan ialah:

1) Anti Bakteria

Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi dan anti bakteria. Sebab itulah sarangnya tidak ada fungus. Kelulut menggunakan resin daripada pokok dan diproses di dalam badannya bagi mencegah pembiakan mikrob.
2) Masalah Pencernaan
Madu kelulut mengandungi vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang penting untuk proses pencernaan. Malah, madu kelulut juga mengandungi anti bakteria yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria dalam salur pencernaan.
3) Anti Oksidan
Asid fenolik, sejenis bahan antioksidan terkandung dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import. Nutrien ini mempunyai pelbagai kegunaan, antaranya asid p-koumarik mempunyai aktiviti antoksidan yang tertinggi diikuti dengan asid protokaechuik dan seterusnya asid vanilik.
Selain itu, asid p-koumarik dipercayai boleh mengurangkan risiko barah perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamine (karsinogen). Asid fenilpropionik iaitu sejenis bahan utama madu kelulut mungkin boleh mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2), sejenis enzim terbentuk semasa perkembangan barah usus besar. 

4) Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dandapat mengurangkan stress aksidatif.

Namun begitu, kajian-kajian ini hanya diuji kepada tikus sahaja. Oleh sebab itu, perlu lebih banyak kajian yang dijalankan kepada manusia untuk membuktikan bahasa madu kelulut dapat menurunkan paras gula dalam darah, seterusnya merawat penyakit diabetes mellitus.
5) Menyembuhkan Luka
Oleh kerana madu adalah bahan semulajadi, jadi ia dapat mengekalkan sanitasi pada bahagian luka, sehingga menghasilkan penyahbauan yang baik untuk luka.
Selain itu, madu kelulut juga menjalankan aktiviti angiogenik, iaitu mekanisme penyembuhan luka, dan juga mendorong pembentukan tisu granulasi serta penghasilan sel baru pada luka. Beberapa kajian juga telah menunjukkan bioaktiviti madu lain yang menarik seperti antinociceptive, imunomodulator, dan aktiviti nematicidal.

Kredit : Bidadari.my

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.