اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

LUBOK ANTU : BENAR BERHANTU KAH?

Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan


Aiman Batang Ai Resort Lubok Antu
Batang Ai Longhouse Resort sinonim dengan pekan Lubok Antu. Lokasi resort tersebut yang jauh dari bandar merupakan antara faktor pelawat datang ke resort tersebut. Perjalanan destinasi mengambil masa kira-kira 30 minit menggunakan feri yang telah disediakan oleh pihak pengurusan dari jeti. Kewujudan Batang Ai Longhouse juga turut meningkatkan ekonomi kepada penduduk setempat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kewujudan homestay juga atas permintaan pelancong yang ingin menikmati kehidupan seperti penduduk setempat.


Taman Negara Batang Ai
Taman Negara Batang Ai merupakan salah satu tarikan pengunjung ke Batang Ai. Taman negara tersebut dapat dihubungi melalui jalan sungai dengan perahu sewa yang disediakan oleh penduduk tempatan atau agensi pelancongan yang telah dipertanggungjawabkan. Antara aktiviti menarik yang dapat dilakukan di situ seperti melihat spesies orang utan, gibbons, dan burung kenyalang. Larangan memburu di taman negara tersebut sedikit sebanyak dapat mengekalkan ekosistem di tempat tersebut. Antara koperasi yang telah ditubuhkan untuk membangunkan taman negara seperti Ko-operasi Serbaguna Batang Ai.

Wong Merah Lubok Antu
Lokasi Wong merah agak terpencil yang terletak di kawasan kampung Panjai Ruai Atas. Perjalanan dari rumah panjang mengambil masa 3 jam perjalanan kaki atau 2 jam setengah menggunakan motosikal. Sepanjang perjalanan menuju ke lokasi, pengunjung disajikan dengan pemandangan yang mendamaikan. Kejernihan air terjun mampu memberi ketenangan kepada pengunjung. Lokasi ini belum dibangunkan oleh mana-mana pihak pelancongan atau perseorangan kerana faktor jauh untuk dihubungi.

Lubok Kasai Nanga Sumpa
Lokasi Lubok Kasai agak jauh dari jeti pangkalan batang ai merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tarikan pelancong ke Batang Ai. Kedudukan Lubok Kasai yang terletak di Nanga Sumpa mampu memberi ketenangan kepada pelawat yang datang. Kedudukan yang jauh dari Bandar dan air sungai yang jernih mampu memberi ketenangan kepada pengunjung. Terdapat pakej percutian yang telah disediakan oleh syarikat Borneo Adventure seperti penginapan 3 hari 4 malam dalam kadar kos yang berpatutan.

Menyang Tais Lubok Antu
Menyang Tais merupakan salah satu rumah panjang yang menyedikan perkhidmatan homestay. Rumah panjang ini boleh dihubungi melalui jalan air dengan menggunakan bot panjang yang mengambil masa beberapa jam perjalanan dari jeti pangkalan batang ai. Banyak aktiviti yang menarik dapat dirasai oleh pengunjung yang datang ke rumah panjang tersebut. Antara pengalaman yang menarik ialah dapat merasakan kehidupan di rumah panjang. Terdapat beberapa pakej yang disediakan iaitu 3 hari 2 malam denga kadar kos yang berpatutan.

Pangkalan Hidro Batang Ai
Pangkalan empangan batang ai merupakan salah satu tempat yang menarik dan harus dikunjungi oleh pengunjung yang datang ke pekan Lubok antu. Kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti jambatan gantung, tempat pejalan kaki sesuai digunakan untuk pengunjung yang ingin menikmati keindahan tasik buatan manusia. Pengunjung yang datang berkunjung bukan sahaja dari dalam negara malah dari luar negara seperti Indonesia. Hujung minggu merupakan hari yang dipilih pengunjung untuk berkunjung ke pangkalan empangan batang ai. Selaras dengan pembinaan taman reakreasi tersebut, kerajaan tempatan telah menjadikan pesta batang ai sebagai pesta tahunan dalam usaha menarik pengunjung berkunjung ke batang a
Kredit : Pusat Internet Lubok Antu

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.