اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

LETS TRAVEL : PART I


LETS TRAVEL : PART I
Assalamualaikum. Alhamdulillah berjaya jugak jejak kaki ke bumi turkiye dan greece. Cuma sebab bawak anak kecik, tak boleh backpacker redah sgt Tp alhamdulillah selesa. Sebab ada few yg request nak tau detail so nana nak share detail itinerary, cost dan info tambahan. Yang nana share ni detail untuk seorang dewasa. Kalau mcm cupael, kira flight je sebab hotel dan lain lain masih free.

23/10
Flight to singapore. And dari singapore ke istanbul ataturk.

24/10
arrive ataturk 9 pagi. Melepet dekat airport tunggu next flight ke kayseri 4 ptg. Sampai kayseri 5 ptg. Check in hotel. Rehat

25/10
cappadocia red tour.

26/10
jalan jalan area pekan goreme. Check out. Ke kayseri airport. Flight ke athens pukul 6 ptg.

27/10
sampai athens 2 pagi. Rehat2. Asingkan luggage. Flight ke santorini 7 pagi. Sampai santorini 8 pagi. Drop beg dekat hotel andromeda. Jalan2 ke town fira cari simkad san kereta sewa. Rehat. Petang pusing kawasan santorini.

28/10
pagi pagi ke oia sampai tengahari. Lepas tu ke fira jalan2 naik cable car turun ke amoudi bay. Petang ke perissa beach. Sunset di perissa beach

29/10
repeat oia lagi amik gambar. Pusing2 ke akrotiri dan pyrgos habiskan minyak. Pulangkan kereta Dan rehat chill di hotel

30/10
lepas rehat chill packing dekat hotel. Check out. Flight ke athens 4 petang. Sampai athens 5 petang. Drop luggage. Naik train ke syntagma square. Check in hotel arethusa. Malam jalan2 ke area Monastiraki.

31/10
check out. Tinggal beg dekat hotel. Jalan ke HRC athens. Lepas tu ke acropolis. Pukul 6 petang balik hotel amik beg. Naik train balik airport. Collect luggage. Flight ke istanbul 10 malam

1/11
Sampai ataturk 1 pagi. Airport transfer ke hotel. Lepas breakfast ke Dolmabahçe palace. Galata tower. Malam dinner di hotel

2/11
Lepas breakfast ke bluemosque. Solat jumaat di situ. Lepas jumaat amik full Bosphorus cruise dari 4 ptg - 6 ptg. Habis cruise pergi restoran steakhouse nusret saltbae

3/11
Rehat rehat kemas beg. Lepas check out drop beg dekat hotel. Pusing2 area Sultanahmet je. Amik gambar sampai muntah. 5 petang hotel hantar ke airport. Flight ke KL 9 malam.

Flight

KUL -  IST (singapore airlines) rm1300
IST - ASR kayseri airport (turkish airlines) rm120
ASR - ATH (turkish airlines ) rm600
ATH - JTR - ATH (ryan air) rm500
ATH - IST (turkish airlines) rm588
IST - KUL (saudi airlines) rm1100

Kos flight seorang rm4208.

Flight banyak survey guna skyscanner. Book guna expedia & direct website. Alhamdulillah semua ok.

Ada option lagi murah utk KL - IST - KUL iaitu pergi naik saudi airlines. Jimat rm200. Tapi sebab nana bawak anak kecik, dan 5 jam transit di jeddah airport yang kita sedia maklum antara airport paling bosan tak tau nak buat ape. So nana pilih pergi naik singapore airlines. Balik naik saudi sebab transit 1 jam je.

Hotel (optional)

Kos hotel nana kira optional sebab nana suke pilih hotel berdasarkan view sedangkan ada pilihan yang lagi murah untuk yg tight budget. Apa pun ikut poket dan citarasa masing2.

2 malam sakura caves suite rm398 (cappadocia)
3 malam andromeda villa rm2400 (santorini)
1 malam arethusa rm450 (athens)
3 malam arcadia blue rm1500 (istanbul)

Total kos hotel 4748 untuk sebilik berdua. So kos utk seorang rm2374.

Untuk hotel di cappadocia, sangat reccomend hotel sakura cave hotel kalau ada yg nak terrace berviewkan hot air balloon. Terrace seperti sultan cave suite ataupun mithra cave suite, tapi dengan harga yang lebih murah.

Kos lain lain.

Di turkey

Simkad turkcell 5GB TRY150 = rm120
Cappadocia airport shuttle return TRY 60 = rm46 pergi balik
Cappadocia red tour €25 = rm125
Ataturk airport shuttle €50 satu family pergi balik. jadi sorang €25 = rm100
Istanbulkart TRY30 = rm25
Dolmabahçe ticket TRY40 = rm30
Bosphorus 2 hours cruise €10 = rm40

Di greece

Vodafone 6GB €15 = rm75
Sewa kereta 2 hari €90 bahagi dua = rm225
Minyak kereta €20 bahagi 2 = rm50
Santorini airport shuttle €50 pergi balik bahagi 2 = rm100
Left luggage di athens airport €33 bahagi 2 = rm82.50
Mineral water santorini €3 = rm15

Jadi kos kos lain adalah rm1033 utk seorang.

Kalau nak jimat, airport shuttle dari istanbul ke bandar dan dari santorini airport ke bandar boleh guna public transportion. Tp nana sebab bawak cupael. So dengan luggage. Stroller. And few things. Arghhh book siap2 airport transfer sebab malas renyah.

Di santorini kalau nak jimat taknak sewa kereta boleh naik bus cuma kene bersabar skit tunggu bus.

Bosphorus cruise 2 jam personally bagi nana tak best. So baik buat short cruise je.

Info tambahan

Kalau ada yang bawak anak, sediakan 1 beg dia yg ada buku2 activity, mainan dan kudap kudap makanan.

Simpan luggage di airport ataturk lagi murah daripada airport athens.

To be honest, utk keluarga yg ada anak kecik, Athens boleh skip. Sebab sakit kaki. Tangga banyak. Pedestrian walk sempitttt dan tak rata batu bata. Tak stroller friendly. Tapi kalau gigih dan minat, teruskan.

Untuk santorini, cari hotel area fira sebab situ town. Kalau istanbul, cari hotel area Sultanahmet.

Takde kos makan sebab kitaorg bawak travel rice cooker, serunding, sambal ikan bilis, sambal hijau che nor, dan serbuk sup.

Sewa kereta di santorini takpe kalau takde international driving license. Kalau atv atau scooter, kene ada international driving licence. (Ni org dekat kedai sewa kereta tu yg cakap ye, bukan nana cakap)

Untuk navigate around istanbul. Boleh download apps trafi.

Di turkey,fridge magnet murah di cappadocia. Dalam TRY2 seketul. Dekat istanbul TRY5.

Di Santorini, fridge magnet murah di town Fira. Dalam €1 seketul.

Semua gambar family diambil menggunakan iphone 8 plus / gopro dengan bantuan tripod yunteng dan bluetooth remote. Kalau nak gambar satu family atau berdua, sila beli tripod dan remote Bluetooth ok. Berbaloi beli demi sekeping gambar kenangan. Hihiii

Ok thank you baca panjang-panjang. Kalau bermanfaat alhamdulillah doakan kami sekeluarga murah rezeki selalu. ❤️
Credits To : Dyanna Ismail

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.