اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KUNYIT KUNYIT PUN TETAP POWER. KAU RASA !!!


Kunyit boleh mencegah kanser


KUNYIT adalah antara bahan penting dalam masakan. Nutrien paling bermanfaat dalam kunyit ialah curcumin yang dapat merawat penyakit kanser dan nyanyuk.
Selain curcumin, kunyit mengandungi paras tinggi zat besi dan tahap sederhana vitamin B6 serta kalium. Semua vitamin dan mineral berkenaan adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.
Curcumin, bahan aktif dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan amat kuat seperti vitamin C dan E. Kunyit adalah agen antiseptik dan antibakteria semula jadi dan berguna dalam pembasmian luka serta kesan terbakar.
Antara penyakit kanser yang boleh dirawat menggunakan kunyit ialah barah prostat dan payu dara. Bahan itu juga dapat mengurangkan risiko penyakit leukemia terhadap kanak-kanak.
Khasiat lain adalah boleh digunakan sebagai bahan antiradang, merawat masalah pencernaan dan hati, pe nyakit kulit serta luka. Kunyit juga boleh digunakan untuk menghalang proses penuaan dan membantu mengurangkan berat badan.
Dalam perubatan Cina, kunyit telah lama digunakan dalam rawatan kemurung an, melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Bagi masyarakat Melayu, kunyit diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Di dalam perubatan Thai, bahan berkenaan digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Untuk menghasilkan jus, kunyit hidup hendaklah di bersihkan kulitnya dan direndam selama satu jam dengan dicampur sedikit garam untuk membuang getah. Kisar kunyit dengan lima gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca.
Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keping serta sedikit madu. Simpan dalam peti sejuk. Minum suku cawan setiap pagi dan malam. Amalkan jus ini seminggu dua kali sahaja sudah mencukupi.

DR. NORZAIDI ZAKARIA


Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.