اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KUCING KAMPUNG?

KUCING KAMPUNG YG COMEL

Kucing kampung sering di sebut kucing rumah. Kita sering melihat kucing ini disekitar kawasan perumahan. Berat badan kucing pada umumnya sekitar 2.5kg hingga 7kg, kecuali jika diberi makanan khusus, beratnya boleh mencapai 23kg dan usia kucing jika dijaga dengan baik, dapat hidup selama 14-20 tahun. Sementara kucing yang sering berkeliaran tanpa ada penjaga, mungkin hanya mampu hidup kurang dari 2 tahun.


1 - Kucing kampung disebut juga kucing rumah kerana kucing ini merupakan campuran atau persilangan daripada pelbagai baka kucing.

2 - Tahap imuniti kucing kampung lebih kuat berbanding kucing baka. Disebabkan itu, kucing kampung jarang sakit.

3 - Walaupun seperti haiwan pemalas, kucing kampung merupakan salah satu pemangsa paling hebat.

4 - Mudah dijinakkan dan diajak bermain. Kucing kampung jarang mengenal erti keletihan untuk bermain.

5 - Kucing kampung yang sering kita lihat, boleh tidur sekitar 12-16 jam sehari.

6 - Mampu menjadi 'pengawal' daripada ancaman binatang buas dan berbahaya seperti lipan, kala jengking, ular dan sebagainya.

7 - Kucing kampung sangat patuh dan bersahabat dengan manusia terutama pemiliknya.

8 - Mudah dalam memberi makan. Jika kita bandingkan dengan baka kucing parsi mahupun anggora, maka baka kucing kampung lebih mudah diberi makan.

9 - Kucing kampung mudah diberi rawatan dengan menggunakan bahan organik dan tidak perlu dimandikan sebulan sekali seperti kucing pedigree.

10 - Kucing kampung boleh tidur di mana-mana tanpa perlu menyediakan kipas ataupun penghawa dingin seperti yang diperlukan oleh kucing pedigree.

11 - Sesetengah kucing kampung yang dimanjakan seperti kucing indoor lebih cenderung menjaga kebersihan diri.

12 - Jenis kucing kampung ini sekalipun berada di alam liar tanpa dipelihara, dirinya selalu kelihatan bersih.

13 - Menjadikan mood anda dalam keadaan 'cool' ketika berinteraksi bersama kucing kampung.

14 - Kucing kampung betina boleh melahirkan anak sendiri tanpa bantuan pemiliknya.

15 - Tidak perlu bersusah untuk menyediakan makanan kucing dalam bungkusan atau pek kerana kucing kampung boleh mengikuti 'selera' tuannya.

P/s: sayang kucing kampung....sgt dengar kata dan selalu buat hal....hahaha  .hu hu boleh jadi teman borak atau berleter atau sewaktunya.....kehilangan kucing nih akan membuat kita menangis dan terkenang dgn telatahnya.

Credit to: KPKS Facebook Page.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.