اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KAPIT : JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN


Selamat Datang Ke Pekan Kapit
Bahagian Kapit merupakan antara lokasi pelancongan alam semula jadi terbaik di negeri ini yang mempunyai banyak tempat tarikan pelancong yang belum diterokai sepenuhnya.
menjadi tanggungjawab agensi pelancongan di negeri ini untuk berusaha mempromosikan tempat menarik terbabit kepada pelancong.
"Agensi pelancongan perlu berfikir lebih kreatif dan inovatif bagi mencari jalan memperkenalkan produk pelancongan baharu di sini. Diantara tempat yang menarik dikapit adalah : 

1). KUBU SLYVIA 
Kubu Lama Sylvia merupakan rumah bagi sebuah mini muzium dan pusat kraftangan yang dikendalikan oleh Yayasan Tun Jugah. Mini muzium ini adalah tempat koleksi barangan seni etnik dan kraftangan, guci pusaka dan dokumen-dokumen bersejarah serta koleksi yang ditujukan semasa hayat Niang Tun Jugah ak Barieng yang juga merupakan Temenggong (Chieftan tertinggi) dari Iban Sg. Rejang. Beliau juga merupakan salah seorang pemimpin terkemuka Sarawak. 

Buka pada hari Selasa - Ahad
Jam 10.00 pagi - 5.00 ptg
(12.00 pm - 2.00 pm : rehat)
Tutup pada hari Isnin dan Cuti Umum

2)  MUZIUM KAPIT( CIVIC CENTER MUSEUM)

Muzium Kapit terletak di Dewan Suarah Kapit, Jalan Hospital (berhadapan dengan Hospital Kapit). Di muzium ini, pelawat akan dapat lebih banyak maklumat tentang Kapit dan masyarakatnya. Pelawat boleh berjalan ke sini dari pusat bandar. Masuk adalah percuma. Untuk pertanyaan, sila hubungi Dewan Suarah Kapit melalui talian 084-796003.

3). TAMAN SEBABAI 
 Taman Sebabai terletak kira-kira 10km dari Bandar Kapit di Jalan Bukit Goram. Di sini, pelawat dapat menikmati pemandangan menarik seperti air terjun kecil dan jambatan kayu. Taman ini adalah sesuai untuk akitiviti perkelahan. Pelawat boleh menaiki van awam yang terletak di Pasar Teresang untuk ke sini. Tambang sebanyak RM3.00 seorang bagi dewasa dan RM1.50 seorang bagi kanak-kanak ataupun RM30.00 sewa satu van dikenakan untuk perjalanan sehala.

4) SAFARI RAKIT BALEH KAPIT

Pertandingan sukan air, Safari Rakit Baleh-Kapit di Sarawak diperkenalkan pada 1996 kini telah memasuki edisi ke 22. Tahun ini, Safari Rakit Baleh-Kapit 2017 diadakan pada 1 dan 2 April 2017,Saban tahun ia dianjurkan menyaksikan pmbabitan pasukan-pasukan mengendalikan rakit melalui anak sungai cetek, sempit dan berliku.Tahun ini, sebanyak 5 kategori utama dipertandingkan, iaitu kategori lelaki rakit buluh terbuka, kategori lelaki rakit buluh tertutup, kategori lelaki rakit bebas, kategori wanita rakit buluh dan kategori perahu kayuh. Selain pertandingan safari rakit dan perlumbaan botlaju seperti tahun-tahun lepas, Safari Rakit Baleh-Kapit tahun ini menyaksikan pertambahan sebuah acara baru, yang julung kalinya diadakan di Kapit iaitu Kayuhan Lasak Mountain Bike. 

Acara Kayuhan Lasak Mountain Bike ini akan bermula dari Jambatan Katibas di daerah Song dan melalui jalan Kapit dan Song yang sedang pembinaan sehinggalah sampai di Kapit Town Square. Bahagian Kapit hanya ada acara Safari Rakit Baleh Kapit sebagai tarikan kepada pelancong.Namun, pesta yang dianjurkan sejak 19 tahun lalu itu tidak memadai untuk menarik lebihramai pelancong ke sini,, bagi merancakkan industri pelancongan di Kapit, pihaknya memperkenalkan pertandingan bot laju dan mempertimbangkan cadangan untuk menganjurkan pertandingan basikal gunung pada tahun depan,Program ini bertujuan memanfaatkan keindahan alam semula jadi di Kapit terutama kepada mereka yang berminat dalam aktiviti lasak dan berbentuk pengembaraan selari dengan usaha menarik lebih ramai pelancong ke Kapit.Safari Rakit Baleh Kapit dianjurkan setiap tahun di kapit bagi menarik banyak lagi pelancong-pelancong datang ke kapit,pelbagai aktiviti yang dianjurkan semasa program Safari Rakit Baleh Kapit yang boleh menarik bagi orang ramai yang datang sendiri

Kredit : Pusat Internet Pekan Kapit

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.