اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PENDAKAP GIGI ATAU BRACES

Sudah menjadi trend remaja masa kini untuk memakai pendakap gigi atau dikenali sebagai braces. Pemakaian braces pada hakikatnya bertujuan bagi memperbetul kedudukan gigi kembali kepada kedudukan yang ideal. Namun, braces kini lebih dijadikan sebagai fesyen dan trend masyarakat terutama golongan remaja.
Pendakap gigi atau dikenali sebagai braces merupakan alat yang digunakan bagi memperbetul kedudukan gigi individu untuk menghalang sebarang bentuk komplikasi yang lebih teruk. Pemakaian braces juga digunakan bagi membetulkan maloklusi; gigitan, crossbite, gigitan terbuka, gigitan mendalam, dan juga komplikasi rahang. Segala komplikasi ini juga memberi kesan kepada proses pengunyahan makanan, pertuturan dan sebagainya.
Secara umumnya, braces terdapat beberapa jenis. Antaranya Metal braces, Clear ceramic braces, Self ligating bracket, Damon braces dan Clear Path Braces. Metal braces atau pendakap gigi logam ini antara yang popular dan menjadi pilihan golongan remaja. Penggunaan bracket braces atau pendakap kurungan ini disertakan sekali bersama elastic berwarna (gelang getah) . Ini yang menjadi daya tarikan remaja untuk memakai braces jenis ini.
Rawatan ortodontik diberikan kepada beberapa permasalahan seperti merawat maloklusi. Terdapat beberapa jenis maloklusi seperti gigi jongang dan gigi jarang. Gigi jongang berlaku apabila gigi atas dalam kedudukan terkehadapan berbanding gigi bawah. Dalam hal ini, pesakit mengalami kesukaran untuk bercakap, mengunyah mahupun untuk menutup mulut. Sudah pasti juga menjadi satu aib dan bahan ejekan kepada individu yang mengalami gigi jongang. Lebih-lebih lagi kedudukan yang dalam keadaan kritikal.
Pesakit ini selalunya mengalami kesukaran untuk menyebut perkataan Sdan Tpada awal perkataan dan menyebabkan pertuturan tidak jelas. Keadaan gigi jongang ini juga memberi kesan mental kepada pesakit kerana keterampilan yang tidak menarik. Kanak-kanak juga antara golongan yang menjadi mangsa dalam bahan ejekan dan buli kerana kejelekan rupa kanak-kanak yang mempunyai gigi jongang. Tidak dinafikan bagi golongan dewasa turut menjadi bahan lawak jenaka kerana masalah gigi jongang.
Rupa dan kecantikan merupakan sesuatu yang subjektif untuk diukur. Maloklusi mempunyai beberapa tahap, ada yang serius dan ada yang minimum sahaja. Rawatan ortodontik tidak menjadi keperluan pada maloklusi yang minimun bahkan jika dilakukan, akan memberi lebih keburukan berbanding kebaikan. Sangat disarankan untuk pesakit mendapatkan nasihat dan pertimbangan dengan lebih teliti daripada pakar ortodontik. Pemeriksaan yang lebih teliti daripada pakar akan memberi kesan rawatan yang baik dan memuaskan.
Kedudukan gigi sangat penting dalam memastikan fungsinya sempurna. Dengan kedudukan gigi yang baik akan membantu untuk memudah proses pengunyahan makanan yang boleh mempengaruhi fungsi penghadaman. Antara lain, dapat memudahkan proses memberus gigi. Jika gigi yang berlapis boleh menyebabkan ketidaksempurnaan ketika memberus gigi. Hal ini akan menyebabkan makanan akan terlekat di celah-celah gigi dan akan memberi kesan yang lain seperti karies gigi.
(Kredit : I- Medik)

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.