اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PEMBUNUH PUSAK @ KUCING



FIP (FELINE INFECTIOUS PERITONITIS) VIRUS MAUT UNTUK KUCING) ⚠️⚠️⚠️

Sekarang ni banyak nak kes pusak mati secara mengejut. At 1st, they were fine, but tiba-tiba, they got diarrhea and weak and ended up dying? Lets find out who or what are the cause of this cruel heartless murders.

  • Apakah Feline Infectious Peritonitis (FIP)?


FIP adalah satu penyakit virus daripada virus Corona (Coronavirus) yang bermutasi dalam badan kucing. 

Virus corona ni hanyalah virus biasa yang menyebabkan cirit ringan (diarrhea) dan tidak mengakibatkan jangkitan yang fatal. Tetapi, 5% kucing yang dijangkiti virus tersebut boleh dijangkiti FIP apabila virus ini bermutasi di dalam badan atau sistem immuniti individu kucing tersebut bertindak balas secara abnormal pada virus ini.


  • Virus FIP berpunca dari masalah kesihatan, jangkitan atau faktor persekitaran?


FIP bukanlah penyakit yang senang berjangkit seperti Parvo Virus. Namun, jangkitan boleh berpunca daripada immuniti badan yang lemah, genetik kucing tertentu terutamanya jangkitan ibu kepada kittens yang baru dilahirkan, dan paling kerap pada persekitaran yang banyak kucing.

Semua kucing yang pernah dijangkiti virus Corona berisiko untuk mendapat FIP.

  • Apakah tanda-tanda awal kucing itu dijangkiti FIP dan bagaimana virus tersebut didiagnosis?


Simptom yang kerap dilihat di peringkat awal seperti;
  • masalah pernafasan
  • mata berair
  • cirit-birit
  • lemah dan kerap sakit kerana immuniti badan yang menurun.


FIP mempunyai dua jenis symptom;

Dry FIP yang melibatkan masalah saraf dan sering dilihat pada kitten di bawah 6 bulan.

Wet FIP yang menyebabkan busung air pada abdomen dan juga thorax. Penyakit FIP ini berlaku apabila;
 Virus bermutasi menyebabkan:
  1. Sistem immuniti badan memakan sel dan organ badan sendiri.
  2. Seterusnya menyebabkan radang tanpa kawalan di otak, saraf dan otot menyebabkan masalah saraf dan otot.
  3. Manakala radang pada saluran usus dan sel-sel peparu boleh menyebabkan ‘leakage’ cecair badan bertakung di dalam ruangan abdomen atau thorax yang mengganggu pernafasan.


  •  Bagaimana virus FIP dirawat?


FIP boleh dikatakan membawa maut dan tiada penawar telah ditemukan dalam waktu terkini. Selalunya memastikan keselesaan fizikal dan pernafasan pada kucing tersebut dan juga melengahkan tempoh perebakan mutasi virus di dalam badan kucing. Lazimnya rawatan simptomatik akan diberikan untuk melegakan symptom sementara.

  • Adakah FIP mudah merebak ke kucing lain dan bagaimana untuk mencegahnya?


FIP bukanlah penyakit yang mudah berjangkit sebenarnya, ia lebih mudah menjangkiti kucing yang immunitinya lemah dan sering berlaku pada persekitaran kucing yang banyak, kerana risiko jangkitan virus corona sangat tinggi untuk populasi kucing yang banyak. Virus banyak dikeluarkan pada air liur (saliva) dan najis (cirit) bagi kucing yang telah terjangkit.

Untuk pencegahan, asingkan kucing yang sakit dan pastikan tangan dan pakaian anda dibersihkan dahulu sebelum pegang kucing lain.

Bagaimana untk disinfek kawasan rumah/ perkakasan kucing untuk elakkan jangkitan penyakit pada kucing lain?

Antara tips mudah dgn menggunakan CLOROX/ BLEACH

  •  2 penutup penuh CLOROX + 1/2 baldi air.
  • Gunakan air bancuhan ini untuk mop lantai dan basuh perkakasan kucing anda, biarkan 10 minit 'contact time' dan bilas/basuh hingga yakin bersih dan tiada kesan clorox lagi.
  • Pastikan anda asingkan kucing, anda pakai selipar dan sarung tangan semasa melakukan disinfection untuk keselamatan diri.
I know it sounds kinda hopeless. But lets do our best and prevent the spread of FIP by spaying the cats and vaccinating them. Yes, having your own kittens are cute. But how about the other dying kittens out there? Spay your cats and adopt stray cats in need instead.
Until Next Time,Meow~

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.