اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

NANG NYAMAN !

LAKSA SARAWAK

Bahan-bahan diperlukan:

· 400gram pes laksa Sarawak (2 bungkus)
· 2 bungkus Bihun
· 500gram udang basah
· 3 ketul dada ayam
· 500ml santan pekat (1 tin santan cream)
· 8 biji telur ayam
· 1 kiub pati ayam maggi
· 2 sudu besar sos tiram
· Garam, gula & msg secukup rasa
· BAHAN TAMBAHAN
· 500gram tauge
· Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
· Limau kasturi @ lemon
· SAMBAL BELACAN
· 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
· Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
· Sedikit air perahan limau@lemon
· Garam & gula

Cara menyediakan dan memasak:

1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
3. Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya. 
4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.
9. CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
10. Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
11. Set lengkap hidangan laksa swk. 
Kredit : My Resepi

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.