اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MINYAK MASAK : NAK JIMAT ATAU NAK SIHAT

Kesan penggunaan minyak masak berulang kali
Minyak masak seperti minyak sawit terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu. Pada suhu yang tinggi, asid lemak ini akan mengalami pengoksidaan yang menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas banyak dikaitkan dengan penyakit barah, penyakit kardiovaskular dan penyakit neurodegeneratif seperti dementia. Minyak sawit juga pada asalnya amat berkhasiat kerana mengandungi kandungan vitamin E yang tinggi, iaitu sejenis antioksidan. Namun begitu, apabila minyak sawit dipanaskan, kandungan vitamin E ini akan terhapus sedikit demi sedikit bergantung kepada bilangan kali pemanasan tersebut. Apabila minyak tersebut digunakan sehingga lima kali, kajian kami mendapati bahawa lebih kurang 98% vitamin E telah terhapus berbanding sebelum minyak itu dipanaskan1. Jadi, minyak tersebut sudah kehilangan nutrien yang diperlukan dan pengambilan minyak tersebut tidak membawa apa-apa kesan baik sebaliknya akan memberikan kesan toksik kepada kesihatan.
Kesan terhadap jantung dan salur darah
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa penggunaan minyak masak berulang kali memberikan kesan buruk terhadap kesihatan jantung dan salur darah. Satu kajian telah mendapati bahawa pemberian minyak sawit yang digunakan sebanyak lima dan sepuluh kali menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kerosakan tisu pada jantung2. Begitu juga kajian yang telah kami jalankan pada model tikus yang telah menopaus. Minyak sawit yang telah digunakan sebanyak lima kali menyebabkan peningkatan aras kolesterol darah serta pembentukan lesi aterosklerosis kepada model tikus tersebut. Aterosklerosis adalah suatu keadaan di mana terdapat pembentukan lemak di dalam salur darah arteri yang boleh menghalang pengaliran darah ke seluruh bahagian badan. Pembentukan lesi aterosklerosis ini boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan seterusnya boleh membawa maut.
Kebarangkalian seseorang wanita itu untuk menghidapi penyakit kardiovaskular seperti aterosklerosis akan meningkat secara mendadak selepas menopaus. Ini disebabkan oleh penurunan aras hormon estrogen yang mempunyai pelbagai kesan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, adalah amat penting bagi wanita menopaus untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, termasuklah tidak menggunakan minyak masak berulang kali untuk mengelakkan daripada menghidapi penyakit aterosklerosis serta penyakit-penyakit kardiovaskular yang lain.
Kajian di sekitar Kuala Lumpur
Satu kajian telah dijalankan untuk mengetahui amalan dan tahap kesedaran kesihatan peniaga-peniaga makanan bergoreng di pasar malam pasar malam sekitar Kuala Lumpur5. Telah didapati bahawa walaupun majoriti daripada mereka mengetahui bahawa penggunaan minyak masak berulang kali adalah tidak baik untuk kesihatan, tetapi mereka tetap menggunakan minyak tersebut. Yang lebih mengejutkan, apabila dikaji sampel minyak yang diambil dari beberapa kawasan pasar malam di sekitar Kuala Lumpur, didapati bahawa aras peroksida minyak tersebut adalah sangat tinggi yang melebihi aras yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Dengan itu, minyak tersebut sebenarnya harus dibuang dan tidak boleh digunakan lagi dalam masakan. Ini mungkin terjadi kerana mereka mahu menjimatkan kos tetapi pada masa yang sama boleh memudaratkan kesihatan pembeli makanan tersebut.
Mahu jimat atau sihat?
Setiap individu perlu mengetahui bahawa menggunakan minyak masak yang sama berulang kali memberikan banyak kesan buruk terhadap kesihatan. Amalan ini bukan sahaja boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, tetapi juga penyakit-penyakit lain seperti barah, kerosakan hati serta osteoporosis. Masyarakat kita kerap menggunakan minyak yang sama berulang kali terutama sekali ketika menggoreng untuk menjimatkan kos. Minyak tersebut hanya akan dibuang apabila warnanya menjadi gelap kehitaman. Ini mungkin dipengaruhi oleh status sosioekonomi dan tahap pendidikan seseorang individu itu. Jadi, adalah amat penting untuk meningkatkan tahap kesedaran setiap individu tentang bahayanya amalan ini, khususnya kepada wanita menopaus yang terdedah kepada penyakit kardiovaskular serta seluruh masyarakat kita, amnya.

Kredit : Dr Siti Khadijah seorang pensyarah farmakologi


Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.