اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

LOVATE BLACK & WHITE

Arang & Gigi

Macam mana arang yang berwarna hitam boleh menjadikan gigi semakin putih?

Banyak produk berasaskan arang di luar sana. Kebanyakan dijual sebagai produk kesihatan contohnya nak buang angin lah, kurangkan kolestrol lah, untuk kuruskan badanlah.

Okay. Adakah arang itu arang kita guna untuk barbekue?

Serbuk arang itu ialah 'activated charcoal'. Ia adalah salah satu bentuk karbon (sama ada daripada kayu, tempurung kelapa atau bahan-bahan lain) yang telah didedahkan kepada suhu yang sangat tinggi untuk menjadikannya kepada bentuk yang lebih halus. Ia memberikan karbon tersebut keupayaan menyerap yang tinggi.

Atas sebab keupayaan menyerap yang tinggi inilah kita percaya menggunakan serbuk arang ini. Jika ia boleh menyerap toksin dan racun, maka ia boleh menyerap stain dan kotoran pada gigi.

Jadi, adakah boleh digunakan untuk memutihkan gigi?

 Sejak ia menjadi trend, ramai orang sudah mencubanya. Apa yang menjadi kerisauan ialah ia boleh menyebabkan kehausan pada permukaan gigi. Saya yakin dan percaya orang tidak akan menggosok hanya sekali sahaja dan berpuas hati dengan hasilnya. Pasti akan dicuba lagi beberapa kali untuk mendapatkan tahap keputihan yang diidamkan. Apatah lagi jika sedikit sahaja perubahan atau tiada perubahan langsung.

Apabila gigi haus, ia boleh membawa kepada sensitiviti pula. Selain itu kita risau juga ia boleh menyebabkan stain arang tersebut melekat pada gigi atau tampalan lama,  jika selalu digunakan untuk memberus gigi. Sedangkan proses memutihkan gigi di klinik gigi boleh memberi kesan gigi sensitif, inikan pula di rumah sendiri.

Pada hemat saya, gigi mungkin nampak putih selepas gunakan arang kerana mainan minda sahaja. Serbuk arang itu sehitam-hitamnya, diletakkan pada gigi yang cerah warnanya, sudah tentu memberikan anda sisi pandang berbeza selepas anda menggunakannya, dicampur pula kemahuan anda yang mahukan hasil yang cepat.

Tidak perlulah arang-arang ni. Nak pastikan gigi putih senang sahaja. Rajinlah gosok gigi. Elakkan merokok. Kurangkan minuman seperti kopi. Dapatkan pemeriksaan berkala di klinik gigi dan buatlah pemutihan gigi dengan doktor gigi bertauliah.

Until Next Time

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.