اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KAU AYAH KAU IBU..


PENGORBANAN AYAH DAN IBU

Kredit : Zela Binti Alex

Telah rapuh tulang-tulangmu,
telah kelihatan kepenatan di raut wajahmu,
melawan arus untuk membesarkan ku,
mendidik seta menjagaku,
memberi sesuap nasi,
itu adalah tugasmu,
tidak pernah lelah dan tidak pernah jemu

Ayah,
pengorbananmu sungguh bermakna,
menghantar serta mengambilku di sekolah,
untuk menjadi insan yang berguna,
tikaku mengatakan dikau idolahku,
jawapanmu mengecilkan hatiku,
anakku usah menjadi sepertiku,
ayahmu juga insan yang lemah,
dirimu adalah kekuatan ayah

Ibu,
kamu adalah ratu hatiku,
membelai,menyayangi dan mengasihi setulus hati,
kamulah tempat ku mengadu,
kamulah kekuatan untukku,
andaiku capai bintang untukmu,
itu belum bernilai untuk membalas jasamu,
pengorbananmu terlalu besar untukku,
kasih sayangku dibaja tiap waktu

Ayah..Ibu..
pengorbananmu sungguh besar buatku,
anakmu tidak mampu membalas,
membalas setiap pahit getir yang dilalui olehmu,
akan tetapi anakmu ini,
akanku balas jua dengan kudratku,
hanya untuk mu ayah,
hanya untuk mu ibu.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.