اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

JADI ORANG TENGAH MEMANG SAKIT


Nak pegi ke kanan salah. Nak ke kiri salah. Semua jadi serba salah. Apa yang penting menjadi orang tengah adalah jangan bercakap banyak. Fokus kepada perkara pokok sahaja iaitu tugasan dan halatuju bersama.

Tetapi jangan diharapkan semuanya akan baik-baik pada akhir cerita. Pengakhiran cerita boleh sahaja terjadi pelbagai perkara.

Setiap perkara yang anda buat simpankan bukti kerana, kebarangkalian anda menjadi KAMBING HITAM adalah tinggi. Anda mungkin dipersalahkan dengan apa yang terjadi. Sebab itu bukti itu penting. Mesej, Whatsapp, CCTV, gambar dan apa sahaja yang berkaitan simpan dengan rapi.

Saya bercakap atas pengalaman orang lain dan sedikit pengalaman saya. Jangan putus asa untuk melakukan kebaikan dan jangan mengharap kebaikkan anda dibalas oleh manusia.

Kita tidak dapat menahan orang lain bercakap dan mengutuk kita. Itu semua lumrah. Dengar dan persetankan. Terus fokus apa yang anda hendak lakukan.

Oh Ya!!.. Anda nak pasang CCTV ke? Saya rekomen kawan saya ni. Harga mampu milik. Bukan mampu tengok ye!! Klik jer link ni www.wasap.my/60128084530/cctvaDIY

Sambung cerita kita tadi...

Kebanyakkan orang yang tersepit atau orang tengah antara 2 orang atau kumpulan bertelagah ini berakhir dengan kecelaruan jiwa. Sikap sebenarnya, tidak mahu masuk campur urusan 2 lawan ini. Tetapi mengambil hati orang tengah ini menjadi medan pertempuran juga. Siapa tidak sakit diperlakukan begitu.

Berikut adalah tips saya jika anda terpaksa menjadi orang tengah:

  1. Fokus urusan anda
  2. Jangan banyak cakap melibatkan konflik
  3. Simpan bukti audio, video, cctv dsb
  4. Tajuk bercakap lebih kepada kerja jika berjumpa
  5. Jadi diri sendiri
  6. Doakan mereka berdamai
  7. Cari kabaikan bukan cari masalah


Saya tinggalkan pembaca dengan 7 tips ini sahaja. Terdapat banyak lagi tips yang boleh saya kongsikan. Moga mafaat.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.