اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

GIANT FLIGHT KILLER


SHUT OFF ALL YOUR ELECTRONIC DEVICES

Ramai yg tanya pasal ni. Abam cakap "YES" kena off. Mandatory. Klu sape2 pernah tgok program tv "Myth Buster" dulu tu dorang ade buat rakaman pasal ni. Resultnye memang x ada kesan apa2 pun. Hahahaha. Yg buat rakaman tu pakai learjet je kot. Try guna boeing or airbus latest model. Tapi, kemungkinan "interference" tu boleh berlaku. Macam mana boleh berlaku? Lets dig in..

Semua alat elektronik kena off semasa berlepas dan mendarat dan sebaiknya sepanjang penerbangan. Selepas 10,000feet dari aras laut mmg xde signal, network kosong. Bile xde coverage ape akan jd pada network anda? Dia akan push power device untuk roaming and seraching kan. Searching.. Searching sampai sudah. Kenape sangkut paut pada system penerbangan plak?

Sesebuah pesawat terdapat antena mcm piring astro atau lebih kurang kat muncung depan. Dia punya antena sgt power dan menghasilkan radiasi yg sgt tggi akibat daripada gelombang yg perlbagai peringkat (UHF, VHF, dll). Antena ini digunakan untuk komunikasi radio antara crew dengan menara kawalan. Itu antara manusia dan manusia lah. Antara pesawat dengan bumi? Lagi dasyat komunikasi dia. Signal koordinat di hantar ke bumi dan bumi juga menghantar isyarat terima ke pesawat. Setiap saat dan minit. Kalau nk terangkan satu2 jenis komunikasi mmg x dpt lah. Sebab korang x kan paham. Hehehe ape itu VOR, DME bagai. Ok better takyah.

Semasa berlepas, system pesawat memerlukan signal network untuk menentukan arah tuju (heading), penglibatan sebarang traffic, keadaan cuaca, tompokan awan tebal atau nipis, suhu, kelembapan semuanya dirangkum dalam data yg dihantar dari bumi ke pesawat atau sebaliknya untuk tujuan penilaian bg crew bagi bertindak mengikut keperluan keadaan. Macam bawak kete la, gune waze atau google maps. Kan ade bgtau kat mane jem, kat mane ade road block. Tp pesawat lagi canggih dan dah lama ade waze sendiri. Jadi, semua data2 tersebut perlu gunakan network untuk berkomunikasi dengan pantas (milisecond). Klu network korang duk searching seraching ape akan jadi pada network kapal? Network band yg digunakan oleh device korang pun gune wavelength yg lebih kurang dan system hp korang suke menumpang gelombang org lain kot. Mmg dah direka sedemikian rupe, ape nak buat kan. Jadi bab berlepas, gadjet korang mmg kena off. Faham?

Sepanjang penerbangan, lebih dari 10,000 kaki. Level ni pesawat tidak bnyak menggunakan network yg penting kecuali untuk komunikasi radio crew dgn menara kawalan. Radio pesawat bukan satu je tau. Banyak console stack. Satu stack boleh simpan 2 atau 3 standby channel. Dan satu stack untuk emergency (stress signal). Yg lain2 komunikasi hanyalah untuk navigasi koordinat kapal untuk satelit baca kedudukan pesawat supaya tak tersasar dari laluan asal dan untuk traffic. Walaupun x bnyak gune, masalahnye gajet korang. Mcm tadi cakap bile network korang kosong, network band korang akan cari gelombang untuk menumpang. Dari serendah2 band dia akan cari. Dan memang dlm pesawat tu ade antena yg mengandungi gelombang yg dikehendaki oleh gajet korang. Tetapi kenapa gajet korang x dapat detect. "Isolation", hahahaha mana boleh senang2 nak curi kan. So, safety dah isolate bende tu. Akan tetapi untuk langkah berjaga2, pihak FAA dah tetapkan korang kene off.

Korang tahu tak apabila signal network korang mencari2 arah tujuan yg betul bukan LGBT, penggunaan bateri akan meningkat dan board system gajet korang akan jadi panas. Ketidakcelaruan penggunaan bateri dan kuasa yg ada dan berada di ketinggian yg bukan pada kadar kalibrasi yg asal akan menyebabkan booommmm gajet korang menghasilkan haba yg melampau. Paham2 la kan. So, nak on lagi?

Semasa pesawat mendekati kawasan pendaratan (approach). Yg ni part paling kritikal. Penggunaan network pesawat menggunakan kemudahan ini pada tahap maksimum. Sebut ILS (Instrument Landing System) mmg korang x paham kan. So, dengan kata mudah signal akan tarik pesawat dan mengaturkannya untuk mendekati kawasan pendaratan selain bantuan crew untuk memasukkan data seperti course dan koordinat. Jadi, network diperlukan. Pernah tengok nombor kat landasan? Itu bukan suka suki orang nak cat landasan gune nombor. Nombor2 tu adalah nombor kedudukan arah dalam kompas dunia. R atau L tu kiri kanan lah senang citer.

Autolanding atau ILS, 100% memerlukan signal dari bumi, jadi pada ketinggian bawah 10,000 kaki mmg dah ada network korang, apabila terbuka sahaja network korang segala mak nenek data akan masuk dlm gajet korang, pending whatsap, noti fb, upload data IG, semua nak terjah masuk. Jd, bayangkan kesibukan yg berlaku sedangkan pesawat memerlukan gelombang yg stabil tanpa gangguan dari gajet korang. Mengapa approach part ni kritikal? Pesawat bergantung sepenuhnya pada signal untuk bergerak, membelok, mengiring, sudut dongak, menurun, stabilizer percentage, ketinggian dan kelajuan yg sesuai. Korang kene tahu, pesawat pun kene ikut arahan had kelajuan tau, terlebih speed kene saman. Jikalau salah satu terganggu habis lah yg lain pun akan jadi bengong. Jadi tlg lah off gajet korang, faham?

Nak amik vid? Gune go pro. Selagi gajet korang berpotensi menghasilkan signal, jgn on. Nk on jugak, sila tukar network ke "airplane mode". Ingat, walaupun dh gune mod penerbangan, risiko untuk bahaya lain kemungkinan akan timbul iaitu bateri. Seperti yg diberitahu tadi, bateri tidak dikalibrasi untuk ketinggian yg lebih dari 5000 kaki. Dimana tekan atmosfera memainkan peranan. Jadi better OFF je lah. Tp ramai je degil kan. Ntahlah abam pun x paham yg jenis yg degil ni. Ingat kitaorang dengki kot ngan iphone x max plas plas tu. Hahahaha.

Kesimpulannya: OFF semua alat elektronik korang sebelum berlepas dan ON balik selepas kuar dari pesawat. Tengkiu.

Nukilan oleh: abam dayat

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.