اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DUNIA KINI DIGITAL TAPI DIGITALKAH KITA?

Dunia Digital: Kebaikan dan Keburukan Terhadap Perkembangan Kanak-kanak


Terdapat banyak kajian dan perdebatan di kalangan pendidik, pembuat dasar, pakar kanak-kanak dan ibubapa mengenai kebaikan dan keburukan teknologi sejak bertahun lamanya. Berikut adalah beberapa daripadanya:

Kebaikan:

1. Menjadikan komunikasi jarak jauh satu kenyataan: kanak-kanak dapat bercakap dengan rakan-rakan dan keluarga yang jauh.
2. Mengajar sebab dan akibat: menarik rasa ingin tahu anak anda dan menggalakkannya untuk meneroka walaupun dari rumah.
3. Menekan kekunci dan menggunakan tetikus membantu dalam membaiki kemahiran motor anak anda dengan meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka.
4. 
Kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik bebas mendapati penggunaan teknologi boleh menyokong pembelajaran di rumah dalam:
5. 
1. Pembelajaran Operasi: ibubapa boleh mengajar anak-anak mereka bagaimana untuk mengawal dan menggunakan teknologi; dan ini merupakan satu peluang bagi ibubapa untuk menggalakkan anak-anak memberi maklumbalas menggunakan input mereka sendiri.
2. Meluaskan pengetahuan dan kefahaman mengenai dunia: kanak-kanak boleh mengetahui lebih mengenai masyarakat, tempat dan alam semulajadi.
3. Kecenderungan untuk belajar: menggalakkan tumpuan dan ketekunan, membantu mereka untuk membina keyakinan diri dan nilai kendiri serta meningkatkan kecekapan mereka dalam menggunakan teknologi.
4. Peranan teknologi dalam kehidupan seharian: dengan pemerhatian ibubapa, anak anda akan belajar bagaimana teknologi boleh membantu dalam hal-hal seharian seperti mengkaji destinasi yang akan dilawati, memesan barangan, menghantar teks, berkomunikasi dengan orang yang jauh dan lain-lain.

Keburukan:

1. Pada tahun 2010, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) memberi amaran bahawa teknologi boleh memberi kesan kepada perkembangan kemahiran kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah.
2. Mainan untuk pembelajaran akan menjejaskan potensi pendidikan kerana kebanyakan mainan interaktif telah dicipta berdasarkan tugasan pendidikan yang biasa. Pada mulanya, mainan ini akan memberikan motivasi untuk belajar tetapi kanak-kanak yang masih muda akan bosan dan berhenti mempelajarinya jika mereka tidak menguasai aspek operasi klik, skrol atau tindakan menekan.
3. Masalah operasi boleh diselesaikan dengan menggunakan komputer tablet tetapi penggunaan komputer tablet yang keterlaluan tidak akan menggalakkan pembelajaran secara inovatif kerana beberapa aplikasi yang dimuatnaik adalah merupakan satu salinan asal semata-mata contohnya buku elektronik.
4. Tiada rangsangan perbualan antara orang dewasa dan kanak-kanak: interaktiviti teknologi sama sekali tidak boleh menggantikan interaksi sesama manusia kerana teknologi terkini tidak boleh menggantikan elemen manusia dalam interaksi antara ibubapa dan anak.
5. Meningkatkan tindakbalas agresif hasil daripada bermain permainan video yang ganas.
6. Berpotensi untuk mengganggu waktu tidur: kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 12 jam waktu tidur setiap hari untuk mereka membesar secara sihat.
7. Membawa kepada ketagihan teknologi.
Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menyarankan agar kanak-kanak di bawah umur 2 tahun untuk tidak terdedah kepada sebarang bentuk aktiviti di skrin. Kanak-kanak berumur lebih 2 tahun harus dihadkan daripada menggunakan aktiviti yang melibatkan paparan skrin hanya 2 jam setiap hari. Dalam masa 2 jam ini, kandungan yang ditonton harus diperkaya dan ditapis oleh ibubapa dan penjaga dengan sewajarnya.

Kredit : Prof Dr M. Swamenathan
Consultant Psychiatrist.


Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.