اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DIPANDANG HINA KERANA BERNIAGA



Baca dan saya kongsikan tips dari pengalaman orang lain dan pengalaman saya.

Mungkin di kalangan pedagang kecil masa ini sedang tertekan dengan pendapatan dan cabaran ekonomi pada masa sekarang. Malah mungkin ada yang DIHINA kerana kemajuan yang tidak seberapa dan lebih sadis lagi banyak orang menjauhkan diri.

Tanamkan dalam diri. Ini biasa berlaku. DIHINA ini biasa. DIKECAM ini biasa. DISINDIR ini biasa. DIPULAU ini biasa. Letakkan dalam minda. Ini adalah kehidupan. Jikapun kita bekerja makan gaji, perkara seperti ini juga sama dan akan terjadi. shit happen everywhere.

Menjadi peniaga merupakan satu pencapaian di mana anda berdikari dan berdiri di kaki sendiri. Anda membantu orang lain, menyelesaikan masalah orang lain, memberi rezeki kepada orang lain dan pelengkap kepada keperluan masyarakat yang tidak semua orang mampu lakukan.

Percaya bahawa setiap kesukaran pasti ada kemudahan. Ini bukan saya kata tetapi Allah swt yang kata. Jika anda rasa penat dengan dunia. Pegang dada dan segera bertasbih memuji yang esa. Ini kebiasaan saya lakukan dan ianya berkesan. Cubalah dan saya yakin anda akan tenang.

November ini ada perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan anda seorang berjiwa besar dan jiwa anda akan lebih sado. Anda cedok pengalaman orang lain dengan idea-idea yang lebih positif. Jumpa saya dalam program TeDx Kenyalang talk. Klik link bawah ini untuk bersama saya. https://www.facebook.com/events/2427882867282870/

Berikut ialah tips menghadapi liku-liku kehidupan:

  1. Berfikiran positif DAN berserah dengan tuhan
  2. Asingkan diri sebentar DAN menghargai alam
  3. Banyakkan guna perkataan positif (tasbih)
  4. Bersenam di kawasan yg ada elemen air
  5. Hindari laman sosial sementara waktu
  6. Sematkan rasa bersyukur
  7. Tidur sambil mendengar muzik air


Ini adalah sebahagian tips yang saya dapat kongsikan. Terdapat banyak tips lagi yang boleh anda gunakan.

Selamat mencuba dan beramal. Jom!!



Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.