اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DATES, APPLES & DIETS

Diet Juice Apple & Dates.


Memang Ajaib! Tak rasa nak makan malam apabila amal meminum minuman ini,Kalau begini berat badan pun cepatlah turun..tak percaya? cubalah sendiri…

Nak kurus tapi bila malam, makan tak ingat. Ini kegagalan besar kita yang nak berdiet. Sebabnya bila dah pulang kebanyakan wanita akan masak untuk suami dan anak.

Waktu ini perut pun mula rasa lapar kerana banyak tenaga yang dah habis selepas seharian bekerja. Sudahnya kita akan gagal kawal nafsu lalu makan bersama mereka, maka hancurlah diet kita hari itu.

Menurutnya petua kurus berupa minuman campuran epal hijau, kurma, serbuk kayu manis dan susu ini dikongsi kerana terbukti berkesan selepas diamalkan.

Dengan mengamalkan minum minuman ini jam 7 malam dan inilah yang membantunya berasa kenyang sehinggalah waktu tidur.

Bila perut berasa kenyang ia sekali gus mengelakkan kita terjebak dari makan sewaktu menyediakan hidangan untuk keluarga.

Minuman uni sesuai diamalkan untuk ibu baru bersalin yang menyusukan anak kerana tidak menjejaskan penghasilan susu. Malah ia juga membantu wanita yang mengalami masalah sembelit.

Bagi yang mahu mencuba berikut adalah cara menyediakan minuman diet ini yang dikongsi:

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk kayu manis Ceylon

Potong kecil buah kurma dan epal. Tak perlu buang kulit kerana bahagian itu mengandungi flavanoid yang baik untuk jantung dan elakkan strok.

Masukkan susu, buah yang dipotong dan serbuk kayu manis Ceylon tadi dalam alat pengisar. Lebih enak jika dicampurkan dengan ais.

Boleh terus minum kerana portion sesuai untuk sekali minum.

Until Next Time

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.