اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DABAI OH DABAI


DABAI OH DABAI
Buah dabai adalah antara buah yang boleh didapati secara bermusim di Sarawak. Buah dabai ni sangat popular di Sarawak terutamanya di Sibu. Saya sendiri sangat suka makan buah dabai yang mempunyai rasa yang berlemak dan unik.
Tetapi sebelum makan buah dabai ni, kena masakkan dulu menggunakan air panas. Panas suam-suam kuku. Apabila teksturnya sudah lembut baru boleh makan. Sama ada nak makan begitu sahaja, atau makan dengan garam, ataupun makan dengan kicap pun dah sedap. Yummmy.
Antara khasiat buah dabai adalah mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi. Seperti yang kita sedia maklum agen antioksdia ini berepranan dalam melambatkan proses penuaan. 
Dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida terutama pada bahagian kulitnya (buah) diikuti seluruh buah merangkumi kulit dan isi serta isirung menjadikannya sangat berpotensi dipasarkan bersama buah-buahan tempatan untuk mempromosikan kempen kesihatan.
Selain kandungan antioksida yang tinggi, buah dabai juga mengandungi kandungan mineral dan potassium yang tinggi. Ia berperanan penting untuk kesihatan tubuh badan kita.
Buah dabai ini juga boleh di buat nasi goreng dabai yang menjadi hidangan popular bagi penduduk di sebelah sini. Buah dabai boleh diperolehi di sekitar Sibu, Bintulu, Kapit, Miri, dan Sarikei.

KREDIT: AISHAH ANUAR

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.