اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BAU KETIAK MENJEJASKAN REPUTASI DIRI


10 PETUA HILANGKAN BAU KETIAK HANGIT DENGAN CEPAT & BERKESAN

Jadi jika deodoran masih tidak boleh membantu, bolehlah cuba petua hilangkan bau ketiak ini.

1. CUKA EPAL

Salah satu petua hilangkan bau ketiak adalah menggunakan cuka epal atau ‘apple cider.
Cara: Tuang cuka dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapu pada ketiak. Atau bilas ketiak dengan cuka sewaktu mandi.
Ia akan berbau masam pada awalnya. Tapi, ia amat berkesan menyahkan bau badan.

2. SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat mempunyai banyak kegunaan selain untuk membuat kuih atau kek.
Cara: Campur satu sudu jus lemon ke dalam satu sudu soda bikarbonat. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air.
Jika tiada jus lemon, boleh gantikan dengan tepung jagung. Paling mudah, campurkan sedikit air pada soda bikarbonat dan sapu selepas mandi.

3. HYDROGEN PEROXIDE

Selain farmasi, bahan ini biasanya boleh dijumpai dalam peti kecemasan atau first aid kit.
Cara: Campur satu sudu hydrogen peroxide dalam satu cawan air dan gaul hingga sebati.
Celup kain atau tuala bersih pada ketiak. Jika tidak sempat, boleh sahaja sapukan terus pada ketiak.

4. LEMON

Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga membantu mencerahkan kulit yang kehitaman di ketiak.
Cara: Hiris lemon dan sapu perlahan-lahan pada ketiak.
Boleh juga guna perahan jus lemon pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon dan sapu pada ketiak selepas mandi.

5. AIR MAWAR

Air mawar boleh dibeli siap dari kedai kecantikan atau dibuat sendiri di rumah.
Cara: Sapu rose water pada ketiak dan biarkan ia kering sendiri.

6. BATU KRISTAL

Batu kristal ini adalah alternatif bagi mereka yang tidak sukakan bahan kimia atau bau-bauan daripada deodoran. Ada yang dijual dalam bentuk ketulan seperti sabun, dan ada juga dalam bentuk seperti deodoran.
Cara: Pemakaiannya sama seperti deodoran.

7. BEDAK BAYI

Bedak talkum biasa atau bedak bayi amat sesuai untuk mengatasi bau badan.
Cara: Apabila rasa lekit pada ketiak, terus letak bedak pada ketiak. Ia akan mengurangkan peluh yang keluar.

8. SERBUK SANDALWOOD

Herba ini boleh didapati di kedairempah, pasaraya, atau ada yang dipek secara komersial di kedai kecantikan.
Cara: Jadikan pes dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit pada serbuk sandalwood. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan sehingga kering, baru dibilas dengan bersih.

9. TAWAS

Tawas adalah sejenishablur dalam bentuk batuan atau ada yang telah dijadikan serbuk.
Cara: Lalukan air pada tawas dan sapu pada ketiak. Pastikan guna bahagian yang tumpul.

10. SENGKUANG

Cara: Kisar halus hingga keluar jus dan sapu pada ketiak. Ia menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya.

UNTUK KESAN LEBIH EFEKTIF,

Praktikkan petua hilangkan bau ketiak ini dan anda pasti akan dapat merasakan kesannya.
Malah, ada antaranya yang lebih mujarab berbandingdeodoran yang ada di pasaran.
KREDIT : SIRAP LIMAU


Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.