اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

AYAM MASAM MANIS-CHINESE STYLE.


AYAM MASAM MANIS CHINESE STYLE 
===============================
Mala jak kamek tok share about Chinese stuff? Kenak? Coz I'm a proud Chinese Mix 😂
Chill-chill jak aok? Today kmk mok share recipe ayam masam manis chinese style. Selamat mencubaa~


BAHAN-BAHAN
****************
Isi ayam - bahagian dada
(kena potong nipis)

BAHAN-BAHAN PERAPAN
**************************
  • Tepung gandum 2 sdb
  • Tepung jagung 2sdb
  • Tepung beras 2sdb
  • Baking powder 1sdk
  • Garam - secubit mungkin atau 2 cubit
  • Serbuk lada putih 1sd
  • Air 1 cawan

BAHAN-BAHAN SOS
*********************
  • Bawang putih 2/3 ulas ketuk
  • Sos cili 3sdb
  • Sos plum life 3sdb
  • Sos tomato * (jika tiada sos plum)
  • Bawang Holland 1 biji (potong bulat) 
  • Nenas (option jika ada) 
  • Lada benggala hijau
  • Lada bengala merah
  • Lada benggala kuning
  • (lada lada ni option sahaja)
  • Tepung jagung 1sb - campur air untuk ejen pemekat

Untuk resepi tok, ngkah karot dan putik jagung. Sayur lain pun okay jakk.

CARA-CARA BUAT
*******************
1) Isi ayam dipotong secara nipis memanjang dan asingkan sebentar. 

2) Dalam mangkuk sederhara, mix tepung gandum & tepung jagung bersama garam dan lada sulah. Air 1 cawan dicurah sedikit sedikit ini kerana untuk mengelakkan adunan tepung jadi cair. Kita nak jadikan ia 'batter'. Tak terlalu cair, dan tak terlalu pekat. Dah siap tepung, masukkan isi ayam tu, dan gaul sebati. Biarkan ditepi seketika.


3)  Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Do add enough oil okay. sebab nak deep fried ayam tu . Boleh tengok gambar macam mane goreng sehingga GOLDEN BROWN. 

4) Selepas dapat hasil golden brown, minyak yang sama dan panas membara tu, goreng lagi sekali ayam tu untuk dapatkan crispy 3x bunyi ketika mengunyah. Cubalah, ni tricky crispy. 

5) Tapis dengan tisu dapur, dan asingkan dalam pinggan. 

Cara Buat Sos Sweet Sour
=====================

1) Panaskan minyak sedikit, dan tumis bawang putih yang diketuk sehingga naik bau, dan masukkan segala geng geng sos kedalam. 

2) Gaul sekata, dan masukkan bahan bahan OPTION itu dan bawang holland. Tutup api, curahkan semua bancuhan tepung jagung sehingga kuah jadi pekat melikat. 

3) Rasakan tau. Yang pasti ada 2 unsur dalam sos ajaib tu, masam dan manis seperti keharmonian antara kimchi dan korea.. 😂😂

Masa sos tengah panas tu, JANGAN CURAH atas isi ayam crispy, nanti tak sedap nak makan coz the chicken will turns soggy. 

Curah kuah, semasa nak makan okay, nanti boleh tengok anak2 menambah nasi tanpa perlu berkata-kata. 

Picture & Recipe credited to: Sheema Shah

Until Next Time

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.