اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ADA APA TENTANG KOPI

Kebaikan Dan Khasiat Kopi

Penggemar kopi, maka anda pasti akan suka dengan senarai di bawah.

1. Kopi Boleh Meningkatkan Tahap Tenaga dan Membuatkan Anda Lebih Bijak

Kopi boleh mengelakkan orang daripada berasa letih, pada masa yang sama meningkatkan kadar tenaga mereka.
Hal ini kerana ia mengandungi bahan peransang yang dikenali sebagai kafein, yang sekarang sudah dikira sebagai bahan yang paling banyak diambil oleh penduduk dunia.
Selepas anda meminum kopi, kafein akan diserap masuk ke dalam saluran darah. Dari situ, ia akan dihantar ke otak.
Di otak, kafein akan menghalang adenosina (inhibitory neurotransmitter). Apabila perkara ini berlaku, kadar neurotrasmitter yang lain seperti norepinephrine dan dopamine akan meningkat membawa kepada peningkatan neuron.
Sudah banyak kajian yang dijalankan ke atas manusia berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak. Ini termasuklah daya ingatan, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, reaksi dan fungsi kognitif.

2. Kopi Boleh Membantu Membakar Lemak

Adakah anda tahu bahawa kafein yang terdapat di dalam kopi sudah diaplikasikan di dalam kebanyak produk supplement ubat kurus (fat burner)?
Terdapat rahsia di sebalik itu. Kafein merupakan salah satu bahan yang mempunyai bukti kukuh dalam membantu pembakaran lemak badan.
Beberapa kajian mendapati bahawa kafein boleh meingkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 3-11%
Kajian yang lain pula menunjukkan bahawa kafein boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak, sehingga 10% pada orang yang obese, manakala 29% pada orang yang kurus.
Walaupun begitu, kesan ini akan berkurangan bagi orang yang sudah terlalu kerap meminum kopi.

3. Kopi Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal

Kafein meransang sistem saraf, menyebabkannya menghantar isyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan.
Pada masa yang sama, kafein meningkatkan kadar Epinephrine (Adrenaline) di dalam badan. Ianya merupakan hormon yang memainkan peranan semasa pergerakan badan yang intensif.
Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan.
Secara kasar, kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal seseorang sebanyak 11-12 peratus.
Oleh sebab itu, wajarlah anda meminum kopi setengah jam sebelum memulaka kerja yang berat.

4. Kopi Memiliki Nutrisi Yang Baik

Kopi bukan sahaja sebarang air yang berwarna hitam. Biji kopi juga mengandungi beberapa nutrisi untuk kesihatan umum anda.
Antara yang anda dapat dalam secawan kopi adalah:
1. Riboflavin (Vitamin B2)
2. Pantothenic Acid (Vitamin B5)
3. Manganese dan Potassium
4. Magnesium dan Niacin (B3)
Walaupun kandungannya tidaklah banyak dan tidak mencukupi keperluan harian, tetapi jika ditambah dengan diet sihat ia boleh membantu.

5. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2

Kencing manis tahap 2 merupakan masalah kesihatan yang sangat merunsingkan, terutama di Malaysia. Buat masa ini, sekurang-kurangnya 300 juta orang di seluruh dunia mengalami kencing manis.
Untuk beberapa sebab, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kencing manis tahap 2.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang minum kopi mengalami 23-50% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit tersebut. Satu kajian lain mendapati pengurangan sehingga 67%!

6. Kopi Boleh Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer dan Dementia

Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit saraf dan penyebab kepada dementia.
Penyakit ini biasanya berlaku kepada orang yang berusia 65 dan ke atas. Apa yang sedihnya, penyakit ini tiada penawar.
Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah daripada mendapat penyakit Alzheimer ini.
Ini merangkumi pengamalan gaya hidup sihat, bersenam dan minum kopi juga boleh membantu.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai 65% lebih rendah dalam mendapat penyakit ini.

7. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Parkinson

Parkinson merupakan sejenis penyakit saraf juga, ia kedua paling banyak selepas Alzheimer.
Ia berlaku disebabkan oleh ketiadaan saraf yang menghasilkan dopamine di dalam otak.
Sama juga seperti Alzheimer, tiada penawar. Oleh itu adalah terbaik jika kita cari jalan mencegahnya.
Menurut kajian sains, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum sebanyak 32-60%
Dalam kajian ini, mereka menyimpulkan bahawa bahan kafein yang bermain peranan kepada penurunan risiko, bukannya kopi itu sendiri. Hal ini kerana orang yang minum kopi deface tidak mengalami penurunan risiko.

8. Kopi Boleh Melindungi Hati (Bukan Cinta ya)

Hati merupakan satu organ yang memainkan peranan penting dalam sistem badan.
Banyak penyakit akan memberikan kesan kepada hati, termasuklah hepatitis, lemak penyakit hati dan lain-lain.
Dan kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada masalah seperti sirosis. Bedasarkan kajian, kopi boleh melindungi hati anda daripada penyakit sirosis ini.

9. Kopi Boleh Melawan Kemurungan dan Membuatkan Anda Lebih Gembira

Kemurungan dan tekanan merupakan masalah mental yang boleh menjejaskan kehidupan dan kesihatan anda.
Dan perkara ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia yang dibebani dengan kerja, masalah dan sebagainya.
Berdasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20%.
Jadi, apabila tengah stress kerja, anda kenalah minum kopi.

10. Kopi Mencegah Risiko Beberapa Jenis Kanser

Kanser merupakan penyebab kematian di seluruh dunia. Ia berlaku kerana terdapat pertumbuhan tidak normal pada sel badan.
Kopi dipercayai boleh melindungi anda daripada 2 jenis kanser:
· Kanser hati
· Kanser kolon
Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser hati sebanyak 40%
Satu lagi kajian ke atas 489,706 individu mendapati bahawa orang yang minum 4-5 cawan kopi setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 15%.

KREDIT : INFO PELAJAR

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.