اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SIAPA PERNAH RASA ORANG TIPU KITA PERKARA YANG KITA DAH TAHU?


PERKONGSIAN TIPS BERHADAPAN DENGAN SPESIES INI.

Perasaan ketika itu macam-macam ada. Rasa nak tendang, rasa nak maki, rasa nak ludah, rasa nak... ha ha ha.. apa yang anda rasa? kongsikan di ruangan komentar di bawah.

Menipu ni tak ada penghujungnya. Belit sana dan belit sini. Pegi dekat si A kata si B salah. Pegi dekat si B kata si A salah. Pernah jumpa orang macam ni? Di akhir cerita ketahuan. Di situlah kita lihat drama sambil makan popcorn.

Perkongsian ini adalah dari pengalaman orang lain dan pengalaman saya sendiri. Kalau pengalaman orang lain saya yang melihat drama sambil makan popcorn.

Orang seperti ini biasanya jiwanya tidak tenang. Sentiasa memberontak. Mereka inginkan perhatian. Saya ulang.. Mereka inginkan perhatian. Ini yang paling utama. Mereka mahu mereka dilihat hebat.

Untuk menjadi hebat sebenarnya tidak perlu menjatuhkan orang lain. Kita hanya perlu ikhlaskan hati kita melakukan sesuatu dalam bidang kita. Kurangkan bercakap mengenai orang lain dan lebihkan bercakap mengenai idea dan aktiviti masa hadapan. Antarnya berfikir untuk meningkatkan kawalan keselamatan untuk keluarga.

Kawalan keselamatan yang terbaik setakat ini adalah memasang CCTV. Talam 2 muka ni takut dengan CCTV sebab mereka plastik di hadapan dan dibelakang lain. Nak pasang CCT saya rekomen kawan saya ni. Terbaik servicenya. Klik je link ni www.wasap.my/60128084530/cctvDIY

Kita sambung cerita.

Berikut adalah tips untuk berhadapan dengan spesies ini:
  1. Pasang CCTV
  2. Syukur kerana tuhan bagi tunjuk drama
  3. Gandakan keselamatan
  4. Fokus kepada perkara penting
  5. Doa semoga beliau berubah


Setakat ini sahaja perkongsian saya. Kalau ada nak saya ulaskan apa2 perkara. PM tepi ikat ketat2

BAU KETIAK MENJEJASKAN REPUTASI DIRI


10 PETUA HILANGKAN BAU KETIAK HANGIT DENGAN CEPAT & BERKESAN

Jadi jika deodoran masih tidak boleh membantu, bolehlah cuba petua hilangkan bau ketiak ini.

1. CUKA EPAL

Salah satu petua hilangkan bau ketiak adalah menggunakan cuka epal atau ‘apple cider.
Cara: Tuang cuka dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapu pada ketiak. Atau bilas ketiak dengan cuka sewaktu mandi.
Ia akan berbau masam pada awalnya. Tapi, ia amat berkesan menyahkan bau badan.

2. SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat mempunyai banyak kegunaan selain untuk membuat kuih atau kek.
Cara: Campur satu sudu jus lemon ke dalam satu sudu soda bikarbonat. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air.
Jika tiada jus lemon, boleh gantikan dengan tepung jagung. Paling mudah, campurkan sedikit air pada soda bikarbonat dan sapu selepas mandi.

3. HYDROGEN PEROXIDE

Selain farmasi, bahan ini biasanya boleh dijumpai dalam peti kecemasan atau first aid kit.
Cara: Campur satu sudu hydrogen peroxide dalam satu cawan air dan gaul hingga sebati.
Celup kain atau tuala bersih pada ketiak. Jika tidak sempat, boleh sahaja sapukan terus pada ketiak.

4. LEMON

Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga membantu mencerahkan kulit yang kehitaman di ketiak.
Cara: Hiris lemon dan sapu perlahan-lahan pada ketiak.
Boleh juga guna perahan jus lemon pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon dan sapu pada ketiak selepas mandi.

5. AIR MAWAR

Air mawar boleh dibeli siap dari kedai kecantikan atau dibuat sendiri di rumah.
Cara: Sapu rose water pada ketiak dan biarkan ia kering sendiri.

6. BATU KRISTAL

Batu kristal ini adalah alternatif bagi mereka yang tidak sukakan bahan kimia atau bau-bauan daripada deodoran. Ada yang dijual dalam bentuk ketulan seperti sabun, dan ada juga dalam bentuk seperti deodoran.
Cara: Pemakaiannya sama seperti deodoran.

7. BEDAK BAYI

Bedak talkum biasa atau bedak bayi amat sesuai untuk mengatasi bau badan.
Cara: Apabila rasa lekit pada ketiak, terus letak bedak pada ketiak. Ia akan mengurangkan peluh yang keluar.

8. SERBUK SANDALWOOD

Herba ini boleh didapati di kedairempah, pasaraya, atau ada yang dipek secara komersial di kedai kecantikan.
Cara: Jadikan pes dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit pada serbuk sandalwood. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan sehingga kering, baru dibilas dengan bersih.

9. TAWAS

Tawas adalah sejenishablur dalam bentuk batuan atau ada yang telah dijadikan serbuk.
Cara: Lalukan air pada tawas dan sapu pada ketiak. Pastikan guna bahagian yang tumpul.

10. SENGKUANG

Cara: Kisar halus hingga keluar jus dan sapu pada ketiak. Ia menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya.

UNTUK KESAN LEBIH EFEKTIF,

Praktikkan petua hilangkan bau ketiak ini dan anda pasti akan dapat merasakan kesannya.
Malah, ada antaranya yang lebih mujarab berbandingdeodoran yang ada di pasaran.
KREDIT : SIRAP LIMAU


DIPANDANG HINA KERANA BERNIAGA



Baca dan saya kongsikan tips dari pengalaman orang lain dan pengalaman saya.

Mungkin di kalangan pedagang kecil masa ini sedang tertekan dengan pendapatan dan cabaran ekonomi pada masa sekarang. Malah mungkin ada yang DIHINA kerana kemajuan yang tidak seberapa dan lebih sadis lagi banyak orang menjauhkan diri.

Tanamkan dalam diri. Ini biasa berlaku. DIHINA ini biasa. DIKECAM ini biasa. DISINDIR ini biasa. DIPULAU ini biasa. Letakkan dalam minda. Ini adalah kehidupan. Jikapun kita bekerja makan gaji, perkara seperti ini juga sama dan akan terjadi. shit happen everywhere.

Menjadi peniaga merupakan satu pencapaian di mana anda berdikari dan berdiri di kaki sendiri. Anda membantu orang lain, menyelesaikan masalah orang lain, memberi rezeki kepada orang lain dan pelengkap kepada keperluan masyarakat yang tidak semua orang mampu lakukan.

Percaya bahawa setiap kesukaran pasti ada kemudahan. Ini bukan saya kata tetapi Allah swt yang kata. Jika anda rasa penat dengan dunia. Pegang dada dan segera bertasbih memuji yang esa. Ini kebiasaan saya lakukan dan ianya berkesan. Cubalah dan saya yakin anda akan tenang.

November ini ada perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan anda seorang berjiwa besar dan jiwa anda akan lebih sado. Anda cedok pengalaman orang lain dengan idea-idea yang lebih positif. Jumpa saya dalam program TeDx Kenyalang talk. Klik link bawah ini untuk bersama saya. https://www.facebook.com/events/2427882867282870/

Berikut ialah tips menghadapi liku-liku kehidupan:

  1. Berfikiran positif DAN berserah dengan tuhan
  2. Asingkan diri sebentar DAN menghargai alam
  3. Banyakkan guna perkataan positif (tasbih)
  4. Bersenam di kawasan yg ada elemen air
  5. Hindari laman sosial sementara waktu
  6. Sematkan rasa bersyukur
  7. Tidur sambil mendengar muzik air


Ini adalah sebahagian tips yang saya dapat kongsikan. Terdapat banyak tips lagi yang boleh anda gunakan.

Selamat mencuba dan beramal. Jom!!



TAHNIAH GRADUAN



Mari maze dewasa

 Anda akan menjadi mudah dan mudah!
 Dan berkhidmat untuk Tanah air
 Dekat dan jauh!
 Dunia ini amat menarik
 Dan intriguingly hebat!
 Jadilah kegembiraan lagu
 Mari tanah besar penutup!
 * * *
 Mari belia bahagia
 Tepu, cerah, ingin tahu!
 Warna dicelup zaman kanak-kanak
 Apa yang berdekatan dengan anda, dalam kejiranan!
 Mari belia lebih baik -
 Fun, aktif, menarik!
 Pada hari yang terang dan dalam cuaca buruk
 Nasib baik diisi dengan muzik!
 * * *
 Nasib baik untuk anda, siswazah,
 Nasib baik dan nasib baik!
 Mari sumber ajaib pengetahuan
 Ia akan membantu untuk menyelesaikan semua masalah!
 Biarkan mimpi berpatutan
 Keinginan laut dipenuhi!
 Biarlah hidup bahagia, kecantikan
 Saya mendapati panggilan!
 * * *
 Zovetes anda kini graduan
 Sayang sekali untuk meninggalkan dengan anda hari ini!
 Anda membesar, ada apa-apa untuk menambah,
 Hanya dari sekolah okonchanem semua dialu-alukan!
 Dan saya ingin mengucapkan banyak:
 Biarkan cahaya menjadi cara cara yang mudah!
 Mei percutian ini - sebuah sekolah yang indah
 malam -
 Memberikan kehangatan dan kegembiraan mesyuarat!
 * * *
 Anda amat bermakna kami telah berkembang
 Dan di hadapan semua umneli!
 Tiba-tiba, sekaligus berkembang
 Dan secara senyap-senyap berkembang!
 Semalam - pelajar,
 Apa yang menjadi kawan terbaik!
 Dan kini - graduan
 Mengagumi, bangga dengan anda!
 * * *
 Apakah anda cukup hari ini -
 Dengan senyuman, mood yang hebat!
 Dan malam ini, yang penting dan dengan penuh,
 Biarlah perkataanmu kehormat
 Tahniah!
 Kosongkan semua emosi, keseronokan,
 Anda menjadi orang dewasa, mengambil
 Tahniah!
 Mari pengalaman hidup dengan lipatan
 Memberikan kepadamu hari depan yang hadir!

kredit : https://poradymoms.netlify.com/skrip6/4118

JADI ORANG TENGAH MEMANG SAKIT


Nak pegi ke kanan salah. Nak ke kiri salah. Semua jadi serba salah. Apa yang penting menjadi orang tengah adalah jangan bercakap banyak. Fokus kepada perkara pokok sahaja iaitu tugasan dan halatuju bersama.

Tetapi jangan diharapkan semuanya akan baik-baik pada akhir cerita. Pengakhiran cerita boleh sahaja terjadi pelbagai perkara.

Setiap perkara yang anda buat simpankan bukti kerana, kebarangkalian anda menjadi KAMBING HITAM adalah tinggi. Anda mungkin dipersalahkan dengan apa yang terjadi. Sebab itu bukti itu penting. Mesej, Whatsapp, CCTV, gambar dan apa sahaja yang berkaitan simpan dengan rapi.

Saya bercakap atas pengalaman orang lain dan sedikit pengalaman saya. Jangan putus asa untuk melakukan kebaikan dan jangan mengharap kebaikkan anda dibalas oleh manusia.

Kita tidak dapat menahan orang lain bercakap dan mengutuk kita. Itu semua lumrah. Dengar dan persetankan. Terus fokus apa yang anda hendak lakukan.

Oh Ya!!.. Anda nak pasang CCTV ke? Saya rekomen kawan saya ni. Harga mampu milik. Bukan mampu tengok ye!! Klik jer link ni www.wasap.my/60128084530/cctvaDIY

Sambung cerita kita tadi...

Kebanyakkan orang yang tersepit atau orang tengah antara 2 orang atau kumpulan bertelagah ini berakhir dengan kecelaruan jiwa. Sikap sebenarnya, tidak mahu masuk campur urusan 2 lawan ini. Tetapi mengambil hati orang tengah ini menjadi medan pertempuran juga. Siapa tidak sakit diperlakukan begitu.

Berikut adalah tips saya jika anda terpaksa menjadi orang tengah:

  1. Fokus urusan anda
  2. Jangan banyak cakap melibatkan konflik
  3. Simpan bukti audio, video, cctv dsb
  4. Tajuk bercakap lebih kepada kerja jika berjumpa
  5. Jadi diri sendiri
  6. Doakan mereka berdamai
  7. Cari kabaikan bukan cari masalah


Saya tinggalkan pembaca dengan 7 tips ini sahaja. Terdapat banyak lagi tips yang boleh saya kongsikan. Moga mafaat.

CHEESE IN A PAN

Pizza Kuali.

100% masak atas api,tak perlu oven..

Resepi utk 5x pizza👇👇

Tepung gandum 1kg
Air suam 2 cawan
Mauripan 1 peket
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam

*uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye😂😂
Berpeluh2 la jgk😄

🍕Bahan topping👇👇

Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam2 topping,
Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood

Tumis bawang holland n bawang putih..bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain.contoh..ayam,hotdog n cendawan.. tumis sampai masak ye..perasakan dgn garam dan lada hitam..ketepikan.

🍕Step by step👇👇

1.gaul tepung dgn minyak..

2.tambah air. uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam.

*sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.

2.slpas 1jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.

3.bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.

4.bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.

5.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali

6.kalau suka kerak pizza tu rangup,kena masak doh tu dulu sblm isi topping..

7.kalau suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.. susun siap2 atas kuali ye..baru senang sbb x perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak..

8.cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..

*nka cpt..buat pkai roti nan/arab..
*resepi doh ni blh buat donut,roti dan pau.

Credit to : Murni Rahmat

Selamat Mencuba 💕💕

CARA-CARA MENGATASI MASALAH NAFAS BERBAU


Banyak cara atau tips yang boleh antum lakukan untuk mengatasi bau nafas yang kurang enak dan memalukan itu, antaranya:
1.  Sirih
Sirih adalah antiseptic yang baik bagi mengatasi bau mulut, maka antum gunakanlahnya untuk atasi bau yang tidak enak di mulut. Caranya :~
a)      Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran 1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk, dan gunakan untuk berkumur selepas antum menggosok gigi.
b)      Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Antum amalkan setiap hari.

2.  Serai Wangi Dan Kulit Limau Kasturi
Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Antum tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian antum jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3.  Daun Jambu Batu
Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Antum tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

4.  Cengkih
Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya antum gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.

5.  Menghisap Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau.
Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. Jika antum menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

6.  Bunga Lawang
Bunga lawang (star anise) bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta kandungan linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam dan airnya boleh antum gunakan untuk minum atau berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.

7.  Asam Jawa Dan Gula Merah
Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Antum bancuh sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah tiada lagi nafas berbau yang memalukan antum.

8.  Gorengan Hampas Kelapa
Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan dibiarkan sejuk. Kemudian antum ambil dan kunyah-kunyahkannya hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.
Di samping itu, antum amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.

9.  Meminum Teh Hijau Dan Daun Pudina
Cara lain yang mungkin boleh antum lakukan secara amalan tradisi, misalnya dengan minum air teh hijau atau dengan meminum air rendaman daun pudina sekurang-kurngnya 2 kali sehari.

KREDIT :

Shafiqolbuhttps://shafiqolbu.wordpress.com/2013/05/20/9-petua-tradisional-hilangkan-bau-nafas-dan-mulut/





COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.