اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

This's My Story: Hidup di Negeri Orang (Kenapa Nak Duduk Negeri Orang) Part 1.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera,

"Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri". Peribahasa yang selalu orang bagi bila saya tinggal di negeri orang. Bagi saya, memang betul, saya  tak pernah nafikannya, Sudah hampir 6 tahun saya hidup di negeri orang, setiap hari saya merindui negeri kelahiran saya (tak tipu okay. nie memang betul2 apa yang saya rasa). Kita anak perantau mesti merasa rindu pada tempat membesar kita. Kita rindu pada kampung halaman, suasana dalam keluarga, kawan-kawan, kenangan di sekolah, suasana dan pemandang walaupun tempat kita lahir itu biasa2 sahaja kalau nak diandingkan dengan negeri lain or tempat lain. Tapi kita tetap AKAN RINDU . Kalau saya yang paling saya rindu adalah katil bilik di kampung.. hahahaha.

Okay.. Berbalik semua kepada peribahasa tadi. Apa yang orang dulu-dulu cakap memang betul, negeri sendiri lebih baik. But, to me, tinggal di negeri orang 10 ganda lagi baik, sebab apa??? sebab di negeri orang, kita akan belajar berdikari sendiri. Even waktu ko belajar Universiti dulu mak-bapak kita tanggung, tapi still kita tetap belajar berdikari, contohnya, keputusan kita nak pilih sama ada tingga dalam kolej or hidup menyewa di luar kolej. Contoh yang lain, macam mana kita pilih kawan, kita sakit di tempat orang dengan takde siapa tolong jaga. Semua ni cara tak langsung kita belajar sendiri membuat keputusan. Pendek kata, bila kita duduk kat negeri orang ni kita belajar jadi dewasa lahh. Kurang bergantung pada mak-bapak kita.

Suasana yang berbeza juga buatkan kita boleh bertolerasi dengan siapa sahaja kita berjumpa,
Macam negeri yang saya tinggal sekarang, memang banyak kaum, etnik, budaya, cara hidup yang kita kena fahami, Kita lebih peka dengan keadaan sekeliling dan juga faham sensitiviti seseorang.
( Kat sini maksud saya, bila kita di luar, dan di mana sahaja kita berada kita boleh faham dengan mudah sensitiviti seseorang atau sesuatu kaum contohnya bila kita nak pi melancong kita kena faham pantang larang atau apa yang mereka tak suka. x boleh main langgar je).

Okaylahh.. kat sini sahaja untuk hari ini.. panjang lagi masa untuk saya menulis...


By- Miss liza




Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.