اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN


MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN
        Masyarakat Iban juga terkenal dengan pelbagai makanan tradisional seperti kaum-kaum yang lain. Antara makanan tradisional masyarakat Iban yang sangat popular ialah:
1.      Ayam Pansuh
Ayam pansuh sangat popular dihidangkan pada musim perayaan iaitu Hari Gawai. Ayam pansuh akan dimasak di dalam buluh dan untuk menjadikan ayam pansuh lebih sedap masyarakat Iban lazimnya menggunakan ayam tua untuk dipansuh. Selain itu, daun ubi akan digunakan untuk menutup hujung buluh untuk menjadikan ayam yang dipansuh lebih sedap dan berbau wangi. Ayam pansuh sedap dihidangkan semasa masih panas.
2.      Pekasam Ensabi

Masyarakat Iban juga terkenal dengan makanan tradisional seperti pekasam ensabi. Pekasam ensabi ialah pekasam sayur dan dibuat jeruk. Masyarakat Iban akan menanam sayur ensabi semasa bumai (bersawah) pada zaman dahulu. Mereka akan membuat sayur ensabi sebagai pekasam agar sayur tahan lama dan tidak mudah rosak. Pekasam ensabi yang telah dikasam (dijeruk) akan diperap selama 1 minggu. Selepas itu sayur ensabi akan digoreng dan sedap dimakan bersama nasi yang masih panas.
3.      Kasam Ikan

Kasam ikan memang sangat sinonim dalam masyarakat Iban di Sarawak. Pada zaman dahulu masyarakat Iban membuat kasam ikan menggunakan ikan sungai seperti semah, baung dan tengadak. Kasam ikan akan diperap menggunakan garam agar isi ikan tahan lama. Kemudian ikan yang telah dikasam akan dimasukkan ke dalam balang dan ditutup rapat. Setelah diperap selama beberapa minggu kasam ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara antara salah satunya ialah dicampur dengan buah kepayang dan beras. Kasam ikan juga enak dimakan bersama nasi yang masih panas.

Dikarang oleh Roselind

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.