اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PERUBAHAN LANSKAP POLITIK DI SARAWAK

gambar hiasan

Politik di Sarawak mempunyai banyak perubahan beberapa tahun kebelakangan ini dan pada tahun ini (2018) perubahan amatlah drastik. Perubahan terbesar ini adalah akibat kekalangan Barisan Nasional pada PRU 14 yang lalu. Kekalangan ini pada pendapat saya memang sudah dijangka berikutan kemerosotan sokongan rakyat setiap 5 tahun kebelakangan ini. Cuma, pemimpin yang mabuk dunia sahaja tidak perasan akan perubahan ini.

Semasa arwah Tok Nan menjadi Ketua Menteri Sarawak, ianya bagai satu sinar kepada rakyat Sarawak untuk bangkit dan bersatu hati dalam menghadapi isu semasa. Kelantangan Pak Nan pada ketika itu disokong penuh oleh rakyat Sarawak. Beliau menyentuh dan menyelesaikan isu yang bermain di bibir rakyat Sarawak. Kalau saya tanya kawan-kawan lain tidak kira bangsa dan agama, rata-rata mereka menyokong perjuangan Tok Nan. Buktinya, lihatlah sendiri pada hari Sarawak dilanda kesedihan apabila Pak Nan diumumkan meninggal dunia di media massa. Semoga arwah Pak Nan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sebelum PRU14, maklumat tidak lagi terhad kepada siaran televisyen atau radio tempatan. Maklumat dengan mudah diperolehi di mana sahaja hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Kebanyakkan legasi baby boomers juga sudah pandai menggunakan Media Sosial. Ini perubahan yang ketara dan rata-rata cara mereka berfikir juga berubah. Anda boleh bayangkan sekarang bagaimana anak muda lebih cakna mengenai politik?.

Saya sendiri membaca dan memahami suasana politik di Malaysia Amnya dan Sarawak Khasnya. PRN yang lalu Barisan Nasional menang besar dan pada masa itu, banyak rakan-rakan saya perasan poster yang dipaparkan semasa tempoh kempen, tiada terus gambar Najib atau Rosmah. Mengapa?... Ini kerana orang politik cakna rakyat menolak pemimpin ini. Tetapi selepas itu... tet... lupa tentang strategi ini... 

Sebulan sebelum PRU14, perubahan semakin ketara apabila kebanyakkan rakan-rakan saya bertekad turun mengundi. Biar keluar belanja, biarlah bos tak bagi cuti, biarlah cuti raya tak dapat dan biarlah segalanya terjadi. Hampir semua nekad balik untuk mengundi. Suasana ini cukup berbeza berbanding PRN dan PRU sebelum ini. Saya sendiri memuat naik status tentang perubahan ini. Boleh saya katakan 10 dari orang yang saya jumpa 9.5 nekad untuk balik mengundi.

Di Sarawak rata-rata kempen seperti biasa dijalankan tetapi dengusan rakyat Sarawak semakin jelas kedengaran. Pemimpin hanya muncul 5 tahun sekali. Adakah ini benar? saya boleh katakan ini benar. Tetapi tidak semua pemimpin seperti ini. Hanya sebahagian sahaja, tetapi sebahagian ini memberi calaran yang teruk kepada satu grombolan parti. Semasa pru kali ini, jelas kedengaran dilema orang Sarawak antara menjatuhkan Najib atau dot dot dot....

Ketua Menteri Sarawak pernah berkata. "JIKA DIDAPATI YB TIDAK BEKERJA, TUKAR YB". Persoalannya di sini, kepimpinan Abg Johari atau rakyat yang akan menukar YB ini.



Selepas PRU14, Barisan Nasional kalah teruk. Pada pendapat saya, kekalahan ini adalah kerana kesombongan dan keangkuhan di kalangan pemimpin UMNO. Aduan rakyat dijawab bagai melepas batuk di tangga malah lebih sadis di perli atau buat main seperti rakyat tidak mampu berbuat apa-apa. Mungkin mereka dah terbiasa hidup mewah.



12 Jun 2018. Semua komponen Parti Barisan Nasional Sarawak melangkah keluar dan membentuk pakatan baru iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS). Penjenamaan baru ini bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi rakyat Sarawak. Ada yang masih menolak dan ada yang suka dengar pekabaran ini.

Nama bertukar tetapi masih orang yang sama

Kalau sikap pemimpin tidak berubah. Silalah bersedia. Terima Kasih. Assalamualaikum.


Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.