اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

6 TEKNIK MENGGUNA MEDIA SOSIAL UNTUK BINA PERNIAGAAN

Selamat sejahtera penduduk langit dan bumi

Antara perkara yang menarik menggunakan sosial media untuk membangunkan perniagaan ialah, ianya percuma. Sosial media membenarkan kita untuk berkongsi maklumat walau di mana pun kita berada.

Boleh dikatakan anda tidak memerlukan laman web sendiri jika anda berjaya menggunakan sosial media. Tetapi, anda terikat dengan terma dan syarat yang dikenakan dalam sosial media.

Apakah keputusan yang boleh anda perolehi menggunakan sosial media?

  1. Boleh menjual produk/perkhidmatan anda secara lansung.
  2. Boleh membina komuniti pelanggan dan bakal pelanggan yang cenderung dengan produk/perkhidmatan anda.
  3. Boleh meningkatkan sasaran potensi pelanggan
  4. Boleh membantu anda untuk meningkatkan populariti jenama anda dengan 1 post yang viral.
  5. Membekal bakal pelanggan tanpa had


Jika anda mempunyai laman web sendiri, maka anda mempunyai peluang untuk meningkatkan trafik laman web anda sekaligus membantu perniagaan anda. Antara langkah-langkah yang anda boleh buat ialah:

Langkah 1 : Kenal pasti bakal pelanggan anda
Ini adalah langkah yang penting bagi memberi impak yang tinggi kepada perniagaan anda. Ini kerana apa yang akan anda paparkan di media sosial boleh menyasarkan pelanggan yang berpotensi tinggi. Maklumat tersebut hendaklah bersesuaian dengan pelanggan yang anda sasarkan.

Contohnya seperti berikut:

"Seorang ibu menjual resipi masakan berkhasiat. Fokus beliau adalah mengajar ibu-ibu untuk memasak makanan yang sihat dan bersih untuk diri mereka dan keluarga mereka"

Sasaran pasaran bukanlah wanita atau ibu kerana ianya terlalu besar skalanya.

Anda perlu membuat sasaran yang lebih terperinci. Contoh sasaran pasaran terperinci adalah seperti berikut:

"Suri rumah sepenuh masa, umur antara 25-45 tahun, Ibu yang mempunyai anak dan berminat untuk menyediakan masakan yang sihat untuk keluarga dan anak tetapi sukar kerana tidak tahu makanan jenis apakah yang perlu disediakan"

Pendekatan di sini ialah produk/perkhidmatan yang anda pasarkan mampu menyelesaikan masalah pelanggan anda.

Langkah 2 : Kenal pasti dimanakah mereka selalu berada
Jika anda ingin mendapatkan impak yang tinggi perniagaan anda dalam sosial media. Anda perlu membawa produk/perkhidmatan anda kepada pelanggan yang memberi maklum balas terhadap paparan maklumat produk/perkhidmatan anda. Ini bermakna, anda perlu meletakan maklumat perniagaan anda di tempat di mana pelanggan anda berada.

Jika difikirkan kembali mengenai sasaran pasaran anda. Maka anda perlu membuat beberapa pemerhatian lagi. Antara media sosial yang popular digunakan sekarang adalah seperti Facebook, Twitter, Instagram, Google+ dan Wechat. Anda boleh menggunakan tips-tips berikut untuk membuat pemerhatian:

  1. Syarikat yang menjual produk/perkhidmatan yang sama dengan anda. Analisa, ikut dan tambah baik.
  2. Ikuti komuniti, forum atau kumpuan. Anda boleh tanya secara langsung, di manakah mereka meluangkan masa mereka semasa mereka melayari internet.
  3. Semak statistik demografi bakal pelanggan. Anda sendiri boleh membina dan mendapatkan statistik ini melalui poll.


Langkah 3 : Penjenamaan
Ini adalah sesuatu yang penting kerana ianya akan menjadi identiti perniagaan anda secara total. Persoalan yang perlu anda lakukan untuk menyediakan jenama perniagaan anda ialah :

  1. Bagaimana anda dikenali melalui jenama?
  2. Apakah kepakaran anda?
  3. Apakah yang membuatkan perniagaan kamu berbeza?
  4. Mengapa bakal pelanggan anda perlu mengikuti perkembangan anda dan membeli dari anda?


Pilih jenis kepakaran anda dan topik yang anda akan bekalkan, sediakan misi dan visi. Antara yang paling penting adalah penyediaan logo yang akan membantu pelanggan anda mengenali perniagaan anda.

Anda perlu mengetengahkan jenama anda melalui, nama, gambar profil, gambar post, gambar banner, grafik artikel dan grafik media sosial.


Langkah 4 : Mengenai paparan maklumat anda
Sediakan maklumat untuk dipaparkan awal dari waktu terbitan. Ini memberi faedah kepada anda kerana ianya banyak menjimatkan masa anda.

Anda perlu berfikiran seperti mereka yang akan menjadi pelanggan anda. Bina hubungan dengan bakal pelanggan anda. Mereka munkin akan datang kembali ke paparan maklumat anda untuk memupuk kepercayaan terhadap produk/perkhidmatan anda. Kebiasaannya, pelanggan akan terus membuat belian jika mereka bersedia dan mereka merasakan produk/perkhidmatan anda adalah terbaik.

Jika anda mempunyai laman web sendiri. Anda boleh berhubung dengan bakal pelanggan anda sercara terus. Contohnya menggunakan "newsletter".

Konsep yang mudah dan perlu anda ingat. "Mereka akan membeli produk/perkhidmatan anda apabila mereka mendapat cukup maklumat, menyukai perniagaan anda dan wujud kepercayaan"

Pastikan paparan maklumat (Posting) anda membantu pelanggan anda bijak menggunakan produk/perkhidmatan anda. Antara isi kandungan paparan yang boleh anda sediakan ialah :

  1. Didikan - Tutorial, tips, bagaimana, latihan, berita semasa berkaitan.
  2. Berikan nilai - Berikan maklumat yang boleh mereka gunakan secara lansung.
  3. Teka teki - Maklumat yang membuat mereka berfikir seperti soalan dan kejayaan anda.
  4. Motivasi -Banyak orang suka maklumat seperti ini dan ianya mudah untuk dibuat.
  5. Insentif - Beri kelebihan kepada mereka yang mengikuti laman sosial anda seperti diskaun dan tawaran istimewa.

Langkah 5 : Jual dalam keadaan anda tidak menjual
80% adalah paparan yang bernilai dan 20% adalah promosi produk/perkhidmatan anda.

Penawaran anda mengenai cara menggunakan produk/perkhidmatan anda. Paparan maklumat adalah sesuatu yang memberi kecenderungan memerlukan produk/perkhidmatan anda sebagai alat untuk menyiapkan aktiviti seperti dalam paparan maklumat anda.

Memberi rasa ingin bersaing atau rasa persamaan dengan orang lain untuk memiliki produk/perkhidmatan anda. Anda boleh gunakan artis atau individu yang terkenal yang juga menggunakan produk/perkhidmatan anda.

Langkah 6 : Kuatkan potensi perniagaan anda
Antara strategi yang membantu menggandakan prestasi perniagaan anda adalah dengan meningkatkan pengikut laman sosial anda kepada pelanggan berita semasa perniagaan anda.

Anda perlu menyediakan data pelanggan dan bakal pelanggan anda secara sistematik, Melakukan aktiviti ASS (After Sales Service) dan menawarkan tetimoni menarik untuk dikongsikan. Pelanggan anda secara automatik anda menjadi duta produk/perkhidmatan anda.


RUMUSAN:
Terdapat banyak lagi strategi perniagaan menggunakan sosial media dan ianya memerlukan masa dan praktikal yang banyak untuk anda menguasai sepenuhnya. Bagi memudahkan anda yang mungkin tidak ada masa memikirkan dan melalukan semua itu. Jadilah rakan CBCpro. Di dalam CBCpro, anda akan dibantu dari pelbagai sudut dengan khidmat nasihat dan tawaran pengiklanan secara berterusan.







Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.