اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

6 TEKNIK PROMOSI EFEKTIF PERNIAGAAN ONLINE

Selamat sejahtera penduduk bumi dan penduduk langit

Terdapat banyak cara untuk mempromosikan perniagaan kita melalui online. Saya hanya menyenaraikan 6 teknik yang popular.

Teknik 1 : SEO (Search Engine Optimization)
Jadikan laman web anda mesra google dengan menyediakan isi kandungan web yang mudah dikenali oleh Google. Bekerja keras untuk menjadi laman web anda dipromosi oleh website lain. Dengan SEO yang ringkas. Perniagaan kecil anda boleh naik mencanak melalui enjin carian Google. Ianya akan membantu laman web anda mencapai trafik yang tinggi. 

Teknik 2 : Media Sosial
Sediakan saluran media sosial anda dan mula membina trafik dalam media sosial anda. Media sosial biasanya akan membantu sehingga 31% ke laman web anda atau isi kandungan perniagaan anda. Anda mampu mengembangkan jangkauan promosi anda kepada pengguna laman sosial tersebut sehingga beribu-ribu bakal pelanggan. Anda boleh membina profile di media sosial berikut:

  1. Twitter
  2. LinkedIn
  3. Facebook
  4. Instagram
  5. Google+
  6. Wechat
  7. Beetalk
  8. Line


Teknik 3 : Blogging
Dengan menggunakan blog. Anda boleh memperkenalkan perniagaan anda dengan lebih terperinci. Pendedahan mengenai  jenama anda dan produk/perkhidmatan anda. Dengan isi kandungan artikel yang ditulis boleh membantu bakal pengguna anda lebih teruja untuk menggunakan produk/perkhidmatan anda.

Teknik 4 : Pemasaran Email
Antara perkhidmatan pemasaran email yang anda boleh gunakan adalah Aweber ($19/sbln) atau Mad Mini yang memberi kelebihan percuma 100 langganan dan caj selepas 100 langganan adalah $10/sbln. Apa yang penting adalah email anda akan dikenalpasti sebagai email yang diminta oleh pelanggan dan bukan spam.

Teknik 5 : Daftarkan laman web anda ke laman web tempatan
Teknik ini adalah untuk perniagaan yang mempunyai premis sahaja. Antara laman popular yang anda boleh daftar adalah seperti Google My Business, Yahoo Local, Bing dan Yelp. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai perniagaan anda termasuk produk/perkhidmatan anda. Apa yang paling penting adalah, pelanggan dapat mengenal pasti reputasi perniagaan anda melalui undian (review) dari pelanggan sebelumnya. Ini memberi impak positif kepada perniagaan anda kerana mereka lebih yakin berurusan dengan anda.

Teknik 6 : Promosi referal (Affiliate)
Ianya amat mudah dan menggunakan kos yang rendah. Ianya akan membantu anda untuk menarik trafik ke laman web anda. Anda hanya perlu membayar mereka jika terdapat jualan sahaja. Kos promosi anda menjadi percuma kerana bantuan dari rakan-rakan referal anda. ShareASale dan AffilateWP adalah antara sistem referal yang mudah untuk di uruskan. Anda tidak perlu membuang masa untuk melantik ejen. Semuanya di uruskan oleh sistem.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.