اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DIY TEMPAT MAKANAN MINUMAN KUCING


Di dalam gambar adalah kucing jalanan yang singgah makan di balkoni rumah. Nama panggilan kucing ini adalah Genjok. Bukan Genjok sahaja kucing jalanan yang singgah makan kat sini. Tapi banyak lagi seperti Rambo, Lembir, Nabes dan banyak lagi.😸

Set yang bewarna hijau adalah tempat makanan kucing beserta tempat minuman nya dibuat secara DIY. Bahan² yang diperlukan untuk menyiapkan tempat tersebut ialah:😻

Bekas saiz 1'x1' (beli kat kedai haiwan)
Botol kosong 1.5L
Kontena 17cm x 12cm
Kabel tie
Hanger jenis besi
Hot Gum + Hot Gun

😽Ciri² DIY ini adalah air dan makanan 'self refill' dan bekas makanan dikelilingan air untuk elak semut ganggu makanan kucing. Kita tak perlu risau air berkurang kerana secara automatik air di isi sendiri oleh botol air yang disediakan. Makanan pula letak sekali gus tanpa perlu kita berulang kali beri kucing ketika kucing mengiyau. 😽

🙀Nak bagi kucing jalanan makan ni bukan mudah. Ada yang tak berani dengan manusia. Kaedah yang saya buat ni amat berkesan kalau nak bersedekah dengan kucing.🙀

😻Saya merancang untuk buat satu set lagi untuk diletakkan kat Medan Satok Kubah Ria. Tapi kena bincang dulu dengan tuan kedai yang saya kenal. Sebab bekas tu kena jaga juga utk memastikan ianya tidak kotor dan baik untuk kucing.😻

😿Sekarang ni saya tak ada kucing lagi. Saya bagi kucing jalanan je makan. Kucing terakhir yang saya miliki adalah bewarna oren yang bernama kacak dan cerdit. Saya ada anak kecil dan saya sendiri alahan dengan bulu kucing jantan. Itu lah sebabnya saya tak ada kucing sendiri.😿

😾Walaupun sekarang ini isu rabies kian mencemaskan. Itu bukan alasan kita untuk tidak menghormati makhluk berbulu ini yang punya jiwa dan roh. Anjing sekali pun kita kena hormat. 😾

🐩Kawasan kejiranan saya. Anjing penjaga rumah sini dan saya selalu beri makan. Anjing ni yang selalu sambut saya balik kerja. Tak boleh pegang tak apa tapi senyum kat anjing tu. Kekekekekekkekek😆

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.