اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ANAK SULUNG DAN IBU BAPA



Anak sulung saya kuat bermain. Sentiasa buat perkara yang membuatkan saya dan isteri marah. Saya juga anak sulung dan saya masih ingat bagaimana kenakalan saya dulu sehingga di ikat kat pokok kedondong. Saya buat salah tapi tak rasa bersalah. Itulah yang saya ingat.😂

Anak saya yang sulung ini pun saya fikir tak akan rasa bersalah tapi teruja sebab mendapat perhatian. Setiap kali dia buat salah saya akan hukum dengan kaedah menyendiri. Hukuman saya bukanlah dengan kaedah memukul atau merotan tetapi duduk di kerusi atau tilam kecil khas selama 30 minit paling kurang. Sebelah nya akan diletak telefon yang akan mengira masa. Lengkap 30 minit jam akan berdering. Bila saja berdering, anak saya tahu hukuman sudah tamat.😯

Kadang² kenakalan anak ini menyebabkan tangan kita automatik menyapa dengan kasar tubuh kecil mereka. Kaedah cubit adalah kaedah yang saya gunakan untuk mengurangkan aktiviti nakal mereka. Cubitan hanya boleh dibuat di bahagian kaki atau tangan sahaja.😇

Selesai mencubit, terus tatap muka mereka dengan mata bertentang mata dan cakap apakah kesalahan mereka sehingga saya marah sampai mencubit.😑

Impak lucu kaedah ini adalah suatu masa, anak sulung saya akan cakap dia marah kalau ada perkara yang dia minta saya tak dapat penuhi. Kalau nak gelak, jangan gelak kuat sangat.😅

Saya kongsi pengalaman ini kerana saya teringat dengan kisah silam saya. Ibu bapa di luar sana kalau baca posting saya ini. Ingatlah, anak kecil tak rasa bersalah kalau buat salah. Mereka akan terus meneroka perkara baru sehingga mereka tidak memerlukan kita lagi.😀
🏡

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.