COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

7 PERKARA PENUMPANG GRAB DAN UBER KENA TAHU

Grab + Uber = Graber


Semakin mudah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat sekarang dengan adanya kemudahan Graber. Bijak sungguh individu yang mencipta aplikasi ini. Berikut adalah Tips penumpang Grab dan Uber.


1. Buat tempahan di luar rumah/bangunan
Semasa membuat tempahan Graber pastikan anda berada di luar rumah atau bangunan bagi memastikan pin anda tepat di lokasi anda berada. Jika anda membuat tempahan semasa anda berada di dalam rumah atau dalam bangunan, maka kemungkinan pin pickup anda akan tersasar jauh. Ini akan menyebabkan Graber terkial-kial mencari anda. Anda akan panik jika anda mengejar masa dan terpaksa membuat penerangan secara terperinci kepada Graber lokasi anda melalui panggilan terus atau sms.

2. Buka waze/gps/google maps semasa ke destinasi
Ini khas untuk penumpang Graber yang tidak biasa dengan jalan-jalan yang akan dilalui untuk sampai ke destinasi dan jenis yang ingin sampai dengan pantas tanpa menempuh jem. Tips ini juga adalah untuk keselematan anda sebagai penumpang bagi memastikan pemandu betul-betul menuju ke lokasi yang anda kehendaki. Aplikasi ini dapat memberi maklumat lokasi anda, kelajuan kereta dan anggaran anda sampai ke lokasi.

3. Jangan batal tempahan saat-saat akhir
Antara perkara yang anda dapat jika membuat pembatalan tempahan saat-saat akhir adalah sumpah seranah dan denda tanpa anda tahu. Ya!! denda!. Jika anda membuat tempahan seterusnya, jangan terkejut jika caj anda tinggi dari biasa. Itu adalah kebenaran dan bukan teka teki terkial. Pastikan anda benar-benar memerlukan perkhidmatan Graber untuk membuat tempahan untuk kesenangan dan ketenangan semua pihak.

4. Perhatikan maklumat lengkap pemandu Graber anda
Semasa membuat tempahan, Terdapat maklumat pemandu Graber seperti nama pemandu dan nombor flat kereta. Ini memastikan anda tidak salah masuk ke dalam kereta. Perkara ini memang terjadi dan ini memberi masalah kepada kepada pemandu dan penumpang apabila destinasi yang dituju lain dari tempahan. Jangan main lompat masuk je. Bukan anda seorang yang menggunakan aplikasi ini. nemu nuan!!


5. Jangan makan/minum/merokok di dalam kereta
Ini tidak dilarang secara langsung tetapi perkara ini tidak sesuai dilakukan oleh pengguna Graber. Bau dan kebersihan adalah keutamaan pemandu Graber. Jaga kebersihan untuk penumpang seterusnya. Anda kena tahu bahawa pemandu Graber juga boleh memberi ranting kepada anda dan boleh membuat anduan mengenai tingkah laku anda kepada pihak pengurusan Graber. Jika anda didapati bersalah maka anda akan disenarai hitam dan anda tidak dapat menggunakan aplikasi itu lagi. Setakat nak minum air kosong takde masalah. Pastikan anda minum air yang bersih. Tempah penapis air Coway sekarang. Jimatkan masa anda kerana servis ini terus ke rumah anda. Alamak!!! teriklan la pulak. Klik butang dibawah ini untuk maklumat lebih terperinci.


6. Berhati-hati semasa membuka pintu kereta
.Semasa turun dari kenderaan. Berhati-hati semasa membuka pintu. Pandang trafik di belakang bagi memastikan keselamatan anda untuk turun dari kenderaaan selain memastikan pintu kereta tidak rabak akibat dilanggar kenderaan lain. Kalau rabak, maka menangis lah anda membayar ganti rugi.

7. Duduk di belakang sebelah kiri
Jika anda tidak berasa selamat untuk naik kenderaan bersama pemandu Graber. Pemandu Graber tidak boleh memaksa anda untuk duduk di hadapan atau belakang. Jika anda dipaksa, maka anda boleh membuat aduan kepada pihak pengurusan Graber. Anda dinasihatkan untuk duduk di belakang sebelah kiri untuk memastikan anda dapat melihat aktiviti pemandu Graber dan memberi anda ruang untuk bertindak jika terdapat aktiviti yang mencurigakan.

Tips bonus:
Jika anda berasa cemburu dengan pendapatan Graber. Apa tunggu lagi. Jadilah pemandu Graber hari ini. Anda boleh pilih Grab atau Uber. Klink butang di bawah ini untuk bantuan pendaftaran sebagai pemandu Grab atau Uber.

Reactions:

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.