COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

7 PERKARA YANG ANDA PERLU SURVEY DI RESTORAN

Jika anda sebagai pelanggan, apakah perkara yang paling penting dalam restoran untuk anda datang kembali sebagai pelanggan tetap? dan sebagai pengusaha restoran, adakah anda mengenalpasti perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian supaya restoran anda dapat bertahan lebih lama?


Nak berjaya dalam perniagaan restoran masih mudah berbanding dengan mengekalkan kejayaan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu di ambil peduli :

1. Konsep
Terdapat banyak konsep restoran yang kita boleh lihat di sekitar bandaraya dan antaranya adalah vintage, santai, muzik jazz, bamboo dan sebagainya. Sejauh manakah konsep ini memberi impak kepada restoran. Konsep restoran sebenarnya memberi impak mood untuk bersantai. Warna, lampu dan susunan perabut adalah penting untuk membentuk konsep restoran. Adakah anda nak makan kat restoran anda masuk wangi dan keluar restoran bau ayam?

2. Layanan
Perkara ini adalah paling penting antara yang terpenting. Pantang larang dalam dunia restoran adalah pelanggan terlalu lama menunggu untuk dilayan. Kalau pelanggan menghadapi masalah ini berulang kali maka restoran akan di cop sebagai restoran neraka. Cerita tentang layanan restoran automatik akan bergerak dari mulut ke mulut. Kesedapan makanan tidak mampu untuk menyejukkan hati yang panas kalau layanan tidak pantas. Adakah anda suka layanan yang pantas dan mesra?

3. Kebersihan
Perkara ini kena tengok dari pelbagai sudut terutamanya penyediaan makanan dan minuman. Restoran kena tunjukkan SOP kebersihan dan kualiti penyediaan makanan dan minuman. Adakah anda yakin makanan dan minuman anda benar-benar bersih? Soalan susah dijawab kan? bagaimana kalau pengusaha restoran menggunakan alatan yang bersih dan terjamin. Contohnya penapis air dan penapis udara Coway. Penapis air dari pili utama sehingga penyediaan air panas dan air sejuk. Coway adalah produk yang diyakini dan memberi kekerapan perkhidmatan yang optimum dalam memastikan pengeluaran air yang benar-benar bersih. Maklumat lanjut mengenai produk Coway boleh klik butang di bawah. Jimatkan masa anda untuk mendapat produk dan perkhidmatan Coway.



4. Harga vs kualiti
Harga makanan murah dan sedap, mahal dan sedap, mahal dan tak sedap serta murah dan tak sedap. Mana satu pilihan anda?. Penilaian harga makanan adalah bergantung kepada kos yang terpaksa di tanggung kepada pemilik restoran dan bukan sebab sedap atau tak sedap. Tetapi kadang-kadang pengusaha restoran bayar sewa ciput tetapi harga makanan bagai hotel lima bintang. Bagaimana penilaian anda?. Anda berhak membuat pilihan sebagai pengguna. Pengusaha restoran kena tahu nilai harga makanan yang sesuai dengan kos yang ditanggung dengan mengikut SOP tertentu.

5. Kemudahan letak kenderaan
Kalau nak pergi restoran tetapi kena parking jauh bagaimana? Nak pegi ke tak? Ini mungkin tidak berapa penting tetapi memberi impak kepada jumlah pengunjung yang datang ke restoran. Analisis lokaliti harus dilakukan untuk memastikan jumlah pengunjung datang secara optimum.

6. Tandas
Lambang kepada amalan kebersihan yang di amalkan di restoran. Jika tandas kotor maka pemilik restoran tidak mementingkan kebersihan dan pendapatan anda bagaimana pemilik restoran menitik berat mengenai penyediaan makanan yang bersih? Bayangkan anda dalam keadaan lapar dan makan sahaja apa yang di tempah. Makanan yang disediakan menggunakan tangan tanpa dicuci. Soalah yang ringkas. Adakah anda nak makan kat restoran yang pengotor?

7. Lokaliti
Kalau jarak restoran dekat maka ini akan menarik minat pengunjung untuk berkunjung. Populasi penduduk sekitar memberi impak kepada jumlah pengunjung yang berkunjung. Kebiasaannya anda datang ke restoran yang dekat dengan anda atau jauh? Kebanyakkan rakyat Malaysia sanggup bergerak jauh untuk mendapat makanan yang sedap, berpatutan dan layanan yang baik. Kalau restoran dekat dan layanan tip top agak-agak nak pegi ke restoran jauh tak?

7 PERKARA PENUMPANG GRAB DAN UBER KENA TAHU

Grab + Uber = Graber

Semakin mudah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat sekarang dengan adanya kemudahan Graber. Bijak sungguh individu yang mencipta aplikasi ini. Berikut adalah Tips penumpang Grab dan Uber.


1. Buat tempahan di luar rumah/bangunan
Semasa membuat tempahan Graber pastikan anda berada di luar rumah atau bangunan bagi memastikan pin anda tepat di lokasi anda berada. Jika anda membuat tempahan semasa anda berada di dalam rumah atau dalam bangunan, maka kemungkinan pin pickup anda akan tersasar jauh. Ini akan menyebabkan Graber terkial-kial mencari anda. Anda akan panik jika anda mengejar masa dan terpaksa membuat penerangan secara terperinci kepada Graber lokasi anda melalui panggilan terus atau sms.

2. Buka waze/gps/google maps semasa ke destinasi
Ini khas untuk penumpang Graber yang tidak biasa dengan jalan-jalan yang akan dilalui untuk sampai ke destinasi dan jenis yang ingin sampai dengan pantas tanpa menempuh jem. Tips ini juga adalah untuk keselematan anda sebagai penumpang bagi memastikan pemandu betul-betul menuju ke lokasi yang anda kehendaki. Aplikasi ini dapat memberi maklumat lokasi anda, kelajuan kereta dan anggaran anda sampai ke lokasi.

3. Jangan batal tempahan saat-saat akhir
Antara perkara yang anda dapat jika membuat pembatalan tempahan saat-saat akhir adalah sumpah seranah dan denda tanpa anda tahu. Ya!! denda!. Jika anda membuat tempahan seterusnya, jangan terkejut jika caj anda tinggi dari biasa. Itu adalah kebenaran dan bukan teka teki terkial. Pastikan anda benar-benar memerlukan perkhidmatan Graber untuk membuat tempahan untuk kesenangan dan ketenangan semua pihak.

4. Perhatikan maklumat lengkap pemandu Graber anda
Semasa membuat tempahan, Terdapat maklumat pemandu Graber seperti nama pemandu dan nombor flat kereta. Ini memastikan anda tidak salah masuk ke dalam kereta. Perkara ini memang terjadi dan ini memberi masalah kepada kepada pemandu dan penumpang apabila destinasi yang dituju lain dari tempahan. Jangan main lompat masuk je. Bukan anda seorang yang menggunakan aplikasi ini. nemu nuan!!


5. Jangan makan/minum/merokok di dalam kereta
Ini tidak dilarang secara langsung tetapi perkara ini tidak sesuai dilakukan oleh pengguna Graber. Bau dan kebersihan adalah keutamaan pemandu Graber. Jaga kebersihan untuk penumpang seterusnya. Anda kena tahu bahawa pemandu Graber juga boleh memberi ranting kepada anda dan boleh membuat anduan mengenai tingkah laku anda kepada pihak pengurusan Graber. Jika anda didapati bersalah maka anda akan disenarai hitam dan anda tidak dapat menggunakan aplikasi itu lagi. Setakat nak minum air kosong takde masalah. Pastikan anda minum air yang bersih. Tempah penapis air Coway sekarang. Jimatkan masa anda kerana servis ini terus ke rumah anda. Alamak!!! teriklan la pulak. Klik butang dibawah ini untuk maklumat lebih terperinci.


6. Berhati-hati semasa membuka pintu kereta
.Semasa turun dari kenderaan. Berhati-hati semasa membuka pintu. Pandang trafik di belakang bagi memastikan keselamatan anda untuk turun dari kenderaaan selain memastikan pintu kereta tidak rabak akibat dilanggar kenderaan lain. Kalau rabak, maka menangis lah anda membayar ganti rugi.

7. Duduk di belakang sebelah kiri
Jika anda tidak berasa selamat untuk naik kenderaan bersama pemandu Graber. Pemandu Graber tidak boleh memaksa anda untuk duduk di hadapan atau belakang. Jika anda dipaksa, maka anda boleh membuat aduan kepada pihak pengurusan Graber. Anda dinasihatkan untuk duduk di belakang sebelah kiri untuk memastikan anda dapat melihat aktiviti pemandu Graber dan memberi anda ruang untuk bertindak jika terdapat aktiviti yang mencurigakan.

Tips bonus:
Jika anda berasa cemburu dengan pendapatan Graber. Apa tunggu lagi. Jadilah pemandu Graber hari ini. Anda boleh pilih Grab atau Uber. Klink butang di bawah ini untuk bantuan pendaftaran sebagai pemandu Grab atau Uber.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.