COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DIY TEMPAT MAKANAN MINUMAN KUCING


Di dalam gambar adalah kucing jalanan yang singgah makan di balkoni rumah. Nama panggilan kucing ini adalah Genjok. Bukan Genjok sahaja kucing jalanan yang singgah makan kat sini. Tapi banyak lagi seperti Rambo, Lembir, Nabes dan banyak lagi.😸

Set yang bewarna hijau adalah tempat makanan kucing beserta tempat minuman nya dibuat secara DIY. Bahan² yang diperlukan untuk menyiapkan tempat tersebut ialah:😻

Bekas saiz 1'x1' (beli kat kedai haiwan)
Botol kosong 1.5L
Kontena 17cm x 12cm
Kabel tie
Hanger jenis besi
Hot Gum + Hot Gun

😽Ciri² DIY ini adalah air dan makanan 'self refill' dan bekas makanan dikelilingan air untuk elak semut ganggu makanan kucing. Kita tak perlu risau air berkurang kerana secara automatik air di isi sendiri oleh botol air yang disediakan. Makanan pula letak sekali gus tanpa perlu kita berulang kali beri kucing ketika kucing mengiyau. 😽

🙀Nak bagi kucing jalanan makan ni bukan mudah. Ada yang tak berani dengan manusia. Kaedah yang saya buat ni amat berkesan kalau nak bersedekah dengan kucing.🙀

😻Saya merancang untuk buat satu set lagi untuk diletakkan kat Medan Satok Kubah Ria. Tapi kena bincang dulu dengan tuan kedai yang saya kenal. Sebab bekas tu kena jaga juga utk memastikan ianya tidak kotor dan baik untuk kucing.😻

😿Sekarang ni saya tak ada kucing lagi. Saya bagi kucing jalanan je makan. Kucing terakhir yang saya miliki adalah bewarna oren yang bernama kacak dan cerdit. Saya ada anak kecil dan saya sendiri alahan dengan bulu kucing jantan. Itu lah sebabnya saya tak ada kucing sendiri.😿

😾Walaupun sekarang ini isu rabies kian mencemaskan. Itu bukan alasan kita untuk tidak menghormati makhluk berbulu ini yang punya jiwa dan roh. Anjing sekali pun kita kena hormat. 😾

🐩Kawasan kejiranan saya. Anjing penjaga rumah sini dan saya selalu beri makan. Anjing ni yang selalu sambut saya balik kerja. Tak boleh pegang tak apa tapi senyum kat anjing tu. Kekekekekekkekek😆

SUBSCRIBE/LANGGAN IPTV



APA ITU IPTV?
iptv ialah aplikasi yang memaparkan pelbagai saluran yang ada di Malaysia dan luar negara


ADAKAH ANDA SUDAH MEMPUNYAI IPTV??

KALAU SUDAH ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI UNTUK LANGGANAN
KOS LANGGANAN ADALAH SEPERTI BERKUT

3 BULAN = RM130.00
6 BULAN = RM180.00
12 BULAN = RM300.00


SAYA BELUM DAN NAK PASANG. MACAM MANA?

Syarat untuk mengguna IPTV adalah anda KENALAH PASANG DULU
INTERNET YANG TAK ADA KUOTA atau  UNLIMITED INTERNET

Setakat hari ini hanya Telekom Malaysia yang menawarkan pakej intenet tanpa kuota (unlimited)


NAK PASANG UNIFI ATAU STREAMY?
KLIK BUTANG BAWAH UNTUK PEMASANGAN



DAH PASANG 
INTERNET TANPA KUOTA @ UNLIMITED DATA?

Kos pemasangan iPTV bergantung kepada keperluan pelanggan. Ada dua kos pemasangan. Install di dalam android box pelanggan RM350 atau beli android box baru RM480

Pegawai khas pemasangan akan melakukan tugasan ini.

KALAU DAH PASANG internet tanpa kuota. ANDA BOLEH ISI BORANG BAWAH INI UNTUK TEMPAHAN 
PEMASANGAN IPTV atau MEMBUAT LANGGANAN BULANAN






ANAK SULUNG DAN IBU BAPA



Anak sulung saya kuat bermain. Sentiasa buat perkara yang membuatkan saya dan isteri marah. Saya juga anak sulung dan saya masih ingat bagaimana kenakalan saya dulu sehingga di ikat kat pokok kedondong. Saya buat salah tapi tak rasa bersalah. Itulah yang saya ingat.😂

Anak saya yang sulung ini pun saya fikir tak akan rasa bersalah tapi teruja sebab mendapat perhatian. Setiap kali dia buat salah saya akan hukum dengan kaedah menyendiri. Hukuman saya bukanlah dengan kaedah memukul atau merotan tetapi duduk di kerusi atau tilam kecil khas selama 30 minit paling kurang. Sebelah nya akan diletak telefon yang akan mengira masa. Lengkap 30 minit jam akan berdering. Bila saja berdering, anak saya tahu hukuman sudah tamat.😯

Kadang² kenakalan anak ini menyebabkan tangan kita automatik menyapa dengan kasar tubuh kecil mereka. Kaedah cubit adalah kaedah yang saya gunakan untuk mengurangkan aktiviti nakal mereka. Cubitan hanya boleh dibuat di bahagian kaki atau tangan sahaja.😇

Selesai mencubit, terus tatap muka mereka dengan mata bertentang mata dan cakap apakah kesalahan mereka sehingga saya marah sampai mencubit.😑

Impak lucu kaedah ini adalah suatu masa, anak sulung saya akan cakap dia marah kalau ada perkara yang dia minta saya tak dapat penuhi. Kalau nak gelak, jangan gelak kuat sangat.😅

Saya kongsi pengalaman ini kerana saya teringat dengan kisah silam saya. Ibu bapa di luar sana kalau baca posting saya ini. Ingatlah, anak kecil tak rasa bersalah kalau buat salah. Mereka akan terus meneroka perkara baru sehingga mereka tidak memerlukan kita lagi.😀
🏡

IKHTIAR KEHAMILAN DENGAN ZAT-ZAT PENTING UNTUK HAMIL

PERNAH IKHTIAR KEHAMILAN?

Memang sakit telinga dan hati apabila saudara-mara mengata kita!
Sedih sebab belum ada cahaya mata!
Usaha adalah jalan yang terbaik untuk menangkis kesedihan

HAI SANG SUAMI. BERTINDAKLAH.

Pelbagai cara untuk ikhtiar kehamilan. Hidup, mati, jodoh dan pertemuan adalah takdir. Ia merupakan rahsia tuhan. Tiada siapa mengetahui apa yang berada di hadapan kita. Antara Ikhtiar kehamilan adalah urutan, menggunakan pil kesuburan dan pelbagai lagi teknik yang boleh di cuba.

DENGAN HARGA RM100.00 SAHAJA

APA YANG ANDA DAPAT?

Memperkenalkan Herba Maharani yang mempunyai pelbagai khasiat. Antara kebaikkan nya adalah seperti berikut :
  1. Melegakan masalah wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
  2. Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)
  3. Melegakan sakit pinggang dan belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
  4. Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita
  5. Awet muda, menegang dan memberi keanjalan kulit
  6. Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme
Kesan pengambilan Herba Maharani adalah seperti berikut :

  1. Menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid dan mengawal keputihan.
  2. Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid.
  3. Menyelaras rembesan endokrin dan sistem pembiakan wanita.
  4. Menguatkan tenaga dan stamina.




ANDA BOLEH BUAT TEMPAHAN DENGAN MENGISI BORANG DI BAWAH



PERMOHONAN PRODUK TELEKOM MALAYSIA TM DI SARAWAK

INGINKAN INTERNET KELAJUAN LAJU?
INGINKAN INTERNET TANPA HAD?

KAMI BOLEH BANTU ANDA UNTUK MENDAFTAR PEMASANGAN
STREAMYX, UNIFI ATAU WEBE

ANDA JUGA BOLEH BERHUBUNG DENGAN KAMI BAGI SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI PRODUK STREAMYX, UNIFI ATAU WEBE

RINGKASAN PAKEJ KLIK SINI

NAK TAHU LOKASI ANDA SUDAH ADA UNIFI, STREAMYX ATAU WEBE?

ISI BORANG DI BAWAH INI DAN KAMI AKAN HUBUNGI ANDA


COWAY SARAWAK

PREVIEW PRODUK


BANYAK JENAMA DI PASARAN?
MENGAPA COWAY?

15 SEBAB adalah:
Coway adalah Jenama no 1 sejak tahun 1989
4.9 juta pelanggan di Korea atau 45% dalam pasaran
Mendapat pensijilan dan pengiktirafan antarabangsa
Pemenang anugerah sistem elektronik dan perkhidmatan terbaik
Memiliki pusat R&D di Seoul National University
Produk dan perkhidmatan yang diyakini dan dipercayai
57,000 kaki persegi kilang terbesar penapis air dunia
Satu-satunya syarikat yang memenuhi syarat RoHS Malaysia
Syarikat pertama mencipta dan membina Reverse Osmosis Membrane
Lebih 11 tahun berada di Malaysia
Alat ganti adalah dari Coway sendiri
Memiliki sijil halal seluruh Malaysia
Penapis adalah buatan Coway sendiri
Rasa air yang berbeza dari produk lain
Kualiti tapisan adalah teknologi terkini


ANTARA JUTAAN TESTIMONI


BERAPA HARGA SEWA BELI ATAU TUNAI?

Harga adalah jauh lebih murah berbanding kualiti yang diberikan. Adakah anda ingin memberi yang terbaik kepada keluarga anda? Jawapan nya pada anda sendiri. Terdapat banyak senarai produk Coway. Pihak kami akan memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda berdasarkan keperluan anda dan kewangan anda. Kami menyediakan Sewa beli dan belian tunai.

Senarai produk terhangat adalah seperti berikut :



MENGAPA BELI DENGAN KAMI?

Pihak kami sudah mengurus beribu orang pelanggan
Kami adalah Health Planner (HP) Coway yang berlesen
Laman web ini sudah dikenali ramai sejak 2009
Pihak kami memberi respon yang terbaik jika anda menghadapi masalah
Kami adalah anak Jati Sarawak


BAGAIMANA NAK BUAT BELIAN?

Isi borang di bawah ini. Pihak kami akan menghubungi anda dengan kadar segera.
Jimatkan masa anda | Jimatkan petrol anda | Set temujanji | duduk dan rehat

....









SISTEM RELOAD SAHABAT



DAFTAR PUN DAH UNTUNG
________________________
ISI BORANG DI BAWAH UNTUK PRA-PENDAFTARAN
________________________





SEBAB MENGAPA ANDA HARUS SERTAI KAMI
Marjin KEUNTUNGAN optimum bergantung kepada telco -UNTUNG
MULTI reload telco -UNTUNG
kos internet menjadi ALIRAN PENDAPATAN -UNTUNG
MULTI SISTEM reload iaitu ANDROID APPS, wechat, browers dan sms -UNTUNG
PERCUMA Auto sistem LAPORAN TRANSAKSI JUAL BELI -UNTUNG
PERCRUMA kemudahan pembayaran bill -UNTUNG
Pengeluaran E-Wallet MENGHASILKAN UNTUNG -UNTUNG

YURAN PENDAFTARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
RM50 SAHAJA

PROMOSI
RM15 Terhad Untuk 20 orang yang pertama 
Pendaftaran ke 21 hingga 100 adalah RM30
Pendaftaran ke101 hingga 500 adalah RM40
Pendaftaran ke 501 dan seterusnya RM50


________________________
ISI BORANG DI BAWAH UNTUK PRA-PENDAFTARAN
________________________














7 PERKARA YANG ANDA PERLU SURVEY DI RESTORAN

Jika anda sebagai pelanggan, apakah perkara yang paling penting dalam restoran untuk anda datang kembali sebagai pelanggan tetap? dan sebagai pengusaha restoran, adakah anda mengenalpasti perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian supaya restoran anda dapat bertahan lebih lama?


Nak berjaya dalam perniagaan restoran masih mudah berbanding dengan mengekalkan kejayaan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu di ambil peduli :

1. Konsep
Terdapat banyak konsep restoran yang kita boleh lihat di sekitar bandaraya dan antaranya adalah vintage, santai, muzik jazz, bamboo dan sebagainya. Sejauh manakah konsep ini memberi impak kepada restoran. Konsep restoran sebenarnya memberi impak mood untuk bersantai. Warna, lampu dan susunan perabut adalah penting untuk membentuk konsep restoran. Adakah anda nak makan kat restoran anda masuk wangi dan keluar restoran bau ayam?

2. Layanan
Perkara ini adalah paling penting antara yang terpenting. Pantang larang dalam dunia restoran adalah pelanggan terlalu lama menunggu untuk dilayan. Kalau pelanggan menghadapi masalah ini berulang kali maka restoran akan di cop sebagai restoran neraka. Cerita tentang layanan restoran automatik akan bergerak dari mulut ke mulut. Kesedapan makanan tidak mampu untuk menyejukkan hati yang panas kalau layanan tidak pantas. Adakah anda suka layanan yang pantas dan mesra?

3. Kebersihan
Perkara ini kena tengok dari pelbagai sudut terutamanya penyediaan makanan dan minuman. Restoran kena tunjukkan SOP kebersihan dan kualiti penyediaan makanan dan minuman. Adakah anda yakin makanan dan minuman anda benar-benar bersih? Soalan susah dijawab kan? bagaimana kalau pengusaha restoran menggunakan alatan yang bersih dan terjamin. Contohnya penapis air dan penapis udara Coway. Penapis air dari pili utama sehingga penyediaan air panas dan air sejuk. Coway adalah produk yang diyakini dan memberi kekerapan perkhidmatan yang optimum dalam memastikan pengeluaran air yang benar-benar bersih. Maklumat lanjut mengenai produk Coway boleh klik butang di bawah. Jimatkan masa anda untuk mendapat produk dan perkhidmatan Coway.



4. Harga vs kualiti
Harga makanan murah dan sedap, mahal dan sedap, mahal dan tak sedap serta murah dan tak sedap. Mana satu pilihan anda?. Penilaian harga makanan adalah bergantung kepada kos yang terpaksa di tanggung kepada pemilik restoran dan bukan sebab sedap atau tak sedap. Tetapi kadang-kadang pengusaha restoran bayar sewa ciput tetapi harga makanan bagai hotel lima bintang. Bagaimana penilaian anda?. Anda berhak membuat pilihan sebagai pengguna. Pengusaha restoran kena tahu nilai harga makanan yang sesuai dengan kos yang ditanggung dengan mengikut SOP tertentu.

5. Kemudahan letak kenderaan
Kalau nak pergi restoran tetapi kena parking jauh bagaimana? Nak pegi ke tak? Ini mungkin tidak berapa penting tetapi memberi impak kepada jumlah pengunjung yang datang ke restoran. Analisis lokaliti harus dilakukan untuk memastikan jumlah pengunjung datang secara optimum.

6. Tandas
Lambang kepada amalan kebersihan yang di amalkan di restoran. Jika tandas kotor maka pemilik restoran tidak mementingkan kebersihan dan pendapatan anda bagaimana pemilik restoran menitik berat mengenai penyediaan makanan yang bersih? Bayangkan anda dalam keadaan lapar dan makan sahaja apa yang di tempah. Makanan yang disediakan menggunakan tangan tanpa dicuci. Soalah yang ringkas. Adakah anda nak makan kat restoran yang pengotor?

7. Lokaliti
Kalau jarak restoran dekat maka ini akan menarik minat pengunjung untuk berkunjung. Populasi penduduk sekitar memberi impak kepada jumlah pengunjung yang berkunjung. Kebiasaannya anda datang ke restoran yang dekat dengan anda atau jauh? Kebanyakkan rakyat Malaysia sanggup bergerak jauh untuk mendapat makanan yang sedap, berpatutan dan layanan yang baik. Kalau restoran dekat dan layanan tip top agak-agak nak pegi ke restoran jauh tak?

7 PERKARA PENUMPANG GRAB DAN UBER KENA TAHU

Grab + Uber = Graber

Semakin mudah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat sekarang dengan adanya kemudahan Graber. Bijak sungguh individu yang mencipta aplikasi ini. Berikut adalah Tips penumpang Grab dan Uber.


1. Buat tempahan di luar rumah/bangunan
Semasa membuat tempahan Graber pastikan anda berada di luar rumah atau bangunan bagi memastikan pin anda tepat di lokasi anda berada. Jika anda membuat tempahan semasa anda berada di dalam rumah atau dalam bangunan, maka kemungkinan pin pickup anda akan tersasar jauh. Ini akan menyebabkan Graber terkial-kial mencari anda. Anda akan panik jika anda mengejar masa dan terpaksa membuat penerangan secara terperinci kepada Graber lokasi anda melalui panggilan terus atau sms.

2. Buka waze/gps/google maps semasa ke destinasi
Ini khas untuk penumpang Graber yang tidak biasa dengan jalan-jalan yang akan dilalui untuk sampai ke destinasi dan jenis yang ingin sampai dengan pantas tanpa menempuh jem. Tips ini juga adalah untuk keselematan anda sebagai penumpang bagi memastikan pemandu betul-betul menuju ke lokasi yang anda kehendaki. Aplikasi ini dapat memberi maklumat lokasi anda, kelajuan kereta dan anggaran anda sampai ke lokasi.

3. Jangan batal tempahan saat-saat akhir
Antara perkara yang anda dapat jika membuat pembatalan tempahan saat-saat akhir adalah sumpah seranah dan denda tanpa anda tahu. Ya!! denda!. Jika anda membuat tempahan seterusnya, jangan terkejut jika caj anda tinggi dari biasa. Itu adalah kebenaran dan bukan teka teki terkial. Pastikan anda benar-benar memerlukan perkhidmatan Graber untuk membuat tempahan untuk kesenangan dan ketenangan semua pihak.

4. Perhatikan maklumat lengkap pemandu Graber anda
Semasa membuat tempahan, Terdapat maklumat pemandu Graber seperti nama pemandu dan nombor flat kereta. Ini memastikan anda tidak salah masuk ke dalam kereta. Perkara ini memang terjadi dan ini memberi masalah kepada kepada pemandu dan penumpang apabila destinasi yang dituju lain dari tempahan. Jangan main lompat masuk je. Bukan anda seorang yang menggunakan aplikasi ini. nemu nuan!!


5. Jangan makan/minum/merokok di dalam kereta
Ini tidak dilarang secara langsung tetapi perkara ini tidak sesuai dilakukan oleh pengguna Graber. Bau dan kebersihan adalah keutamaan pemandu Graber. Jaga kebersihan untuk penumpang seterusnya. Anda kena tahu bahawa pemandu Graber juga boleh memberi ranting kepada anda dan boleh membuat anduan mengenai tingkah laku anda kepada pihak pengurusan Graber. Jika anda didapati bersalah maka anda akan disenarai hitam dan anda tidak dapat menggunakan aplikasi itu lagi. Setakat nak minum air kosong takde masalah. Pastikan anda minum air yang bersih. Tempah penapis air Coway sekarang. Jimatkan masa anda kerana servis ini terus ke rumah anda. Alamak!!! teriklan la pulak. Klik butang dibawah ini untuk maklumat lebih terperinci.


6. Berhati-hati semasa membuka pintu kereta
.Semasa turun dari kenderaan. Berhati-hati semasa membuka pintu. Pandang trafik di belakang bagi memastikan keselamatan anda untuk turun dari kenderaaan selain memastikan pintu kereta tidak rabak akibat dilanggar kenderaan lain. Kalau rabak, maka menangis lah anda membayar ganti rugi.

7. Duduk di belakang sebelah kiri
Jika anda tidak berasa selamat untuk naik kenderaan bersama pemandu Graber. Pemandu Graber tidak boleh memaksa anda untuk duduk di hadapan atau belakang. Jika anda dipaksa, maka anda boleh membuat aduan kepada pihak pengurusan Graber. Anda dinasihatkan untuk duduk di belakang sebelah kiri untuk memastikan anda dapat melihat aktiviti pemandu Graber dan memberi anda ruang untuk bertindak jika terdapat aktiviti yang mencurigakan.

Tips bonus:
Jika anda berasa cemburu dengan pendapatan Graber. Apa tunggu lagi. Jadilah pemandu Graber hari ini. Anda boleh pilih Grab atau Uber. Klink butang di bawah ini untuk bantuan pendaftaran sebagai pemandu Grab atau Uber.

INFO BOOTH SALES SELURUH SARAWAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca beloya2u.com dan warga Sarawak. Artikel tok update pasal peluang dan ruang untuk usahawan berdagang di Sarawak.

Puan Fazalina menguruskan event dan booth di sekitar Kuching. Ini membuka peluang kepada usahawan untuk terlibat sama. Banyak event yang dah berjalan dan banyak lagi pada masa hadapan. Jangan malu dan segan untuk terlibat. Terbuka kepada semua Usahawan di seluruh Malaysia.

Jika tuan/puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Tuan/puang boleh terus klik link di bawah untuk "join group whatsapp" yang disediakan.

Di dalam group whatsapp anda boleh menerima kemaskini dari masa ke semasa aktiviti jualan di sekitar Kuching yang juga akan dikemaskini oleh Puan Fazalina sendiri.


Link group whatsapp : 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.