COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

CARI ISTERI BARU SEBAB ASYIK LAHIRKAN ANAK PEREMPUAN!! BIADAP!!

Macam-macam kisah masyarakat yang kita boleh jadikan tauladan. Kadang terfikir perkara ini yang tak masuk akal ini terjadi adalah kerana mereka sombong untuk menuntut ilmu. Membiarkan sikap bodoh untuk menjalankan kehidupan.

Berbalik kepada tajuk di atas. Cerita ini dikongsikan oleh Doktor Azlindarita Aisyah yang mempunyai pengalamannya menemui lelaki yang tidak mempunyai naluri hati perut. Masakan tidak kerana ketika isterinya baru bersalin. Hanya tidak mendapat anak lelaki yang di inginkan, lelaki ini sanggup menyakiti hati si isteri dengan kata-kata yang tidak masuk akal.

Selepas tamat pengajian pada 2004, saya menghabiskan housemanship (internship) saya dalam Jabatan Perubatan dan Pembedahan di Ireland. Pulang ke Malaysia, saya menyambung housemanship selama 4 bulan dalam bidang pembidanan dan sakit puan. 4 bulan yang penuh pengalaman yang sukar dilupakan.

Ada satu pengalaman yang betul-betul membuat saya marah. Seorang wanita, bersabung nyawa melahirkan anak ke tiga dengan suami di sisi. Sempat suaminya berkata dengan saya.

"Harap-harap dapat anak lelaki. Sebelum ini dan 2 orang perempuan."

Saya hanya senyum, dalam kesibukan membantu ibu muda itu. Dalam hati saya, apa yang penting ketika itu adalah nyawa ibu dan bayi itu.

Sebaik sahaja bayi comel itu lahir, saya dan jururawat bertugas mengucapkan syukur Alhamdulillah. Terlihat wajah gembira dan lega dapa si ibu.

Berbeza dengan si bapa, apabila melihat anaknya perempuan. Takkan saya lupakan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

Katanya, "Terpaksa cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki," sambil tersenyum kelat.

Tiada ucapan terima kasih untuk si isteri yang baru sahaja menanggung kesakitan melahirkan zuriatnya. Tiada kucupan tanda kasih sayang buat si isteri. Yang ada hanya kata-kata yang pastinya menyinggung hati pasangannya.

Saya tidak dapat menyembunyikan wajah marah saya. Saya pandang si ibu muda yang masih keletihan, sedang dibersihkan oleh jururawat selepas uri dikeluarkan. Dia cuba tersenyum kepada saya, seolah berkata "tak mengapa, doktor".

Saya keluar dari bilik tersebut secepat mungkin sebelum saya berkata sesuatu yang saya kesali kemudian hari.

Mungkin si suami itu tidak tahu atau kurang bijak. Dia tidak mengetahui bahawa KROMOSOM X DAN Y DARI NYA YANG MENENTUKAN JANTINA ANAK. Bukan salah si isteri anaknya semua perempuan. 

Sebagai seorang yang beriman, kita wajib meyakini itu semua qadha dan qhada Allah. Sikap seperti ini adalah sikap Jahiliah yang di murka Allah. Ingatlah bahawa Allah mengetahui yang terbaik untuk kita dan tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu hadapinya. Bersangka baiklah.

sumber : BT

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.