COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

GUNA SEMULA BOTOL PLASTIK SECARA KREATIF

Botol plastik boleh digunakan semula dengan melakukan beberapa pengubahsuaian yang mudah. Tonton video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut lebih lanjut.





MENGHADAPI ANAK TERKENA GANGGUAN JIN?

Seperti tajuk artikal di atas. Saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri. Apabila melalui saat-saat anak diganggu jin bukan lah perkara mudah. Ianya boleh memberi impak kepada nyawa dan kesan jangka panjang. Akibat dari pengalaman saya sendiri saya mendapat ilmu dari pengalaman orang lain.

Berikut saya senaraikan tanda-tanda kanak-kanak terkena gangguan jin yang saya edit sikit berdasarkan pengalaman saya dari rakan penulis yang lain :
  1. Panas badan tidak sama rata 
  2. Kepala sentiasa rasa panas
  3. Semasa tidur jari-jari bergerak
  4. Ada pergerakkan mata setiap kali tidur
  5. Senyum tanpa sebab
  6. Menangis dan merengek waktu tidur terutama selepas 1 pagi
  7. Mengunyah seperti makan sesuatu tetapi tidak ada
  8. Berpeluh tidak sekata
  9. Takut tanpa sebab (tiba-tiba tidak mahu bermain dan sentiasa memeluk ibu bapa)
(sumber senarai : junied-rahsianampakjin)

Kita sebagai manusia kadang-kadang leka dan terlupa bahawa di bumi ini kita berkongsi dengan makhluk lain yang tidak boleh di lihat dengan mata kasar kita. Membercayai kewujudan jin adalah salah satu tanda keimanan kita. Golongan ini ada disebut dalam Al-Quran.

Jika anak anda mengalami tanda-tanda yang saya senaraikan di atas, eloklah bertindak segera atau anda akan melalui zon murung kerana tidak tahan melihat anak anda tersiksa. Dalam keadaan tersebut anda harus berfikir secara waras. Anda tidak boleh mengenepikan perubatan alami iaitu perubatan dari doktor. Bawalah anak anda ke klinik untuk mendapat nasihat doktor dan pada masa yang sama cari saudara-saudara yang boleh mengubati penyakit anak diganggu jin.

Sebagai orang Islam, tauhid anda akan di uji. Mana tidaknya, terdapat pelbagai teknik perubatan di luar sana. Saya bahagikan kepada dua sahaja iaitu meminta pertolongan dari Allah swt atau menggunakan perantara Jin (bomoh atau dukun). Percayalah bahawa melalui saat tersebut bukan mudah jika hati anda tidak kuat. Keluarga anda, ibu bapa, ibu bapa mertua, adik beradik ibu bapa, adik beradik ibu bapa mertua dan rakan taulan rapat akan memberi pendapat mereka sendiri. Anda kena membuat keputusan untuk bertindak. Ingatlah bahawa siapa yang cipta kita dan hanya dialah yang maha menyembuh serta hanya dialah sahaja tempat kita meminta.

Semasa saat anak anda sakit terkena gangguan jin tahap maksima. Pada masa itu saya pasti doktor akan menyuruh anda merujuk anak anda ke hospital. Pastinya anda mahukan yang terbaik untuk anak anda. Saya sarankan anda sediakan Medical Card dengan anak anda saat dia melihat dunia. Anda boleh hubungi pegawai Takaful insurans. Saya rekomen pegawai ini kerana mereka memberi komitmen membantu semasa anda memerlukan mereka.

En Sahari : +6 013 811 5441
Cik Emily : +6 013 575 4880

Doktor akan membuat analisis atau beberapa ujian untuk mengenal pasti penyakit anak anda. Antaranya ialah MRI (imbasan saraf otak), Ultra sound (melihat keadaan usus), X-rax (melihat keadaan paru-paru), Ujian darah menyeluruh, Ujian air kencing dan yang terakhir mengambil air dari otak untuk ujian jangkitan bakteria pada otak. Ujian yang terakhir ini agak menakutkan. Boleh juga disebut sebagai mengambil sampel dari tulang belakang. Sedikit kekhilafan boleh mengundang kepada kelumpuhan menurut pembantu perubatan yang bercakap dengan saya. Kalau boleh elakkan ujian tersebut kecuali benar-benar perlu. Anda ada kuasa menolak apabila doktor meminta anda tandatangan bersetuju menjalankan ujian tersebut.

Semasa tempoh di uji Allah swt. pelbagai cerita yang saya dengar. Antaranya sakit gangguan yang membawa nyawa dan lebih dasyat anak-anak kecil badannya kebiruan seakan di cubit atau ditumbuk. Sedih mendengar cerita pengalaman orang lain. Itu bukan melemahkan semangat saya untuk mengubati anak saya tetapi lebih menguatkan semangat saya untuk mengubati nya. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tanpa saya sangka, saya sendiri banyak membuat hafazan untuk tujuan perubatan dan saya sendiri belajar mengubati anak saya mengunakan ayat-ayat Allah swt tanpa perantara dan tanpa memutar belit ayat Allah swt. Saya bawa anak saya berjumpa dengan pengamal rawatan Islam yang saya yakini. Berikut adalah senarai perubatan Islam sekitar Kuching Sarawak yang boleh anda hubungi :
  1. Ustaz Ramzie : +6 0178953569
  2. Ustaz Shahrizan : +6 0138204546 (Perubatan Al-Ikhlas)
  3. Ustaz Ismail : +6 0194383424 (Ruhusyifa)
  4. Ustaz Hadi : +6 0128931621
  5. Ustaz Jasni : +6 0138029646
  6. Ustaz Nasir : +6 0105489298
  7. Ustaz Hashim Man : +6 0178651015
Kalau boleh lakukan setiap hari terapi perubatan islam kepada anak yang terkena gangguan jin. Percayalah ayat Allah swt adalah fitrah manusia. Ianya tidak menyakitkan malah menenangkan anak. Banyakkan bersedekah kerana sedekah itu membersihkan hati dan doa fakir miskin makbul. Hormatilah orang lain serta banyakkan bersangka baik.

Ikhtiar lain yang boleh di buat adalah belikan air Musaffa atau air anugerah untuk diminum anak anda. Dapatkan minyak Kasturi Kijang dan bacakan bismillah sebanyak 300 kali dan  hembuskan ke dalam minyak dan kalau tidak mampu gunakan dengan niat untuk penyembuhan iaitu dengan menyapu minyak tersebut ke bahagian ubun-ubun serta bahagian lain yang perlu. Belikan madu Madinah untuk memudahkan anak anda makan dan minum. Baca selawat dan calitkan ke lelangit mulut anak anda. Dari pengamal perubatan Islam Al-Ikhlas anda boleh dapatkan minyak Kasturi Puteh dan Kasturi Hitam untuk kesembuhan dalaman dan luaran.

Selain itu anda boleh cuba perubatan Hemeopati. Perubatan Hemeopati tidak sama dengan perubatan di klinik dan hospital. Perubatan Hemeopati adalah perubatan menggunakan bahan alami tidak bercampur dengan dadah. Perubatan ini boleh disebut sebagai perubatan tradisional moden. Ekstrak menggunakan teknologi Jerman. Penggunaan berlebihan tidak meninggalkan kesan teruk kerana bahannya adalah bahan semulajadi. Anda boleh hubungi Profesor Dr Razali. Dia akan membantu anda. Lokasi Perubatan Hemeopatinya di Jalan Satok, Kuching Sarawak. Nombor beliau ialah +6 012 673 0952. Hubungi beliau, beliau akan bantu anda.

Kalau anda sayangkan anak anda. Buat banyak hafazan dan belajarlah dari pengamal perubatan Islam. Ini kerana anda sebagai ibu bapa lebih ikhlas mengubati anak anda daripada orang lain. Mereka ikhlas tetapi tidak setanding keikhlasan anda. Allah swt lebih mendengar doa-doa orang yang ikhlas. Jangan pernah putus asa. Putus asa itu adalah perkara yang disukai oleh Iblis. Ingatlah sebaik-baik makluk ciptaan Allah swt adalah manusia.

Saya ingatkan kembali, jika anda melakukan perubatan menggunakan perantaraan (bomoh & dukun) maka nantikan azab Allah swt. Saya akui saya pernah terlajak berubat dengan bomoh. Perkara ini terjadi kerana saya tidak bertanya dengan kawan saya teknik perubatan yang digunakan. Apa yang saya tahu dia suami isteri tidak meninggal solat maka saya yakin mereka juga menggunakan amalan perubatan Islam tetapi sebaliknya berlaku. Jika ini berlaku kepada anda, cepat-cepatlah bertaubat. Allah swt menerima taubat orang yang mengakui kesilapannya serta tidak mengulanginya lagi. Apa yang anda lakukan hari ini akan memberi impak kepada anak anda. Jangan biarkan perantara ini meletakkan jin di dalam tubuh anak anda untuk menghalau yang lain. Itu bukan tempat mereka. Ingatlah bahawa perjanjian dengan makhluk ini akan memberi kesan jangka panjang kepada anak anda yang mungkin sukar untuk kita memahaminya dan kadangkala jelas sifatnya.

Akhir sekali, sekali lagi saya berpesan. Jangan putus asa dan yakinlah bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.


NAK PILIH TELCO MANA? BERAT KE?

Manusia adalah makhluk yang terbaik diciptakan di muka bumi. Ini bukan saya kata, tetapi Allah swt yang kata. Manusia dikurniakan akal dan nafsu. Manusia mampu membuat pilihan sendiri manakala malaikat tidak dan haiwan pula diberi anugerah suvivor untuk hidup dan akalnya tidak melebihi manusia.

pilih jalan yang terbaik dan jangan ragu

Perlu di ingatkan di sini bahawa manusia mempunyai kuasa pilihan. Memilih sama ada untuk menuju ke arah negatif atau ke arah positif. Kalau di tanya kawan-kawan sekeliling kita. Pastinya mereka akan berkata untuk menuju ke arah positif. Cuma persoalannya bagaimana?. Kadang-kadang jalan untuk ke arah tersebut sudah ada tetapi mereka masih was-was dengan suasana. Ingatlah bahawa was-was itu bisikan syaitan dan mintalah petunjuk Allah swt. Tadahkan tangan dan berdoalah. Teguhkan hati kuatkan peribadi.

Kembali kepada tajuk artikel ini. Saya menulis artikel ini khas untuk sahabat yang keliru untuk memilih telco mana yang terbaik. Baiklah, saya hanya menunjukkan jalan dan anda sebagai pembaca buatlah pilihan anda berdasarkan nilai bacaan anda. Untuk memilih manakah telco yang terbaik anda perlu menyenaraikan beberapa perkara yang berkaitan dengan keperluan hidup. Antaranya :

  1. Penjimatan (Ini adalah perkara pertama kebiasaan yang difikirkan)
  2. Liputan (Liputan meluas)
  3. Pendapatan (Bagaimana perbelanjaan anda menghasilkan pendapatan)
  4. Faedah-faedah lain

Sekarang kita buat perbandingan dengan telco-telco utama di Malaysia :
Telco M, C dan D ada penjimatan tetapi mereka juga ada caj tersembunyi. Manakala telco saya tidak, malah memberi lebih apabila anda melakukan tambah nilai.
Telco M, C dan D memiliki liputan yang luas. Manakala telco saya juga mempunyai liputan yang luas.
Telco M, C dan D tidak memberi pendapatan melainkan anda ada kedai sendiri untuk menjadi wakil jualan mereka. Manakala telco saya memberi pulangan jika anda memperkenalkan kepada orang lain, orang lain memperkenalkan kepada orang lain, apabila mereka membuat tambah nilai, apabila prestasi serta kesetiaan anda meningkat dan pelbagai lagi teknik pendapatan yang boleh anda dapat.
Telco M, C dan D memberi faedah-faedah khas sahaja contohnya memberi panggilan percuma semasa hari lahir anda. Manakala telco saya memberi terlalu banyak faedah yang boleh saya katakan melengkapi keperluan anda contohnya takaful kematian akibat kemalangan, mata ganjaran yang boleh ditukar dengan telefon bimbit, percuma internet, percuma panggilan dan pelbagai lagi faedah yang tiada pada telco M, C dan D.

Ini adalah ringkasan penilaian yang anda boleh buat dan melalui penilaian ini saya yakin anda sudah nampak jalan mana yang harus dipilih. Ada beberapa perkara lain yang mungkin menyebabkan pendirian anda masih kaku dan masih keliru. Antara sebabnya adalah :
  1. Sayang
  2. Setia
  3. Terbiasa
  4. Malas
Sebab-sebab tersebut antara sebab susah untuk bertindak atas penilaian yang telah dibuat. Disebabkan perkara tersebut anda tidak berganjak untuk belajar dan mencari pengalaman baru yang memberi faedah yang baik kepada anda. Melakukan perkara sama setiap hari tetapi mengharapkan perkara luar biasa itu adalah mimpi dan bukan impian.

Sekarang anda fikir sejenak dan lontarkan persoalan :
  1. Apakah telco lama memberi ganjaran untuk aku wariskan kepada orang-orang yang aku sayang atau aku lebih sayangkan telco yang menyedut aliran tunai aku tanpa pulangan?
  2. Apakah kesetiaan aku dengan telco lama disedari mereka atau kesetiaan itu sia-sia kerana setiap bulan sama sahaja mereka meminta tanpa memberi?
  3. Apakah setiap hari aku melalui perkara yang sama dengan telco lama dan aku tetap di situ tidak berganjak untuk memilih jalan yang lebih baik (berubah)? aku mengharapkan yang luar biasa dan terbaik.
  4. Adakah hari ini aku melangkah ke telco baru memberi kerugian kepada aku atau memberi lebih mafaat kepada aku?
  5. Untuk berubah anda perlu melakukan langkah pertama dan jangan malas atau anda ketinggalan. Setiap hari lahir pengguna baru talian mudah alih dan pasaran tidak akan pernah tepu.
Saya harap ringkasan artikel ini dapat membantu anda untuk memilih jalan yang lebih baik.

Apakah telco yang saya gunakan? alahai.. hubungi saya dan saya akan beritahu anda. whatsapp jer ke 0128477709 (En Khall) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.