COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PENGALAMAN MENGGUNAKAN MEDICAL CARD

Selamat sejahtera kepada pembaca beloya2u. Lama sudah rasanya saya tidak membuat artikel kerana tugas hakiki dan situasi yang tidak mengizinkan. Hari ini tergerak hati saya untuk menulis artikel dari pengalaman saya untuk dikongsikan bersama pembaca. Pengalaman ini amat bermakna dan berguna kepada kita pada sekarang terutama kepada yang sudah bergelar ibu bapa.

Ujian itu datang dalam pelbagai keadaan. Kadang-kadang kita di uji dengan kesenangan dan kadang-kadang kita di uji dengan kesusahan. Persoalannya bagaimana kita menghadapi keadaan tersebut dan apakah persediaan kita.

Saya menulis melalui pengalaman saya sendiri. Saya tanya anda, apakah anda ingin yang terbaik untuk diri anda?. Pastinya anda akan menjawab "ya" dan jika saya tanya adakah anda ingin yang terbaik untuk anak anda? saya juga pasti anda akan jawab "ya".

Awal Julai 2016, saya berjumpa dengan doktor di klinik sekitar Kuching untuk mengenalpasti apakah penyakit anak saya. Selepas berjumpa doktor, doktor menulis surat untuk membawa anak saya ke hospital. Pada masa itu saya berfikir, dalam keadaan anak saya yang lemah kemanakah saya hendak membawa anak saya supaya mendapat perhatian yang cepat tanpa menunggu giliran yang lama. KERISAUAN saya pada masa itu sukar untuk digambarkan. Hanya ibu bapa sahaja yang boleh memahami situasi tersebut.

Saya teringat dengan Ultra Medic Rider yang saya ambil untuk anak saya 2 tahun lepas dan tanpa membuang masa, saya terus membawa anak saya ke Hospital Normah. Pada pendapat saya anda pasti faham kos yang akan di hadapi apabila melakukan perubatan di Hospital Normah. Ada dikalangan rakan-rakan saya membayangkan kos yang saya hadapi adalah antara RM5K ke RM7K.

Risau saya jangan cakap tetapi pada masa itu, saya hanya berfikir keadaan anak sahaja. Saya mahukan yang terbaik untuk dirinya. Kalaupun saya terpaksa membayar, saya akan ikhtiar. Rezeki Allah yang tentukan dan malas atau rajin sahaja lagi.

Hampir seminggu  saya bermalam di Hospital Normah. Anak saya dirujuk dengan Pakar Paediatric atau dengan kata lain pakar pesakit kanak-kanak. Semasa berada di hospital tersebut hati ini sentiasa risau tetapi penuh tawakal. Pada hari pertama lagi, doktor pakar membuat penyiasatan penyakit anak saya dengan melalui beberapa prosedur. Prosedurnya adalah MRI (brain scanner), Ujian darah secara menyeluruh, ujian air kencing, ujian cecair otak, X-ray dan Ultra Sound. 

Hari petama lagi anak saya terus melakukan MRI tanpa bertangguh dan itu adalah perkara pertama yang saya fikir sebelum datang ke Hospital kerana pengalaman saya perubahan sikap adalah banyak berpunca dari perubahan struktur otak. Debaran ujian tersebut jangan cakaplah. Saya tawaf hospital menunggu jawapan dari doktor manakala anak saya serta isteri saya berada dalam icu selepas diberi ubat bius. Dapat sahaja panggilan dari isteri saya terus naik ke atas untuk mendapatkan jawapan doktor. Syukur alhamdulillah, anak saya tidak ada masalah apa-apa bahagian otak. Pada masa itu, bagai jatuh segala berat di dada. Namun terdapat banyak lagi ujian yang akan dibuat untuk mencari punca sakit anak saya.

Dalam tempoh 6 hari di Hospital, anak saya diberi air tambahan melalui suntikkan jarum di tangan, garam dan antibiotik. Selesai sahaja ujian yang saya sebutkan sebelum ini doktor membuat dua andaian, iaitu jangkitan kuman di bahagian otak tetapi ujian negatif dan saya anggap itu hanya andaian. Seluruh ujian tidak menemui punca penyakit anak saya.

Anak saya dalam masa tempoh tersebut turun 3kg akibat tidak makan. Namun bagi saya, saya bersyukur kerana ujian-ujian yang dilakukan oleh doktor semuanya negatif. Artikel selanjutnya saya akan ceritakan apa yang berlaku dengan anak saya dan saya pasti pengalaman tersebut berguna kepada ibu bapa.

Untuk makluman pembaca, kos rawatan selama hampir seminggu yang ditanggung adalah RM13,552.10 (Ringgit Malaysia Tiga Belas Ribu Lima Ratus Lima Puluh Dua Dan Sepuluh Sen Sahaja). Kalau lah ianya berlaku tanpa persediaan, saya pasti masalah baru akan muncul iaitu masalah untuk membuat pembayaran.

Hati ini lega kerana kos tersebut dibayar oleh pihak Ultra Medic Card anak saya dan saya hanya membayar RM29.00 sahaja untuk vitamin anak saya.

Saya sebagai pengguna Ultra Medic Card berkongsi pengalaman ini dan menyarankan pembaca hubungi ejen takaful dan insurans yang boleh dipercayai dan diharap. Berikut adalah ejan takaful dan insurans yang saya cadangan kerana mereka banyak membantu saya berhadapan dengan situasi di Hospital Normah.

En Sahari : +6 013 811 5441
Cik Emily : +6 013 575 4880

Berikut ialah invois kos rawatan yang saya maksudkan.

KLIK UNTUK LEBIH JELAS


Reactions:

1 comments:

  1. Tahniah Tuan Khalifah kerana menjadi pengguna Ultra Madic yang prihatin akan kepentingannya untuk dikongsikan bersama handai-taulan yang lain. Semoga Anak Tuan cepat sembuh dan teeus sihat sentiasa...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.