COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KUIZ PERSONALITI



Kuiz personaliti ni saya dapat daripada seorang kawan.  sama ada fakta ni kena ngn diri anda atau tidak, anda yang menentukannya.

Kuiz ini hanya ada 3 soalan sahaja.. peraturannya sangan mudah. hanya perlu jujur dengan jawapan anda tanpa melihat jawapan yang saya akan beri nanti. jgn tipu! ambil masa dan pastikan jawapan adalah apa yg anda inginkan! soalan adalah seperti berikut:-

1) Sila SUSUN [no 1-5] haiwan-haiwan berikut mengikut apa yg anda kehendaki.
- Lembu, Harimau, Kambing biri², Kuda, Khinzir

2) Tulis SATU perkataan yg menjelaskan tentang perkara² berikut.
- Anjing, Kucing, Tikus, Kopi, Laut

3) Fikir sejenak tentang seseorang yang anda kenal dan sangat penting dlm hidup anda! Kaitkan mereka mengikut warna² berikut.. Tapi jgn ulang jawapan tau.. SATU WARNA HANYA UTK SATU ORG SAHAJA!
- Kuning, Oren, Merah, Putih, Hijau

Ambil pen dan tulis JAWAPAN ANDA.. ingat peraturannya.. SELAMAT MENCUBA



JAWAPAN ADA DI BAWAH. JAWAB DAHULU BARU TENGOK BAWAH YA
|
|
|
|
|
|
|
|
|
||
|
|
|
|
|
|
















Penjelasan jawapan:-

1) Ini akan menentukan keutamaan korg dalam hidup.
- Lembu melambangkan KERJAYA
- Harimau melambangkan MARUAH
- Kambing biri² melambangkan CINTA
- Kuda melambangkan KELUARGA
- Khinzir melambangkan DUIT

2) Perkara² tersebut menjelaskan:
- Anjing: Personaliti diri
- Kucing: Personaliti pasangan
- Tikus: Personaliti musuh
- Kopi: Perhubungan seksual
- Laut: Kehidupan

3) Warna² yang mengkaitkan seseorang dlm hidup anda:
- Kuning: Seseorang yang anda tak akan dilupakan
- Oren: Seseorang yang anda anggap sebagai kawan sejati
- Merah: Seseorang yang anda sangat cintai/sayangi
- Putih: Soulmate anda!
- Hijau: Seseorang yang anda akan ingat smpai bila²!

BELAJAR BAHASA SARAWAK



DIKEMASKINI PADA : 26 SEPTEMBER 2016

kongsi-kongsi ilmu dengan korang mengenai bahasa sarawak mudah. Apa yang terlintas di fikiran itu lah yang aku taip.. so... enjoy arrr...

  1. Beloya=berborak
  2. Awak pergi mana?= Kitak gi sine?
  3. Awak buat apa? = Kitak apa polah?
  4. Awak dah makan? = Kitak dah makan?
  5. Awak buat apa sekarang? = Apa polah kitak kinek tok?
  6. Awak apa khabar? = Kitak apa khabar tek?
  7. Boleh bantu saya tak? = Boleh nolong kamek sik?
  8. Semangat awak tinggi betol = Tinggi nar semengat kitak juak?
  9. Apa maksud makan hati? = Apa reti makan hati?
  10. Bila awak nak kawin? = Bila kitak nak nikah gik?
  11. Ye la tu = Aok ajak la
  12. Awak nampak cantik hari ni = Kacak na kitak aritok
  13. Sombongnya awak = Lawa kitak owh..
  14. Awak dah mandi ke belum? = Kitak dah mandik lom?
  15. Lepas ini pergi mana pulak? = Lepas tok pegi sine?
  16. Panas betul hari ni kan? = Panas na aritok owh?
  17. Gatalnya budak tu.. = Kenja nar nemiak ya eh?
  18. Pandainya awak = terer na kitak?
  19. Kesian = owhh tedah
  20. Dia pula yang terpilih = Nya indah dipilih?
  21. Awak nampak biru la hari ni = Kitak nampak biru la haritok
  22. Apa cerita dekat sana = Apa cerita kat sinun.
  23. Orang sini sihat je = Orang sitok sihat jak.
  24. Saya mengantuk lah = Kamek ngantok eh
  25. Macam mana nak jumpa awak = Camne nak jumpa kitak
  26. Bawa perlahan-lahan kenderaan tu ye = embak slow-slow kereta ya
  27. Pening betol kepala saya = Pening na palak tok eh
  28. Hari macam nak hujan je = Hari macam nak hujan jak
  29. Awak lepak kat mana malam tadi? = Kitak relex sine malam tadik?
  30. Macamana awak boleh kurus macam tu? = Camne kitak boleh kurus kedak ya?
  31. Awak semua cakap tentang apa? = Kitak orang beloya pasal apa?
  32. ♪♫Cubit-cubitan♫ senggol-senggolan♪ = ♪kubit-kubitan♫ senggol-senggolan♪♫
  33. Ketawa terbahak-bahak = tetak perey
  34. Jahat = Gaok
  35. Bosan nya saya = Angol na kamek
  36. Menyampah aku tengok budak tu = ingga ku nangga nembiak ya
  37. Cawan awak cantik la = Cangkir kitak kacak lah
  38. Mana beli almari tu? = Sine meli kabat ya?
  39. Buruk betul perangai dia = jaik na perangenya eh.
  40. tengok tu = Diat ya
  41. Awak ada lihat tak surat khabar hari ni? = Kitak ada nangga sik surat kabar aritok
  42. Awek tu cantik sangat la = Pempuan ya kacak gilak aie.
  43. Awak tahu tak? = Kitak tauk sik?
  44. Dia juga ke yang ikut kita ni? = Nya juak ka ikut kita tok?
  45. Siti situ sana sini = Siti sinun sia sitok
  46. Dia tak pernah berubah lah = Seranto-ranto nya camya
  47. Awak percaya saya tak? = Kitak cayak kamek sik?
  48. Bila sampai? = Bila sampey?
  49. Tak pernah ku tengok budak ni = Sik kalak aku nangga nembiak ya
  50. mengutip sampah = mutit sampah
  51. Dia memang patut di marah = Nya memang patut di anok.
  52. Jangan nakal-nakal tau = Jangan berolah tauk
  53. saya tak pandai la = endak ku pande eh
  54. Terhempas = terempas
  55. bagitau dia = padah nya
  56. Minyak regular = Minyak benjen
  57. Marah = manas/meradang
  58. Awak Poyo = Bujat kitak
  59. Cermin Muka awak tu = Muka ko diat
  60. Kecilkan suara awak dan jangan bising sangat = Kecikkan sora kitak dan Jangan terkiak-kaong gilak.
  61. Dia orang mabok la = Sidaknya palau-palau jak.
  62. Aku kempunan makan telur = Kamek ponek makan telur.
  63. Jangan lama sangat = Iboh lamak gilak.
  64. baru saya tahu = Bok kamek tauk.
  65. Menarik = Mengancam
  66. Heboh = Kamboh
  67. Jangan makan banyak sangat = Iboh kitak berkaul gilak makan.
  68. Comel = Kejawak
  69. Merapu = Ngereco
  70. Awak mengulang perkataan yang sama la. = Kitak mala jak ngitok benda ya.
  71. Bulu kening awak cantik = Bulu mansu kitak kacak eh.
  72. Saya tersedak setelah mendengar berita itu = Meransak kamek dengar berita ya?
  73. Barang saya telah di selongkar = Barang kamek kenak kerugak.
  74. Boleh tak saya menghiburkan awak = Boleh sik kamek ngibor kitak.
  75. Guli itu tenggelam = Guli ya tenggelup.
  76. Janganla membebel = Jangan ngerepak.
  77. Luka awak dah sembuh? = Lukak kitak dah bait?
  78. Saya basah kuyup kena hujan = Kamek lebor laur kenak ujan.
  79. Orang tak nak jangan di paksa = Orang sik maok jangan dipejal.
  80. Barang yang awak bawa tu terjatuh la = Barang yang kitak embak ya berayan eh.
  81. Suapkan makanan kat mulut dia = Sapik makanan rah mulutnya lok.
  82. Dah siap ke kerja awak tu? = Dah lekak kerja kitak tek?
  83. Comot = Empeyak
  84. Saya jalan dulu yer = Kamek mopok lok ah.
  85. Aku tak pernah dengar pun = Sik kalak aku nengar pun.
  86. Rambut awak selekeh betul = Unsa-ansei nar rambut kitak.
  87. Mereka bertempiaran lari ke bukit itu = Sidaknya ngelepar lari ke bukit ya.
  88. Saya tak nak jadi penjahat = Kamek sik maok jadi pak sauk.
  89. Sakit hati saya tengok budak tu = Sak ati nar nangga nembiak ya.
  90. Loya anak tekak saya = Berbual sa nyawa kamek.
  91. Jangan jadi penipu = Jangan jadi pembulak.
  92. Hentam je = Gasak jak.
  93. Awak ni kurang pandai la = Kitak tok belukuk bena eh.
  94. Cantiknya almari awak = Kacak nar jemari kitak.
  95. Ambil pisau tu untuk saya = Ambik ladin ya ngan kamek.
  96. Anjing itu kurap = Asuk ya kurap.
  97. Mata saya mengantuk = Mata kamek kelat.
  98. Jangan main dekat lopak tu, kotor tau. = Jangan main rah lopak ya, kemaik/kamah tauk sik.
  99. Awak makan ke mencekik = Kitak makan ka majoh.
  100. Jangan berlari = Jangan berekot.
  101. Letih aku melayan kamu nih! = Ajab rasa nyawaku  melayan kau ya!!
  102. Kelmarin awak buat apa? = Ari marek kitak apa polah?
  103. Awak berkelakuan pelik ni kenapa? = Kitak merange kenak?
  104. Awak jalan lurus je kat situ = Kitak jalan joros jak rah sia.
  105. Sedapnye.. Teringin nak rasa lagi = Sedap na eh, belalak rasa nyawa eh.
  106. Aku pulak yang kena = Kamek indah yang kenak.
  107. Jangan main dalam semak-samun = Jangan main dalam rumbu/babas.
  108. Saya tersangat letih sampai tak dapat nak pegang pen = Kamek sempe gilak sampe sikpat nak megang pen.
  109. Bagi saya kepak ayam 2 kg = Berik kamek sayap manok 2 kg.
  110. Letih betul buat sangkar ayam hari ini = Kepak nar molah raban manok ari tok.
  111. Budak tu main tipu lah = Nembiak ya ngakal eh.
  112. Saya minta maaf sebab dah lukakan hati awak = Kamek mintak maaf sebab nyakit ati kitak.
  113. Selamat malam, Tidur lena yer = Selamat malam, Tido lena kitak ah.
  114. Di Sini kita berkumpul = Di sitok kita bergelumok. 
  115. Aku tak suka la budak tu = Sik ku rajin nembiak ya. 
  116. Cantik pepatong tu = Kacak kelontet ya.
  117. Dia menumpang motosikal si mamat = Dia berganden make tosikal si mamat.
  118. Terdapat kumbang di dalam pokok kelapa = Ada emberu di dalam pokok niok.
  119. Maaflah.. saya nak cepat = Sori.. kamek begaut.
  120. Saya tak nak la = Sik ku betah.
  121. Buruk perangai mereka = Jaharu perange sidaknya.
  122. Segak kamu hari ini = Gap kitak aritok.
  123. Tak berbaloi awak buat macam tu = Sik bebela kau molah camya.
  124. Lemah longlai = Lemah lintuk
  125. Kena panah kilat = Kenak pangkak nyaruk.
  126. Terkejut sebab barang terjatuh = Beliang entam barang gugok.
  127. Tak kuasa saya nak melayan = Sik pian kamek nak melayan.
  128. Kapal terbang MH370 belum dijumpai = Belon MH370 belum ditemu.
  129. Bising bunyi ekzos motosikal = Tebabak bunyi ekzos tosikal.
  130. Beritahu dia saya dan sampai = padah dengannya kamek dah sampe
  131. Rasa tak bermaya = Mah wa ku (Bahasa Ringkas)
  132. Rasa malas = Alas ku (Bahasa Ringkas)
  133. Bukan main lagi bermekap = Terit jak beresep
  134. Tolong undurkan kereta awak = gostan kereta kitak lok
  135. Saya nak bawa awak lepak = Kamek nak ngajak kitak lepak
  136. Saya tak tahu awak camni = Kamek sik tauk kitak camtok
  137. Awak berimejinasi pasal apa tu = Apa dimejin kitak ya
  138. Tak habis-habis cerita pasal dia = Ndak alah-alah cerita pasalnya
  139. Kesian budak tu kan. = Otedah nembiak ya nak
  140. Selamat berbuka puasa = Selamat bersungkey
  141. Jangan meninggi suara = Jangan nerais sora
  142. Anak saya begitu teruja mendapat barang mainan = Anak kamek kejeron ada jak dapat menan baru
  143. Saya sempat singgah di kedai abu = Kamek nyelepat singgah kedei abu.
  144. Awak tak dengar cakap.. kenapa? = Kitak ya entaleh.. kenak?
  145. Berdenyut kening saya = Ngerijik sa kening ku.
  146. Dagu awak macam mat salleh = Jungo kitak kedak omputeh.
  147. Dilarang cukur bulu kening = Dilarang cukur bulu mangsu.
  148. Awak memang degil = Kitak nang engtingal.
  149. Temankan dia = Ulunya lok
  150. Jangan berdiri di depan pintu = Jangan berdiri di lang pintu
  151. Kerja awak kemas = Usei kerja kitak
  152. Saya tak sokong dia = Kamek sik melan nya
  153. Sesuka hati awak jer camtu = Sukahati kitak jak medo camya
  154. Awak sibuk tak malam ni? = Kitak gago sik malam tok?
  155. Budak tu ada kepandaian lah = Miak ya ada pemande lah
  156. Leher awak merah tu kenapa? = Geruk kitak merah ya kenak?
  157. Dia suka bergurau = Nya suka pelente
  158. Awak lucu = Cali kitak
  159. Jangan paksa dia = Jangan mejal nya
  160. Awak nak gaduh ke? = Ko nak bebukut ka?
  161. Budak tu nakal sangat = Nembiak ya mancai gilak
  162. Kembang hidung dia selepas dipuji = Empengo hidungnya lepas kenak puji
  163. Seksi awek tu = Mancit ompuan ya
  164. Ko nak rasa siku aku? = Ko nak rasa sigong aku?
  165. Badan saya melekit sebab kuat berpeluh = Badan kamek beletik kotan berpeloh.
  166. Jangan ambik lauk pakai tangan = Jangan cerko lauk ya
  167. Terperanjat saya = San buyan kamek
  168. Awak menginap ke? = Kitak berambeh kah?
  169. Tak berubah kedudukan batu tu = Sik ngerujik kedudukan batu ya
  170. Tolong isikan air = Tolong isik air



KEPADA PEMBACA ARTIKEL INI
ANDA MUNGKIN ADA SOALAN BERKAITAN DENGAN BAHASA SARAWAK
JIKA ADA DAN NAK JAWAPAN LEBIH CEPAT
LIKE PAGE KAMI DAN ANDA BOLEH TERUS INBOX KAMI










CARI ISTERI BARU SEBAB ASYIK LAHIRKAN ANAK PEREMPUAN!! BIADAP!!

Macam-macam kisah masyarakat yang kita boleh jadikan tauladan. Kadang terfikir perkara ini yang tak masuk akal ini terjadi adalah kerana mereka sombong untuk menuntut ilmu. Membiarkan sikap bodoh untuk menjalankan kehidupan.

Berbalik kepada tajuk di atas. Cerita ini dikongsikan oleh Doktor Azlindarita Aisyah yang mempunyai pengalamannya menemui lelaki yang tidak mempunyai naluri hati perut. Masakan tidak kerana ketika isterinya baru bersalin. Hanya tidak mendapat anak lelaki yang di inginkan, lelaki ini sanggup menyakiti hati si isteri dengan kata-kata yang tidak masuk akal.

Selepas tamat pengajian pada 2004, saya menghabiskan housemanship (internship) saya dalam Jabatan Perubatan dan Pembedahan di Ireland. Pulang ke Malaysia, saya menyambung housemanship selama 4 bulan dalam bidang pembidanan dan sakit puan. 4 bulan yang penuh pengalaman yang sukar dilupakan.

Ada satu pengalaman yang betul-betul membuat saya marah. Seorang wanita, bersabung nyawa melahirkan anak ke tiga dengan suami di sisi. Sempat suaminya berkata dengan saya.

"Harap-harap dapat anak lelaki. Sebelum ini dan 2 orang perempuan."

Saya hanya senyum, dalam kesibukan membantu ibu muda itu. Dalam hati saya, apa yang penting ketika itu adalah nyawa ibu dan bayi itu.

Sebaik sahaja bayi comel itu lahir, saya dan jururawat bertugas mengucapkan syukur Alhamdulillah. Terlihat wajah gembira dan lega dapa si ibu.

Berbeza dengan si bapa, apabila melihat anaknya perempuan. Takkan saya lupakan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

Katanya, "Terpaksa cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki," sambil tersenyum kelat.

Tiada ucapan terima kasih untuk si isteri yang baru sahaja menanggung kesakitan melahirkan zuriatnya. Tiada kucupan tanda kasih sayang buat si isteri. Yang ada hanya kata-kata yang pastinya menyinggung hati pasangannya.

Saya tidak dapat menyembunyikan wajah marah saya. Saya pandang si ibu muda yang masih keletihan, sedang dibersihkan oleh jururawat selepas uri dikeluarkan. Dia cuba tersenyum kepada saya, seolah berkata "tak mengapa, doktor".

Saya keluar dari bilik tersebut secepat mungkin sebelum saya berkata sesuatu yang saya kesali kemudian hari.

Mungkin si suami itu tidak tahu atau kurang bijak. Dia tidak mengetahui bahawa KROMOSOM X DAN Y DARI NYA YANG MENENTUKAN JANTINA ANAK. Bukan salah si isteri anaknya semua perempuan. 

Sebagai seorang yang beriman, kita wajib meyakini itu semua qadha dan qhada Allah. Sikap seperti ini adalah sikap Jahiliah yang di murka Allah. Ingatlah bahawa Allah mengetahui yang terbaik untuk kita dan tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu hadapinya. Bersangka baiklah.

sumber : BT

JANGAN BERHENTI KERJA UNTUK BIZNEZ JIKA

Perkongsiang ini adalah tulian Puan Suraya Ali, pemilik Lunatots. Beliau menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian beliau sendiri. Jika mahu memulakan bisnes, anda memerlukan sebab (WHY) yang kuat. Kenal pasti apa niat anda untuk menceburkan bisness.

Jika niat anda untuk berhenti kerja bagi memulakan bisnes tergolong dalam kriteria yang disebutkan di bawah. Kami nasihatkan anda memikirkan semula.

Saya memulakan perniagaan onlin Lunatots Malaysia 2008 dan berhenti kerja pada 2009.

Jangan berhenti kerja jika anda..

Saya catatkan tentang 'jangan berhenti kerja dan memulakan perniagaan kerana 7 sebab ini :

Tidak sukakan bos atau kerja tersebut

Ianya situasi attitude dan penerimaan. Kita memerlukan hati yang besar dan kemaafan yang luas sebagai usahawan. Andai dibawa marah dan geram ke perniagaan, imej itu tersiar dalam pembawakan.

Usah berhenti kerja dan memulakan perniagaan kerana 'fed-up' dengan kerja. Ianya bahaya. Kita mungkin 'give-up' dengan biznez juga nanti dan membawanya ke mana-mana.

Kita pandai membuat sesuatu produk

Puji dan puji orang katanya masakan kita sedap atau pujian tentang bakat kita kadangkala tidak tepat. Bakat berbiznez dan bakan membuat produk ianya tidak sama serta jauh berbeza.

Ini adalah 3 bakat yang ada dan amat berbeza antara satu sama lain.

Bakat buat
Bakat jual
Bakat berbisnes

Mempunyai masalah kewangan

Jangan mula berniaga kerana masalah kewangan. Hutang kredit kad, gaji tidak cukup dan kawan yang berniaga bercerita ribu dan juta. Jangan mulakannya jika kita mempunyai masalah di atas.

Situasinya ialah pengurusan wang. Andai wang gaji yang sedikit tidak dapat dikendali, kita tidak akan dapat menguruskan wang yang banyak. Ia bukan tentang jumlah. Ia tentang kebolehan pengurusan.

Ingin menjadi jutawan

Jutawan tidak pernah bercita-cita mahu menjadi jutawan (pada mulanya). Mereka sukakan kebebasan. Mereka mahu melakukan sesuatu dan menjadi ejan perubahan.

Usahawan yang mahu mendapatkan duit yang banyak biasanya tidak dapat menyimpan kerana apabila dia dapat dia akan suka membelanjakannya. Ia ada dalam subconscious mint kita.

Menerima peluang perniagaan

Usah mula berniaga sekiranya mempunyai peluang membuka gerai di food court dan sepertinya. Biznez ialah komitmen. Setahun, dua tahun dan seterusnya.

Kadang tidak nampak hasil 6 bulan pertama. Masihkan kita akan teruskan. Masihkah kita akan bertahan. Masihkan kita senyum.

Inginkan lebih masa bersama keluarga

Usah berhenti kerja. Lebih baik kita makan gaji sahaja. Tiga tahun pertama pulang tengah malam tiba-tiba anak sudah dewasa.

Kenduri kendara saudara mara bukannya tidak mahu kita jengok namun program setiap hujung minggu pada biznez. Bukan maksud saya, kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan. Cuma usah berhenti kerja kerana perkara di atas.

Rasa sudah banyak membantu orang menjadi kaya

Ini juga bahaya. Sering saya dengar kita kerja siang malam dan yang kaya orang lain dan  bukan kita. Cara menjadi kaya ialah mengkayakan orang lain dan belajar dari nya.

Belajar gaya. Tekunii fikirannya. Orang kaya suka berkongsi. Cerita, pengalaman dan apa sahaja adanya. Perbetulkan minda kita tentang kaya dan biznez.

Saya berhenti kerja dulu kerana merasakan dunia penyusuan susu ibu memerlukan komitmen. Sewaktu keluar pejabat saya beritahu bos, saya akan buatnya bangga. Terima kasih kerana mendidik kami suami dan isteri menjadi manusia.

sumber : BT


IKUTI PROGRAM JANA PENDAPATAN DARI RUMAH
HANYA COPY PASTE
TAKDA ALASAN DAH PUN
KLIK BUTANG BAWAH


PROJEK JANA PENDAPATAN DARI RUMAH

MALAS NAK JUMPA ORANG?
TAK KREATIF SEPERTI ORANG LAIN?
TAK PANDAI NAK PUJUK PELANGGAN?
MALU NAK JUMPA ORANG?
TAK TAHU MACAM MANA NAK BUAT PROMOSI?


ANDA LAH YANG KAMI CARI!!


MASALAH DI ATAS SELESAI JIKA ANDA
TERLIBAT DENGAN

PROGRAM 
JANA PENDAPATAN DARI RUMAH

HANYA DENGAN AKTIVITI COPY PASTE SAHAJA
SEMUA TEXT DAN TOOL MARKETING DISEDIAKAN

CARA PROMOSI 
DAN
 CARA MEMENANGI PELANGGAN
SEMUA DAH SEDIA

PRODUK??
COMMUNICATION BIZ COMBO
iaitu gabungan semua perniagaan komunikasi.
Jual reload/topup, bayaran bill, jual simkad, daftar unifi/streamyx DLL

MODAL??
hanya RM100. mahal ke? eh! tak lah. Satu jualan dah balik modal

TEKNIK PROMOSI??
guna telefon bimbit anda sahaja ataupun komputer/laptop. Buat kat rumah pun dapat.

DAFTAR??
Isi borang di bawah. Nanti saya akan hubungi anda.

NAK TAHU LEBIH LANJUT??
Pastikan anda benar-benar ingin faham dan ingin tahu. Banyak ilmu saya nak bagi. Selepas isi borang di bawah. Saya akan hubungi anda melalui aplikasi Whatsapp. Bersedia untuk aktiviti
"question tour".





GADIS WEBCAM PUASKAN NAFSU 100 LELAKI SEHARI

Seorang gadis webcam yang kerjanya hanya memuaskan nafsu fantasi lelaki selama lapan jam sehari menerusi dunia maya, mengakui bahawa pekerjaan berkenaan membantunya mengatasi penyakit anorexia iaitu keadaan di mana seseorang itu enggan makan untuk kelihatan kurus.


Jayme Jones, 21, telah menderita akibat anorexia sejak zaman persekolahan lagi hingga ke satu tahap di mana dia terpaksa memakai pakaian budak perempuan 13 tahun, meskipun ketika itu usia Jayme mencecah 18 tahun.

Pada Jun tahun lepas, dia memutuskan untuk melakukan sesuatu apatah lagi ketika itu Jyme mengalami masalah kewangan.

Dia kemudian menghubungi adult webcam industry dan selepas itu, Jayme membeli HD camera serta membina studia kecil.

Kerja Jayme adalah mudah, iaitu melayan 100 lelaki sehari. Mereka dapat bercakap dan melihatnya menerusi webcam itu. 

Namun Jayme akui dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah lelaki yang mahukan perhatian daripadanya.

"adakalanya saya terpaksa melaya lelaki yang pura-pura bahawa meraka adalah bayi atau melihat mereka menelan air mani mereka sendiri," katanya.

Bagi memastikan Jayme mendapat pelanggan, dia perlu memiliki badan yang menarik dan seksi. Dari situ, Jayme mula mengubah tabiat makanan dan tidak lagi memuntahkan makanan.

Dia mahu memastikan badan dia menarik bukan lagi kurus kering seperti sebelum ini.

Kini Jyme memperoleh pendapatan £52,000 setahun dan sering mendapat hadiah yang mewah.

KAWAN JADI KEKASIH

Tak semua percintaan boleh berakhir dengan persahabatan boleh berakhir dengan percintaan. Betul tak?



Percintaan memang mengambil masa, lebih-lebih lagi dengan seorang teman.

Berikut tips memudahkan korang menukar kawan kepada kekasih.

Ambil inisiatif

Kalau anda ada perasaan suka kat kawan tu, kenapa tak mulakan sesuatu? Cuba ajak dia keluar minum, atau tengok wayang. Bersikap natural, ini bukan dating tapi satu cara korang kenal lebih rapat.

Tunjuk sifat kasih sayang

Untuk dia lihat korang lebih daripada seorang kawan, korang perlu buat sesuatu yang lebih. Cuba berikannya hadiah. Tak perlu mahal, yang penting bermakna. Tanya khabar selalu pun boleh.

Yakinkan dirinya yang anda serius.

Pada masa ini, anda dah di tahap berbual jujur dengan dia. Jadi cubalah bercakap soal hati. Yakinkan dirinya betapa mendalam dan seriusnya perasaan anda. Tapi janganlah pula bersikap memaksa.

Kongsikan impian dan harapan

Andaikan kawan anda sudah pun bersedia mengambil langkah serius bersama anda. Ini masanya untuk berkongsi hal yang lebih peribadi. Ini dapat menguatkan lagi perhubungan itu.

Jumpa keluarganya

Mungkin masa anda berkawan lagi dah biasa jumpa ahli keluarganya, tapi kali ini anda perlu berjumpa sebagai seorang kekasih. Ini waktu untuk maklumkan kepada keluarganya status teman itu sudah berubah.

Bersabar

Hanya kerana anda bersahabat baik, tak semestinya perhubungan cinta itu juga baik. Penting untuk berikannya masa walaupun dia sudah menerima anda sebagai kekasih.

Pesanan saya janganlah memaksa dia. Ingatlah jodoh itu rahsia. Usaha sahaja ya.

sumber : BT

BAHAYA MENELAN SUPERMA LELAKI??

Beberapa khabar angin mengenai sperma sering bermain di telinga masyarakat. Sperma di katakan baik untuk kesihatan. Malah ada pula yang mempercayai kalau menelan sperma boleh menjadikan wanita awet muda. Kebanyakkan wanita mula mengamalkan cara tersebut yang masih tidak diketahui khasiatnya dan keberhasilannya sebelum melakukan penelitian serta menguji hal tersebut

Tapi adakah menelan sperma ini salah? jika anda melihat dari sudut kandungannya, sperma memang bukan merupakan racun kepada tubuh badan kita. Di dalam sperma terdapat banyak zat gizi dan nutrisi yang baik untuk memberikan kita zuriat. Tapi adakah khasiat tersebut mampu di serap secara terus oleh tubuh badan kita?

Sperma yang masuk ke dalam tubuh badan akan hilang kandungan dan nutrisinya ketika sampai ke sistem reproduksi. Cairan sperma ini juga dikenali sebagai seminal fluid.

Sememangnya sperma merupakan zat yang mengandungi gizi serta kaya dengan nutrisi yang sihat untuk manusia. Tapi adakah ini bermakna sperma boleh di makan?

Wanita yang menelan sperma dengan sengaja sememangnya memberikan kesan yang positif. Salah satunya adalah memberikan kepuasan yang tersendiri kepada lelaki dan wanita. Manakala secara psikologi, pengaruh kepada perkara di atas mampu memberikan kebahagian kepada pasangan tersebut berkekalan. Bukan kerana wanita itu memakan sperma tetapi rasa bahagia dan memiliki antara satu sama lain serta saling menerima apapun yang dimiliki oleh pasangannya.

Jika nilai dari bahayanya, pastilah memang ada. Cuba semak semula kenyataan mengenai bahaya menelan sperma seperti berikut:

Penyalur infeksi penyakit

Sememangnya penyakit itu boleh di jangkiti oleh sesiapa sahaja dan tidak kira di mana pun termasuklah melalui pasangan anda. Jika di dalam tubuh pasangan anda terdapat virus yang dijangkiti, termasuk pula sudah dijangkiti pada sperma yang yang ada dalam penis. Maka ketika sperma yang telah dijangkiti virus tersebut masuk ke dalam tubuh akan menyebabkan anda sendiri yang sakit.

Oleh kerana yang masuk itu merupakan sperma, maka biasanya penyakit yang tersebar jua berkait rapat dengan masalah penyakit seksual. Seperti penyakit raja singa, sifilis dan sebagainya. Mengerikan bukan?

Risiko tinggi jika tekak anda sedang sakit.

Lebih tinggi lagi risiko anda akan dijangkiti timbul jika ternyata tekak anda sedang sakit. Terkena radang atau kerana terdapat luka di dalam tekak. Misalnya jika terdapat kesan luka di permukaan kulit tekak, ketika sperma masuk ke dalam mulut lalu ditelan akan menyebabkan rasa sakit. Ditambah lagi jika sperma yang ditelan tadi mengandungi zat yang tidak baik seperti kualiti sperma yang rendah dan sebagainya. Malah akan lebih merbahaya lagi jika pasangan anda mengalami gangguan pembiakan. Anda juga pasti dijangkiti dengan penyakit tersebut.

sumber : BT

GUNA SEMULA BOTOL PLASTIK SECARA KREATIF

Botol plastik boleh digunakan semula dengan melakukan beberapa pengubahsuaian yang mudah. Tonton video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut lebih lanjut.





MENGHADAPI ANAK TERKENA GANGGUAN JIN?

Seperti tajuk artikal di atas. Saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri. Apabila melalui saat-saat anak diganggu jin bukan lah perkara mudah. Ianya boleh memberi impak kepada nyawa dan kesan jangka panjang. Akibat dari pengalaman saya sendiri saya mendapat ilmu dari pengalaman orang lain.

Berikut saya senaraikan tanda-tanda kanak-kanak terkena gangguan jin yang saya edit sikit berdasarkan pengalaman saya dari rakan penulis yang lain :
  1. Panas badan tidak sama rata 
  2. Kepala sentiasa rasa panas
  3. Semasa tidur jari-jari bergerak
  4. Ada pergerakkan mata setiap kali tidur
  5. Senyum tanpa sebab
  6. Menangis dan merengek waktu tidur terutama selepas 1 pagi
  7. Mengunyah seperti makan sesuatu tetapi tidak ada
  8. Berpeluh tidak sekata
  9. Takut tanpa sebab (tiba-tiba tidak mahu bermain dan sentiasa memeluk ibu bapa)
(sumber senarai : junied-rahsianampakjin)

Kita sebagai manusia kadang-kadang leka dan terlupa bahawa di bumi ini kita berkongsi dengan makhluk lain yang tidak boleh di lihat dengan mata kasar kita. Membercayai kewujudan jin adalah salah satu tanda keimanan kita. Golongan ini ada disebut dalam Al-Quran.

Jika anak anda mengalami tanda-tanda yang saya senaraikan di atas, eloklah bertindak segera atau anda akan melalui zon murung kerana tidak tahan melihat anak anda tersiksa. Dalam keadaan tersebut anda harus berfikir secara waras. Anda tidak boleh mengenepikan perubatan alami iaitu perubatan dari doktor. Bawalah anak anda ke klinik untuk mendapat nasihat doktor dan pada masa yang sama cari saudara-saudara yang boleh mengubati penyakit anak diganggu jin.

Sebagai orang Islam, tauhid anda akan di uji. Mana tidaknya, terdapat pelbagai teknik perubatan di luar sana. Saya bahagikan kepada dua sahaja iaitu meminta pertolongan dari Allah swt atau menggunakan perantara Jin (bomoh atau dukun). Percayalah bahawa melalui saat tersebut bukan mudah jika hati anda tidak kuat. Keluarga anda, ibu bapa, ibu bapa mertua, adik beradik ibu bapa, adik beradik ibu bapa mertua dan rakan taulan rapat akan memberi pendapat mereka sendiri. Anda kena membuat keputusan untuk bertindak. Ingatlah bahawa siapa yang cipta kita dan hanya dialah yang maha menyembuh serta hanya dialah sahaja tempat kita meminta.

Semasa saat anak anda sakit terkena gangguan jin tahap maksima. Pada masa itu saya pasti doktor akan menyuruh anda merujuk anak anda ke hospital. Pastinya anda mahukan yang terbaik untuk anak anda. Saya sarankan anda sediakan Medical Card dengan anak anda saat dia melihat dunia. Anda boleh hubungi pegawai Takaful insurans. Saya rekomen pegawai ini kerana mereka memberi komitmen membantu semasa anda memerlukan mereka.

En Sahari : +6 013 811 5441
Cik Emily : +6 013 575 4880

Doktor akan membuat analisis atau beberapa ujian untuk mengenal pasti penyakit anak anda. Antaranya ialah MRI (imbasan saraf otak), Ultra sound (melihat keadaan usus), X-rax (melihat keadaan paru-paru), Ujian darah menyeluruh, Ujian air kencing dan yang terakhir mengambil air dari otak untuk ujian jangkitan bakteria pada otak. Ujian yang terakhir ini agak menakutkan. Boleh juga disebut sebagai mengambil sampel dari tulang belakang. Sedikit kekhilafan boleh mengundang kepada kelumpuhan menurut pembantu perubatan yang bercakap dengan saya. Kalau boleh elakkan ujian tersebut kecuali benar-benar perlu. Anda ada kuasa menolak apabila doktor meminta anda tandatangan bersetuju menjalankan ujian tersebut.

Semasa tempoh di uji Allah swt. pelbagai cerita yang saya dengar. Antaranya sakit gangguan yang membawa nyawa dan lebih dasyat anak-anak kecil badannya kebiruan seakan di cubit atau ditumbuk. Sedih mendengar cerita pengalaman orang lain. Itu bukan melemahkan semangat saya untuk mengubati anak saya tetapi lebih menguatkan semangat saya untuk mengubati nya. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tanpa saya sangka, saya sendiri banyak membuat hafazan untuk tujuan perubatan dan saya sendiri belajar mengubati anak saya mengunakan ayat-ayat Allah swt tanpa perantara dan tanpa memutar belit ayat Allah swt. Saya bawa anak saya berjumpa dengan pengamal rawatan Islam yang saya yakini. Berikut adalah senarai perubatan Islam sekitar Kuching Sarawak yang boleh anda hubungi :
  1. Ustaz Ramzie : +6 0178953569
  2. Ustaz Shahrizan : +6 0138204546 (Perubatan Al-Ikhlas)
  3. Ustaz Ismail : +6 0194383424 (Ruhusyifa)
  4. Ustaz Hadi : +6 0128931621
  5. Ustaz Jasni : +6 0138029646
  6. Ustaz Nasir : +6 0105489298
  7. Ustaz Hashim Man : +6 0178651015
Kalau boleh lakukan setiap hari terapi perubatan islam kepada anak yang terkena gangguan jin. Percayalah ayat Allah swt adalah fitrah manusia. Ianya tidak menyakitkan malah menenangkan anak. Banyakkan bersedekah kerana sedekah itu membersihkan hati dan doa fakir miskin makbul. Hormatilah orang lain serta banyakkan bersangka baik.

Ikhtiar lain yang boleh di buat adalah belikan air Musaffa atau air anugerah untuk diminum anak anda. Dapatkan minyak Kasturi Kijang dan bacakan bismillah sebanyak 300 kali dan  hembuskan ke dalam minyak dan kalau tidak mampu gunakan dengan niat untuk penyembuhan iaitu dengan menyapu minyak tersebut ke bahagian ubun-ubun serta bahagian lain yang perlu. Belikan madu Madinah untuk memudahkan anak anda makan dan minum. Baca selawat dan calitkan ke lelangit mulut anak anda. Dari pengamal perubatan Islam Al-Ikhlas anda boleh dapatkan minyak Kasturi Puteh dan Kasturi Hitam untuk kesembuhan dalaman dan luaran.

Selain itu anda boleh cuba perubatan Hemeopati. Perubatan Hemeopati tidak sama dengan perubatan di klinik dan hospital. Perubatan Hemeopati adalah perubatan menggunakan bahan alami tidak bercampur dengan dadah. Perubatan ini boleh disebut sebagai perubatan tradisional moden. Ekstrak menggunakan teknologi Jerman. Penggunaan berlebihan tidak meninggalkan kesan teruk kerana bahannya adalah bahan semulajadi. Anda boleh hubungi Profesor Dr Razali. Dia akan membantu anda. Lokasi Perubatan Hemeopatinya di Jalan Satok, Kuching Sarawak. Nombor beliau ialah +6 012 673 0952. Hubungi beliau, beliau akan bantu anda.

Kalau anda sayangkan anak anda. Buat banyak hafazan dan belajarlah dari pengamal perubatan Islam. Ini kerana anda sebagai ibu bapa lebih ikhlas mengubati anak anda daripada orang lain. Mereka ikhlas tetapi tidak setanding keikhlasan anda. Allah swt lebih mendengar doa-doa orang yang ikhlas. Jangan pernah putus asa. Putus asa itu adalah perkara yang disukai oleh Iblis. Ingatlah sebaik-baik makluk ciptaan Allah swt adalah manusia.

Saya ingatkan kembali, jika anda melakukan perubatan menggunakan perantaraan (bomoh & dukun) maka nantikan azab Allah swt. Saya akui saya pernah terlajak berubat dengan bomoh. Perkara ini terjadi kerana saya tidak bertanya dengan kawan saya teknik perubatan yang digunakan. Apa yang saya tahu dia suami isteri tidak meninggal solat maka saya yakin mereka juga menggunakan amalan perubatan Islam tetapi sebaliknya berlaku. Jika ini berlaku kepada anda, cepat-cepatlah bertaubat. Allah swt menerima taubat orang yang mengakui kesilapannya serta tidak mengulanginya lagi. Apa yang anda lakukan hari ini akan memberi impak kepada anak anda. Jangan biarkan perantara ini meletakkan jin di dalam tubuh anak anda untuk menghalau yang lain. Itu bukan tempat mereka. Ingatlah bahawa perjanjian dengan makhluk ini akan memberi kesan jangka panjang kepada anak anda yang mungkin sukar untuk kita memahaminya dan kadangkala jelas sifatnya.

Akhir sekali, sekali lagi saya berpesan. Jangan putus asa dan yakinlah bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.


NAK PILIH TELCO MANA? BERAT KE?

Manusia adalah makhluk yang terbaik diciptakan di muka bumi. Ini bukan saya kata, tetapi Allah swt yang kata. Manusia dikurniakan akal dan nafsu. Manusia mampu membuat pilihan sendiri manakala malaikat tidak dan haiwan pula diberi anugerah suvivor untuk hidup dan akalnya tidak melebihi manusia.

pilih jalan yang terbaik dan jangan ragu

Perlu di ingatkan di sini bahawa manusia mempunyai kuasa pilihan. Memilih sama ada untuk menuju ke arah negatif atau ke arah positif. Kalau di tanya kawan-kawan sekeliling kita. Pastinya mereka akan berkata untuk menuju ke arah positif. Cuma persoalannya bagaimana?. Kadang-kadang jalan untuk ke arah tersebut sudah ada tetapi mereka masih was-was dengan suasana. Ingatlah bahawa was-was itu bisikan syaitan dan mintalah petunjuk Allah swt. Tadahkan tangan dan berdoalah. Teguhkan hati kuatkan peribadi.

Kembali kepada tajuk artikel ini. Saya menulis artikel ini khas untuk sahabat yang keliru untuk memilih telco mana yang terbaik. Baiklah, saya hanya menunjukkan jalan dan anda sebagai pembaca buatlah pilihan anda berdasarkan nilai bacaan anda. Untuk memilih manakah telco yang terbaik anda perlu menyenaraikan beberapa perkara yang berkaitan dengan keperluan hidup. Antaranya :

  1. Penjimatan (Ini adalah perkara pertama kebiasaan yang difikirkan)
  2. Liputan (Liputan meluas)
  3. Pendapatan (Bagaimana perbelanjaan anda menghasilkan pendapatan)
  4. Faedah-faedah lain

Sekarang kita buat perbandingan dengan telco-telco utama di Malaysia :
Telco M, C dan D ada penjimatan tetapi mereka juga ada caj tersembunyi. Manakala telco saya tidak, malah memberi lebih apabila anda melakukan tambah nilai.
Telco M, C dan D memiliki liputan yang luas. Manakala telco saya juga mempunyai liputan yang luas.
Telco M, C dan D tidak memberi pendapatan melainkan anda ada kedai sendiri untuk menjadi wakil jualan mereka. Manakala telco saya memberi pulangan jika anda memperkenalkan kepada orang lain, orang lain memperkenalkan kepada orang lain, apabila mereka membuat tambah nilai, apabila prestasi serta kesetiaan anda meningkat dan pelbagai lagi teknik pendapatan yang boleh anda dapat.
Telco M, C dan D memberi faedah-faedah khas sahaja contohnya memberi panggilan percuma semasa hari lahir anda. Manakala telco saya memberi terlalu banyak faedah yang boleh saya katakan melengkapi keperluan anda contohnya takaful kematian akibat kemalangan, mata ganjaran yang boleh ditukar dengan telefon bimbit, percuma internet, percuma panggilan dan pelbagai lagi faedah yang tiada pada telco M, C dan D.

Ini adalah ringkasan penilaian yang anda boleh buat dan melalui penilaian ini saya yakin anda sudah nampak jalan mana yang harus dipilih. Ada beberapa perkara lain yang mungkin menyebabkan pendirian anda masih kaku dan masih keliru. Antara sebabnya adalah :
  1. Sayang
  2. Setia
  3. Terbiasa
  4. Malas
Sebab-sebab tersebut antara sebab susah untuk bertindak atas penilaian yang telah dibuat. Disebabkan perkara tersebut anda tidak berganjak untuk belajar dan mencari pengalaman baru yang memberi faedah yang baik kepada anda. Melakukan perkara sama setiap hari tetapi mengharapkan perkara luar biasa itu adalah mimpi dan bukan impian.

Sekarang anda fikir sejenak dan lontarkan persoalan :
  1. Apakah telco lama memberi ganjaran untuk aku wariskan kepada orang-orang yang aku sayang atau aku lebih sayangkan telco yang menyedut aliran tunai aku tanpa pulangan?
  2. Apakah kesetiaan aku dengan telco lama disedari mereka atau kesetiaan itu sia-sia kerana setiap bulan sama sahaja mereka meminta tanpa memberi?
  3. Apakah setiap hari aku melalui perkara yang sama dengan telco lama dan aku tetap di situ tidak berganjak untuk memilih jalan yang lebih baik (berubah)? aku mengharapkan yang luar biasa dan terbaik.
  4. Adakah hari ini aku melangkah ke telco baru memberi kerugian kepada aku atau memberi lebih mafaat kepada aku?
  5. Untuk berubah anda perlu melakukan langkah pertama dan jangan malas atau anda ketinggalan. Setiap hari lahir pengguna baru talian mudah alih dan pasaran tidak akan pernah tepu.
Saya harap ringkasan artikel ini dapat membantu anda untuk memilih jalan yang lebih baik.

Apakah telco yang saya gunakan? alahai.. hubungi saya dan saya akan beritahu anda. whatsapp jer ke 0128477709 (En Khall) 


PENGALAMAN MENGGUNAKAN MEDICAL CARD

Selamat sejahtera kepada pembaca beloya2u. Lama sudah rasanya saya tidak membuat artikel kerana tugas hakiki dan situasi yang tidak mengizinkan. Hari ini tergerak hati saya untuk menulis artikel dari pengalaman saya untuk dikongsikan bersama pembaca. Pengalaman ini amat bermakna dan berguna kepada kita pada sekarang terutama kepada yang sudah bergelar ibu bapa.

Ujian itu datang dalam pelbagai keadaan. Kadang-kadang kita di uji dengan kesenangan dan kadang-kadang kita di uji dengan kesusahan. Persoalannya bagaimana kita menghadapi keadaan tersebut dan apakah persediaan kita.

Saya menulis melalui pengalaman saya sendiri. Saya tanya anda, apakah anda ingin yang terbaik untuk diri anda?. Pastinya anda akan menjawab "ya" dan jika saya tanya adakah anda ingin yang terbaik untuk anak anda? saya juga pasti anda akan jawab "ya".

Awal Julai 2016, saya berjumpa dengan doktor di klinik sekitar Kuching untuk mengenalpasti apakah penyakit anak saya. Selepas berjumpa doktor, doktor menulis surat untuk membawa anak saya ke hospital. Pada masa itu saya berfikir, dalam keadaan anak saya yang lemah kemanakah saya hendak membawa anak saya supaya mendapat perhatian yang cepat tanpa menunggu giliran yang lama. KERISAUAN saya pada masa itu sukar untuk digambarkan. Hanya ibu bapa sahaja yang boleh memahami situasi tersebut.

Saya teringat dengan Ultra Medic Rider yang saya ambil untuk anak saya 2 tahun lepas dan tanpa membuang masa, saya terus membawa anak saya ke Hospital Normah. Pada pendapat saya anda pasti faham kos yang akan di hadapi apabila melakukan perubatan di Hospital Normah. Ada dikalangan rakan-rakan saya membayangkan kos yang saya hadapi adalah antara RM5K ke RM7K.

Risau saya jangan cakap tetapi pada masa itu, saya hanya berfikir keadaan anak sahaja. Saya mahukan yang terbaik untuk dirinya. Kalaupun saya terpaksa membayar, saya akan ikhtiar. Rezeki Allah yang tentukan dan malas atau rajin sahaja lagi.

Hampir seminggu  saya bermalam di Hospital Normah. Anak saya dirujuk dengan Pakar Paediatric atau dengan kata lain pakar pesakit kanak-kanak. Semasa berada di hospital tersebut hati ini sentiasa risau tetapi penuh tawakal. Pada hari pertama lagi, doktor pakar membuat penyiasatan penyakit anak saya dengan melalui beberapa prosedur. Prosedurnya adalah MRI (brain scanner), Ujian darah secara menyeluruh, ujian air kencing, ujian cecair otak, X-ray dan Ultra Sound. 

Hari petama lagi anak saya terus melakukan MRI tanpa bertangguh dan itu adalah perkara pertama yang saya fikir sebelum datang ke Hospital kerana pengalaman saya perubahan sikap adalah banyak berpunca dari perubahan struktur otak. Debaran ujian tersebut jangan cakaplah. Saya tawaf hospital menunggu jawapan dari doktor manakala anak saya serta isteri saya berada dalam icu selepas diberi ubat bius. Dapat sahaja panggilan dari isteri saya terus naik ke atas untuk mendapatkan jawapan doktor. Syukur alhamdulillah, anak saya tidak ada masalah apa-apa bahagian otak. Pada masa itu, bagai jatuh segala berat di dada. Namun terdapat banyak lagi ujian yang akan dibuat untuk mencari punca sakit anak saya.

Dalam tempoh 6 hari di Hospital, anak saya diberi air tambahan melalui suntikkan jarum di tangan, garam dan antibiotik. Selesai sahaja ujian yang saya sebutkan sebelum ini doktor membuat dua andaian, iaitu jangkitan kuman di bahagian otak tetapi ujian negatif dan saya anggap itu hanya andaian. Seluruh ujian tidak menemui punca penyakit anak saya.

Anak saya dalam masa tempoh tersebut turun 3kg akibat tidak makan. Namun bagi saya, saya bersyukur kerana ujian-ujian yang dilakukan oleh doktor semuanya negatif. Artikel selanjutnya saya akan ceritakan apa yang berlaku dengan anak saya dan saya pasti pengalaman tersebut berguna kepada ibu bapa.

Untuk makluman pembaca, kos rawatan selama hampir seminggu yang ditanggung adalah RM13,552.10 (Ringgit Malaysia Tiga Belas Ribu Lima Ratus Lima Puluh Dua Dan Sepuluh Sen Sahaja). Kalau lah ianya berlaku tanpa persediaan, saya pasti masalah baru akan muncul iaitu masalah untuk membuat pembayaran.

Hati ini lega kerana kos tersebut dibayar oleh pihak Ultra Medic Card anak saya dan saya hanya membayar RM29.00 sahaja untuk vitamin anak saya.

Saya sebagai pengguna Ultra Medic Card berkongsi pengalaman ini dan menyarankan pembaca hubungi ejen takaful dan insurans yang boleh dipercayai dan diharap. Berikut adalah ejan takaful dan insurans yang saya cadangan kerana mereka banyak membantu saya berhadapan dengan situasi di Hospital Normah.

En Sahari : +6 013 811 5441
Cik Emily : +6 013 575 4880

Berikut ialah invois kos rawatan yang saya maksudkan.

KLIK UNTUK LEBIH JELAS


PROMOSI TELEKOM MALAYSIA TERKINI DI SARAWAK

INI adalah sebahagian dari maklumat sebenar. Sila rujuk kru-kru kami untuk maklumat terperinci.
ATAU
anda boleh KLIK SINI

klik gambar untuk pembesaran 
klik gambar untuk pembesaran



KAWASAN YANG SUDAH ADA UNIFI DI SARAWAK

DIKEMASKINI PADA 3 MARCH 2016



BERIKUT ADALAH SENARAI YANG SUDAH ADA UNIFI
(untuk pencarian tekan "ctrl F" dan taip lokasi yang anda cari)

CARA LAIN CARIAN LOKASI UNIFI 
KLIK BUTANG BAWAH INI
klik
ATAU HUBUNGI 

FAZ +60138412536
RUSH +60128753077

KALAU BERMINAT NAK JANA PENDAPATAN MELALUI PRODUK TM. 
KLIK BUTANG BAWAH INI
klik

KALAU NAK DAFTAR UNIFI ATAU STREAMYX
KLIK BUTANG BAWAH INI
klik

________________________________________
KPG DEMAK LAUT
TAMAN SUKMA
TAMAN KOK BAN HONG
TAMAN WEE AND WEE
TAMAN ROSE
TAMAN PETRONESA 3
JALAN POH KWONG PARK
JALAN BAN HOCK
RIVERIA BAY
SEMARIANG AMAN, PETRA JAYA
TAMAN MIMPI
TAMAN EXCELLA
TAMAN HOCK SENG LEE
TAMAN RESIDENT
TAMAN FAHANAS
JALAN SEMARIANG
JALAN KAPOR
JALAN SAMARIANG
JALAN SONG THIAN CHEOK
EVE ISTANA DOUBLE STOREY
TERRACE, JALAN ASTANA
TAMAN HOCKNION
LORONG STAPOK
MASJID JAMEK
JALAN DIPLOMATIK
JALAN SUNGAI MAONG TENGAH
JALAN TABUAN
TAMAN REVERIA PHASE 7, SAMARAHAN EXPRESSWAY
TAMAN PUTERI
HSE JALAN PUSAKA
STIDC
JALAN SUNGAI MAONG HILIR
JALAN MATHIES
DEMAK INDAH
TAMAN SOURABAYA INDAH
ASTANA LOT
KAMPUNG SUNGEI BEDIL BESAR
KAMPUNG LINTANG
TUPONG ULU
TUPONG TENGAH
TAMAN MONA
JALAN ASTANA
RPR PERUMAHAN BARU
KAMPUNG MALAYSIA JAYA
TAMAN HUSSEIN
TAMAN AMINA
TAMAN SOLEEN
TAMAN SEJOLI
KAMPUNG GITA
KUBAH RIA
TAMAN SRI WANGI
PETRONESA 1,2,3
JALAN BANGAU
JALAN LAYANG-LAYANG
KAMPUNG SEMERAH PADI
JALAN CENDERAWASIH
JALAN DEPO
JALAN PUSTAKA
JALAN STADIUM
TAMAN HAJI LUDIN
TAMAN HAJI LEMAN
TAMAN IWANI
TAMAN ABA
TAMAN ABRAR
TAMAN DAYA RIANG
KASUMA RESORT
LORONG HAJI BABEL
TAMAN SRI SENA
TAMAN MELATI 1,2
TAMAN PRESIDENT
TAMAN FARHANAS
TAMAN HERITAGE
BORMILL COMMERCIAL
HONG VILLA 4010
TAMAN CHING SIEW
TAMAN SENTIASA
KAMPUNG KUDEI
TAMAN EASTERN
TAMAN HAPPY
TAMAN KNIAW ANN
TAMAN SIN LIAN HIN
YEN GARDEN
EASTMOORE COMMERCIAL CENTRE
FORTUNELAND BUSINESS CENTRE
IRIS GARDEN
TAMAN HWATA
TAMAN RIDGE
TWISMA NG AIK OH
BORMILL COMMERCIAL
HONG VILLA 4010
TAMAN CHING SIEW
HARTAWAN KUCHING
HUI SING JAYA
LCD KUCHING
PARK VILLA
TAMAN HUI SING

KERJA SAMBILAN DAN SEPENUH MASA JURUJUAL PRODUK TM

ANDA PERLUKAN PENDAPATAN LEBIH?
ANDA PERLUKAN PENDAPATAN PASIF?

TIDAK PERLU MODAL.. AOK.. MENAAAAA...

PENDAPATAN BOLEH CAPAI 
RM2000 SEBULAN WOOOOOO

JOM BERSAMA KAMI UNTUK MENJADI WAKIL JUALAN
PRODUK
STREAMYX DAN UNIFI

ISI BORANG DI BAWAH INI UNTUK PENDAFTARAN
DAN
KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA


HIDUP ADALAH SEBUAH PERJUANGAN

Hidup adalah sebuah perjuangan yang tidak akan selesai sampai bila-bila. Tiada nokhtah perjuangan sehingga denyut nadi kita berhenti. Sehingga roh terpisah dari badan. Perjuangan dalam kehidupan bukanlah mudah dan bukanlah sukar sekiranya kita punya ideologi yang jelas dan pasti.

Pejuangan bukanlah sekadar untuk suvival diri sendiri atau suvival orang lain. Perjuangan adalah subjektif. Tetapi untuk bejuang, ianya adalah bermula dari diri sendiri. Bermula dengan sikap. Sikap kita berhadapan dengan masalah, sikap kita berdepan dengan kemenangan, sikap kita berdepan dengan kekecewaan dan segala sikap yang berhadapan dengan situasi dalam kehidupan.

Apa yang paling penting adalah sikap sentiasa tenang menghadapi segala yang berada di hadapan. Tidak perlu gelojoh. Tetapi cekap dalam membuat tindakkan.

Kita adalah manusia yang dicipta dengan pelbagai paras rupa, budaya, kepercayaan dan bangsa untuk saling mengenali antara satu sama lain. Saling mengenali antara satu sama lain adalah bermakna untuk memahami antara satu sama lain. Saling belajar untuk memberi yang terbaik. Mungkin kadang-kadang perbezaan itu membuatkan kita bertelagah, maka carilah persamaan. Tenangkan hati dan ingatlah bahawa hidup ini tidak lama.

Sekadar coretan dari hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.